Posts

Showing posts with the label DuitNow

Caj transaksi QRDuitNow dikenakan kepada transaksi melebihi RM5,000

Image
Caj transaksi QRDuitNow dikenakan kepada transaksi melebihi RM5,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168392 Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini mengesahkan bahawa vendor yang menerima pembayaran menerusi platform kod QR DuitNow akan dikenakan caj mulai 1 November ini. Dalam satu kenyataan, PayNet berkata, terdapat dua e-pembayaran berbeza dikenakan caj iaitu kadar diskaun peniaga (MDR) dan fi 50 sen bagi transaksi melebihi RM5,000. Menurut PayNet, MDR bukanlah caj baharu atau tambahan, ia sebaliknya insentif untuk menggalakkan penggunaan pembayaran kod QR yang diperkenalkan pada 2019 dengan MDR telah dikecualikan. "Sebagai insentif galakan penggunaan ketika tempoh pengenalan pembayaran QR pada 2019, MDR telah diketepikan.  "Penepian ini dilanjutkan lagi berikutan penularan wabak COVID-19. Ia bukanlah suatu yuran baru mahupun caj tambahan. Sebaliknya, 1 November 2023 adalah permulaan kepada penamatan penepian MDR yang sepatutnya dilakukan lebih sembilan bu