Posts

Showing posts with the label Palestinn

McDonald's Malaysia tidak beri sumbangan kepada Israel, usah boikot - Mufti

Image
McDonald's Malaysia tidak beri sumbangan kepada Israel, usah boikot - Mufti BACA sini: https://pakdin.my/170579 GEORGETOWN: Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak memboikot McDonald's Malaysia kerana pihak pengurusan syarikat itu sudah menegaskan mereka tidak memberi sebarang sumbangan kepada Israel. Wan Salim turut menasihatkan orang ramai yang mahu melakukan tindakan memboikot mana-mana syarikat didakwa berkaitan dengan Israel mestilah berdasarkan bukti jelas dan meyakinkan, bukan sekadar sangkaan atau andaian semata-mata. "Perlu dijelaskan bahawa McDonald's Malaysia tidak termasuk antara syarikat yang perlu diboikot kerana pihak pengurusannya sudah memberi penjelasan, selain itu syarikat berkenaan juga mengeluarkan zakat menerusi pejabat urus zakat di beberapa negeri. "Dalam membela pihak yang teraniaya jangan pula sampai menganiaya pihak yang lain, jadi sebagai umat Islam kita hendaklah menegakka