Posts

Showing posts with the label Sultan Johor
Image
Nombor plat 'FF 1' milik Sultan Johor BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165773 JOHOR BAHRU -- Nombor pendaftaran kenderaan bagi siri Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 'FF 1' adalah milik Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini berserta beberapa foto mengenainya turut dikongsi di platform media sosial itu. Terdahulu, baginda berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook hari ini. Pada pertemuan itu, Loke turut mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Sultan Ibrahim, yang membida dengan tawaran tertinggi. VIDEO berkaitan https://youtu.be/anvX4-NkL0M Sebelum ini, media melaporkan bidaan nombor pendaftaran kenderaan bagi siri 'FF' mencatatkan hasil kutipan tertinggi dalam sejarah sistem bidaan JPJeBid dengan kutipan berjumlah RM34.3 juta.

[Video] 'Jangan sampai rakyat Johor desak keluar Malaysia’ - Sultan Johor

Image
[Video] 'Jangan sampai rakyat Johor desak keluar Malaysia’ - Sultan Johor Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159378    Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah menggesa kerajaan persekutuan memberikan peruntukan lebih banyak kepada negeri itu. Titahnya, setiap tahun hampir RM13 bilion hasil persekutuan dikutip dari Johor. Baginda membangkitkan rasa sedih dengan keadaan bangunan persekutuan yang tidak diselenggara dengan baik seperti Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Iskandar. Kemudahan Pusat Transformasi Bandar (UTC) juga. titah baginda, perlu ditingkatkan dengan sistem penyampaian lebih cekap serta keadaan yang selesa. “Saya rasa seolah-olah Johor ini dianaktirikan, walhal Johor adalah antara penyumbang utama ekonomi negara. “Saya menyeru kerajaan persekutuan segera tunaikan janji untuk menaik taraf Lebuh Raya Utara Selatan kepada enam lorong dan Lebuh Raya Senai-Desaru menj...

Hasni sahkan Ahmad Zahid menghadap Sultan Johor petang ini

Image
Hasni sahkan Ahmad Zahid menghadap Sultan Johor petang ini Selanjutnya di:  https://pakdin.my/156942 - JOHOR BAHRU - Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berhubung pelantikan Menteri Besar Johor pada petang Isnin. Perkara itu disahkan oleh Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad. "Prosesnya memang begitu. Bila Suruhanjaya Pilihan Raya beritahu keputusan pilihan raya, Presiden (UMNO) kemudiannya menghadap (Sultan Johor)," kata beliau kepada pemberita secara ringkas ketika ditemui di ibu pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor, sebentar tadi. Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung pada Sabtu, BN memperoleh lebih daripada dua pertiga majoriti iaitu 40 kerusi Dewan Undangan Negeri dari 56 kerusi yang dipertandingkan. Terdahulu, Ahmad Zahid dilihat tiba di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal di sini pada jam 2.30 petang tadi sebelum meningg...

#PRNJohor: Sultan Johor perkenan bubar DUN Johor

Image
  #PRNJohor: Sultan Johor perkenan bubar DUN Johor [Sumber:  https://pakdin.my/?p=153698 ] JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), diadakan. Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini. Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Pada pertemuan bersama Sultan Johor itu, Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran DUN Johor. "Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim termansuh pada 22 Januari 2022," jelas hantaran itu dalam akaun rasmi Sultan Johor, hari ini.