Posts

Showing posts with the label USD

Dollar US semakin melemah tetapi terus meningkat berbanding Ringgit

Image
Dollar US semakin melemah tetapi terus meningkat berbanding Ringgit https://pakdin.my/174615/ Sejak satu bulan lepas, USD sudah melemah dengan ketara. Tapi apa yang pelik ialah ketika Ringgit mengukuh dengan US Dollar yang melemah, matawang kita terus melemah dengan lain matawang-matawang utama dunia dalam tempoh yang sama. Langsung tak bawa kelegaan kepada ibubapa dengan anak yang belajar di luar negara ataupun pelancong-pelancong dari Malaysia. Rasanya SGD1 = RM3.50 sudah menjadi kebiasaan sekarang. The new normal. Sejak 1 tahun lepas, Ringgit telah melemah -4.2% banding USD -6.32% banding Singapore Dollar -5.47% banding Thai Baht -8.22% banding Euro -10.04% banding UK Pound -5.97% banding Australia Dollar -5.44% banding New Zealand dollar -2.12% banding Renminbi China -5.48% banding Rupiah Indonesia -4.7% banding Peso Filipina -1.93% banding Vietnam Dong

Masih ada juga mereka yang fikir bahawa 1MDB yang sebabkan Ringgit melemah pada tahun 2014-2016

Image
Masih ada juga mereka yang fikir bahawa 1MDB yang sebabkan Ringgit melemah pada tahun 2014-2016 Propaganda ini telah tertanam masa itu sebab usaha menghasut dari penipu seperti Mahathir dan Rafizi Ramli yang memang tugas beliau adalah MENGHASUT. Cuba lihat graf Ringgit (hijau) berbanding harga minyak dunia (dunia). Ringgit mula melemah pada tahun 2014 (sebelum berita 1MDB tercetus) sebab harga minyak dunia telah menjunam dengan masa yang singkat ke paras paling rendah dalam dunia. Harga minyak Brent jatuh ke paras US$28 ketika itu dan jauh ke bawah kos pengeluaran negara sekitar US$50 hingga US$60. Peristiwa ini dikenali sebagai "Great oil crash 2014-2016". Sebab Malaysia sangat bergantung kepada eksport bahan petroliam maka ini memberi impak yang sangat besar kepada nilai Ringgit. VIDEO berkaitan: "Between mid-2014 and early 2016, the global economy faced one of the largest oil price declines in modern history. The 70 percent price drop during that period was one of the...

Harga minyak dunia tinggi tapi Ringgit semakin lemah, luar biasa kata Najib

Image
Harga minyak dunia tinggi tapi Ringgit semakin lemah, luar biasa kata Najib Selanjutnya:   https://pakdin.my/159183 Ini adalah graf Ringgit Malaysia berbanding USD (merah) bersama graf harga minyak dunia (biru). Sejak dari dulu lagi, Ringgit akan mengukuh apabila harga minyak naik. Lagi tinggi harga minyak dunia, lagi kuat Ringgit Malaysia - dan sebaliknya. (Sebab itu garis merah dan biru biasanya akan gerak bersama sebelum ini dan sebab itu juga Ringgit menjadi lemah dari tahun 2014 hingga 2016 akibat kejatuhan mengejut harga minyak dunia ke bawah US$30 satu tong) Namun keadaannya sudah bertukar selepas PRU14. Harga minyak dunia tinggi tapi Ringgit semakin lemah. Ini adalah petanda bahawa ada yang tidak kena dengan keadaan ekonomi kita selepas PRU14. Antara faktor-faktor yang mungkin menyumbang kepada keadaan luar biasa selepas PRU14 termasuk: 1. Defisit kerajaan serta nisbah hutang kerajaan berbanding KDNK yang semakin naik (berbanding penurunan defisit 9 tahun berturut-turu...