AJK Pemuda Umno Ketereh ditembak: Seorang lelaki direman
AJK Pemuda Umno Ketereh ditembak: Seorang lelaki direman BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161011/ Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Kamarul Fadzreen Kamaruzaman, 30, yang cedera ditembak dari jarak dekat oleh individu tidak dikenali malam kelmarin, masih ditidurkan setelah pembedahan membuang peluru berjaya dilakukan. Keadaannya juga dilaporkan semakin stabil dan tidak lagi perlu menggunakan alat bantuan pernafasan. Adik ipar mangsa, Shazwan Razali, 33, berkata Kamarul Fadzreen yang juga sukarelawan polis, semakin stabil berbanding semalam. “Kami bersyukur keadaannya semakin baik. Doktor memaklumkan keadaan abang ipar semakin stabil berbanding semalam dan kini sudah tidak menggunakan bantuan alat pernafasan. “Namun, dia masih perlu ditidurkan dan hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya menurut laporan BH, hari ini. Sementara itu, ibu mangsa, Fadzliza Ilias, 53, berkata, anaknya memaklumkan mahu keluar berte...