Posts

Showing posts with the label Reformasi Institusi

Selagi kerajaan diancam, macam mana kita nak dapat 148?

Image
Selagi kerajaan diancam, macam mana kita nak dapat 148? BACA di: https://pakdin.my/173990 Reformasi institusi melibatkan pemisahan Peguam Negara dengan kuasa pendakwaan termasuk pemilihan jawatan-jawatan tertentu hanya boleh dilaksanakan menerusi kerajaan yang stabil. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia berikutan reformasi itu memerlukan proses yang panjang dan pindaan ke atas Perlembagan. “Reformasi institusi yang begitu substansif seperti pemisahan Peguam Negara dan pelantikan jawatan tertentu memerlukan pindaan perlembagaan. Kita perlukan 148 (Ahli Parlimen) ke atas. “Selagi Kerajaan sentiasa dinodai dengan ancaman hendak digugurkan. Macam mana kita nak sampai 148 kerana reformasi institusi ini memerlukan pindaan perlembagaan terlebih dahulu dan tidak dapat dilaksanakan kalau kerajaan tidak stabil. “Jadi, biarlah kerajaan ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 supaya reformasi ini dapat kita selesaikan