Posts

Showing posts with the label Kampung Pisang

Suspek rogol, bunuh ibu lima anak giat diburu

Image
Suspek rogol, bunuh ibu lima anak giat diburu BACA seterusnnya di: https://pakdin.my/173616 LAHAD DATU – Polis Lahad Datu memaklumkan siasatan menyeluruh berkaitan kes samun, rogol dan bunuh babit seorang wanita di kawasan sebuah kebun pisang di Kampung Pisang semalam sedang giat di jalankan. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, usaha bagi mengesan suspek sebenar kes terbabit turut diperhebatkan ketika ini. “Setakat ini, belum terdapat sebarang perkembangan baru. “Siasatan menyeluruh dan usaha mengesan suspek sebenar sedang dijalankan. “Oleh itu, kita meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes ini supaya tampil membantu siasatan,” katanya hari ini. Terdahulu, seorang wanita yang bekerja sebagai pembuat roti canai bukan sahaja disamun, malahan turut dirogol sebelum dibunuh dengan kejam di kawasan sebuah kebun pisang di Kampung Pisang semalam. Dalam kejadian sekitar pukul 8.15 pagi itu, mayat mangsa berusia 36 tahun itu telah ditemui

[VIDEO] Warga emas OKU rentung dalam kebakaran di Pulau Pinang

Image
[VIDEO] Warga emas OKU rentung dalam kebakaran di Pulau Pinang Baca seterusnya di: pakdin.my/167896 -  AYER ITAM - Seorang lelaki warga emas maut dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Pisang, Ayer Itam, Pulau Pinang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Mohd Shakir Abdullah berkata mangsa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) itu ditemukan rentung di dalam salah sebuah rumah yang terbakar. Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.40 pagi sebelum sepasukan anggota dari BBP Paya Terubong bergegas ke lokasi kejadian. "Kebakaran membabitkan dua unit rumah dengan keluasan 2,000 kaki persegi. "Pihak bomba menemukan mangsa dalam keadaaan rentung bersebelahan katil. "Rumah berkenaan terbakar hampir 90 peratus. "Api berjaya dikawal pada pukul 4.28 pagi," kata Mohd Shakir menerusi kenyataan.