Pembaikan cerun, Jalan Batang Kali-Genting Highlands bermula Ogos, siap Mac 2024
Pembaikan cerun, Jalan Batang Kali-Genting Highlands bermula Ogos, siap Mac 2024 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166515 Kerja-kerja fizikal pembaikan cerun dan jalan di laluan Batang Kali-Genting Highlands akan bermula akhir Ogos ini dan dijangka siap pada Mac tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim berkata setakat ini kemajuan projek pembaikan berkenaan berjalan lancar sebelum kerja-kerja secara fizikal bermula. "Selepas kejadian itu (tragedi tanah runtuh), kami terus buat kajian dengan konsultan dan cadangkan langkah-langkah penyelesaian kepada cerun yang runtuh. Projek ini telah diluluskan pada Mei 2023 dan kami telah buat lantikan (kontraktor) serta dijangka siap Mac 2024. "Kerja-kerja pembaikan adalah secara reka dan bina. Kontraktor dalam fasa akhir untuk muktamadkan reka bentuk 'TerraLink wall system'. Kerja-kerja pembaikan fizikal dijangka bermula pada ...