Posts

Showing posts with the label RCI

Penjelasan Isu Saman Mujahid dan penjualan aset Tabung Haji (TH): Penyelesaian tanpa permohonan maaf

Image
1. Latar Belakang Saman ​ Punca Saman: Saman Mujahid Yusof Rawa terhadap Asyraf Wajdi Dusuki berpunca daripada hantaran media sosial pada September 2019 bertajuk “ Tabung Haji Jual RM2.6b Ekuiti : YB Mujahid Harus Segera Beri Penjelasan” . ​ Keputusan Saman: Kes tersebut diselesaikan pada 2022 tanpa sebarang permohonan maaf dan tanpa pembayaran ganti rugi . Asyraf Wajdi hanya memadam hantaran lama berkenaan. ​ Penyelesaian Bukan Bukti Fitnah: Penyelesaian kes ini tidak boleh dijadikan bukti bahawa UMNO memfitnah Mujahid atau bahawa tiada penjualan aset TH berlaku. ​2. Membezakan Tiga Isu Utama Penjualan Aset TH ​Terdapat kekeliruan dalam menyamakan tiga transaksi/isu yang berbeza: ​ Pelupusan Saham RM2.6 Bilion : ​Melibatkan pelupusan saham (termasuk saham TNB ) yang merupakan sebahagian daripada pengurusan portfolio biasa TH. ​Asyraf mempersoalkan perkara ini atas kapasiti Mujahid sebagai Menteri Agama yang bertanggungjawab. Cadangan Penjualan Ladang TH Plantations (76.2% K...

[VIDEO] RCI skandal BNM Forex RM31.5 bilion syor Anwar disiasat atas pelbagai kod jenayah.

Image
Namun ianya dihentikan zaman PH1.0 setelah laporan polis ditarik balik dan kes jadi NFA. Ekonomi negara terencat bermula dari tarikh itu dan kemuncak darinya serangan matawang terhadap Ringgit tahun 1997/98 Faktanya macam ni: RCI pasal skandal forex BNM dulu dah sahkan ada kerugian sampai RM31.5 bilion antara tahun 1992 ke 1994. Masa tu, diorang siap syorkan supaya Anwar (yang masa tu TPM merangkap Menteri Kewangan ) dan Tun Mahathir disiasat. ​Bukan tu je, RCI pun nak siasat sama ada fakta sebenar pasal kerugian besar ni ada disembunyikan daripada Kabinet . ​Tapi masalahnya, bila PH 1.0 naik jadi kerajaan, report polis pasal RCI ni tiba-tiba kena tarik balik. Kes pun terus ditutup dan diklasifikasikan sebagai NFA ( No Further Action ). ​Jadi, apa gunanya nak buat report lagi bawah kerajaan sekarang ni? ​Nak jelaskan sikit, ini bukan cerita rekaan ya, dan tak ada siapa pun tuduh Anwar dah didapati bersalah. Kita cuma ulang balik apa dapatan dan cadangan rasmi RCI, serta apa yan...

[VIDEO] Senarai nama ahli jawatankuasa RCI siasat buku bekas Peguam Negara dikemuka kepada Agong

Image
[VIDEO] Senarai nama ahli jawatankuasa RCI siasat buku bekas Peguam Negara dikemuka kepada Agong BACA seterusnya di: pakdin.my/167375 - Senarai ahli dicadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said akan diputuskan Jemaah Menteri. Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan penubuhan RCI mengenai dakwaan Thomas dalam bukunya, bertujuan mencari kebenaran dan mengemukakan syor kepada kerajaan untuk reformasi institusi perundangan negara. Buku tulisan bekas peguam negara itu dengan pelbagai kontroversi, menyebabkan kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas, untuk menjalankan kajian awal ke atas pendedahan terkandung dalam buku tersebut. Zahid Hamidi berkata Kabinet akan memutuskan senarai ahli jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai dakwaan dalam buku memoir bekas peguam negara Tommy Thomas sebelum diserahkan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong. Timbalan perdana menteri berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undan...

PHIPOKRIT... Kenapa 15 kes mahkamah gugur sewaktu PH?

Image
PHIPOKRIT... Kenapa 15 kes mahkamah gugur sewaktu PH? BACA setrusnya di: https://pakdin.my/160971/ Kerajaan perlu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat bekas Peguam Negara,Tommy Thomas. Desakan itu dibuat Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang menjelaskan, RCI itu penting bagi menyelesaikan isu yang mengheret pemimpin UMNO ke mahkamah. Malah jelasnya lagi, hanya dengan RCI itu juga membolehkan mereka yang terlibat membersihkan nama dengan panggilan pencuri, penyangak dan kluster mahkamah oleh Pakatan Harapan (PH). “Saya usulkan kepada kerajaan di bawah Ahli Parlimen Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) yang begitu prihatin dan cakna, marilah kita bersikap budiman (let us be gentleman), kita wujudkan RCI Tommy Thomas atas pendakwaan yang dilakukan dan buku yang dikeluarkan beliau. “Kita wujudkan RCI itu segera untuk merungkai, biar rakyat tahu mengenai pendakwaan itu, siapakah dalang atau adakah tangan ghaib yang memberi arahan tertentu untuk menangka...