Posts

Showing posts with the label Lori Simen

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

Image
[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159483   TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian itu, pemandu lori berumur 36 tahun mengalami kecederaan, manakala penghuni rumah dilaporkan selamat. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata polis menerima laporan kejadian itu pada kira-kira jam 9.55 pagi. Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan terbabit berlaku dipercayai ketika pemandu lori berkenaan dalam perjalanan dari kilang ke taman berkenaan untuk menghantar simen konkrit. "Selepas pemandu selesai menghantar simen dan hendak ke tempat lain, ketika menuruni bukit di kawasan perumahan itu, brek lori dipercayai mengalami kerosakan dan tidak berfungsi. "Akibat kejadian itu, lori terbabas dan melanggar dua rumah yang terletak berhampira

Seludup Daun Ketum Guna Lori Simen, 2 Lelaki Ditahan

Image
PASIR MAS - Cubaan dua lelaki untuk menyeludup daun ketum menggunakan lori tangki simen kandas di tengah jalan, apabila mereka ditahan dalam sekatan jalan raya di Chekok, Tok Uban hari ini. Pemandu dan kelindannya yang berumur 35 dan 46 tahun itu ditahan pada jam 2.30 pagi tadi. Susulan penahanan, polis turut merampas 5,560 kilogram (kg) daun ketum bernilai hampir RM200,000 yang diletakkan di dalam tangki lori jenis Volvo itu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, mengangkut daun ketum dengan menggunakan lori tangki simen adalah modus operandi terbaru penyeludup. Baca seterusnya: https://tvrakyat.asia/114302/