Posts

Showing posts with the label Sungai Kedondong

Kesian bomba Hulu Selangor ulang alik ke sungai

Image
HULU SELANGOR: Tidak sampai 24 jam seorang pemuda mati lemas, seorang lagi lelaki cedera parah selepas terjatuh di atas batu ketika mandi di tebing Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali, di sini, tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.45 petang. Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke tempat kejadian. "Setibanya di lokasi, didapati mangsa berusia 53 tahun jatuh terhempas di atas batu di tebing sungai semasa mandi. "Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dalaman pada bahu namun dilaporkan stabil," katanya semalam. Norazam berkata, mangsa kemudian dibawa ke tempat selamat dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut. Berita sebelumnya: Remaja dikhuatiri lemas selepas selamatkan rakan terjatuh dalam sungai di Pertak https://pakdin.my/remaja-dikhuatiri-lemas-selepas-selamatkan-r