Posts

Showing posts with the label Haram

Pekerja Islam bank konvensional disaran cari pekerjaan lain, elak berdosa

Image
Pekerja Islam bank konvensional disaran cari pekerjaan lain, elak berdosa https://pakdin.my/174877/ Pekerja yang beragama Islam di sesebuah bank konvensional disarankan agar berusaha sebaik mungkin mencari pekerjaan halal yang lain. Saranan tersebut disuarakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Dr. Luqman Abdullah dalam perkongsian di laman sesawang rasminya. Beliau berkata, bank konvesional mempunyai muamalat berasaskan riba yang boleh menjurus kepada hukum haram jika orang Islam terlibat dalam aktiviti terbabit “Perbezaan yang ketara antara bank konvensional dan bank islamik di sini boleh dilihat pada keuntungan dalam perbankan Islam diperoleh daripada transaksi yang dibenarkan oleh syarak seperti kontrak jual beli. “Manakala faedah dalam perbankan konvensional pula, diperoleh secara langsung daripada kontrak piniaman dan ini tidak dibenarkan oleh syarak kerana membawa kepada riba,” katanya. Jelas Luqman, mereka yang terlibat secara langsung dengan transaksi riba, maka pekerj

[VIDEO] Usaha haramkan UMNO gagal kerana ‘seseorang’ menyelamatkannya

Image
[VIDEO] Usaha haramkan UMNO gagal kerana ‘seseorang’ menyelamatkannya BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161154/ Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bahawa matlamat dan objektif penubuhan Bersatu untuk menggantikan UMNO tercapai. Ahmad Zahid menegaskan cubaan untuk mengharamkan UMNO pada suatu ketika ini pernah digagalkan seseorang. Namun Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tidak mendedahkan identiti sebenar ‘seseorang’ yang beliau maksudkan itu. “Saya telah bagi tahu daripada awal-awal bahawa matlamat penubuhan Bersatu jelas secara tersurat dan tersirat untuk membunuh UMNO. Jelas bahawa di dalam PRU15, matlamat ini sebenarnya jauh daripada sasaran mereka. “Kita harap, ini akan menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat, khususnya ahli-ahli akar umbi bahawa tujuan halus mereka itu mesti ditolak ahli-ahli UMNO keseluruhannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan u