Posts

Showing posts with the label JPJKK

13 ditahan terbabit kegiatan pelacuran

Image
13 ditahan terbabit kegiatan pelacuran Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157437 - Polis menahan tujuh lelaki dan enam wanita yang disyaki terbabit dengan kegiatan pelacuran dalam serbuan di sebuah premis di ibu negara, semalam. Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob, berkata premis itu dipercayai dijadikan sebagai pusat pelacuran wanita warga asing. Beliau berkata, dalam serbuan itu polis menahan enam lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia, selain enam wanita warga Vietnam berusia 20 hingga 50-an. "Polis turut merampas 130 kondom, pelincir, tuala, tisu basah, fail jadual kerja, fail cuci rambut, dua unit telefon bimbit dan wang tunai RM340. "Kes disiasat mengikut Seksyen 373/372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002)," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, orang ramai yang mahu menyalurkan maklumat berkaitan perilaku jenayah di sekitar ibu negara