Posts

Showing posts with the label Beras

Harga beras Thai mencecah tertinggi dalam 17 tahun

Image
Harga beras Thai mencecah tertinggi dalam 17 tahun BACA seterusnya di https://pakdin.my/173903/ Eksport beras dari Januari hingga Oktober 2023 meningkat 11.4% kepada 6,922,649 tan dengan nilai keseluruhan 136,289.8 juta baht (RM17,974.59 juta), melonjak 24.6% berbanding tempoh sama tahun lalu. Angka-angka ini menandakan trend positif dalam eksport beras Thai, yang secara ketara mempengaruhi harga beras padi, kata Pramote Chareonsilp, presiden Persatuan Pertanian Thai, sambil menambah bahawa dalam minggu lalu, pelbagai jenis beras Thai telah menyaksikan kenaikan harga. Sebelum ini antara 8,000 (RM1,055) hingga 9,500 baht (RM1,253) setan, kini memuncak pada 12,000 baht (RM1,582) setan, tertinggi dalam tempoh 17 tahun. Kajian dengan kilang beras mendapati bahawa kenaikan ini dikaitkan dengan kenaikan harga semasa beras Vietnam, kira-kira $70-90 (RM326-420) lebih tinggi bagi setiap tan daripada beras Thai disebabkan pengeluaran yang tidak mencukupi di Vietnam. Sekatan eksport beras India, ...

🎦 Mengamuk tidak dapat beli beras di Kuala Pilah

Image
🎦 Mengamuk tidak dapat beli beras di Kuala Pilah Baca seterusnya di: pakdin.my/168117 -  SEREMBAN – Tular dalam media sosial sejak tengah hari ini mengenai tindakan beberapa individu mengamuk kerana tidak dapat membeli beras putih tempatan (BPT) di outlet Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kuala Pilah, pagi tadi. Video berdurasi satu minit 17 saat itu memaparkan kekecewaan sebilangan pembeli termasuk warga emas yang beratur sejak awal pagi untuk mendapatkan beras tempatan. Difahamkan, sebanyak 170 pek beras 10 kilogram (kg) daripada jumlah keseluruhan 2,000 kampit beras yang diterima FAMA Negeri Sembilan diedarkan untuk dijual di seluruh negeri ini menerusi pelaksanaan Intervensi Pengedaran BPT. Susulan itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias meminta FAMA Negeri Sembilan menambah baik proses BPT selepas menerima rungutan daripada orang ramai di sesetengah tempat. Menurutnya, langkah t...

[VIDEO] Dakwaan Beras Tempatan Dibungkus Semula Menjadi Beras Import Adalah Tidak Benar

Image
[VIDEO] Dakwaan Beras Tempatan Dibungkus Semula Menjadi Beras Import Adalah Tidak Benar BACA seterusnya di: pakdin.my/167343 - Menurut kenyataan Menteri KPKM: Pihak Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. (JFC) memandang serius mengenai penularan video di media sosial dan dakwaan beras tempatan telah dibungkus semula menjadi beras import. Pihak JFC mengesahkan video yang tular telah dirakam di dalam kilang Jasmine di Tunjang, Alor Setar, Kedah pada 2 September 2023 (Sabtu). Namun dakwaan bahawa bungkusan beras yang dibuka merupakan beras tempatan seperti yang dinyatakan di dalam video tersebut adalah TIDAK BENAR. Sebaliknya ia adalah Beras Putih Import (BPI). Pembungkusan semula BPI merupakan satu proses normal apabila berlaku kejadian kampit pecah atau beras berhabuk sewaktu kampit beras berada di kedai dan pasaraya. Proses ini dibuat untuk memastikan kualiti beras keluaran JFC sentiasa berada di dalam keadaan yang baik sewaktu dibeli oleh pelanggan kami. JFC mengamalkan polisi gantian se...