Posts

Showing posts with the label Hoki

Sedia jadi ‘pengacau’ gergasi hoki dunia

Image
Sedia jadi ‘pengacau’ gergasi hoki dunia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170708 KETUA jurulatih skuad hoki wanita negara, Nasihin Nubli Ibrahim bertekad untuk memastikan anak-anak buahnya menjadi ‘pengacau’ utama kepada tiga lawan mereka pada Kelayakan Olimpik di Valencia, Sepanyol bermula 15 Januari depan. Realistiknya, peluang Malaysian Tigress dilihat amat sukar untuk menempatkan diri sebagai dua terbaik dalam Kumpulan B berbanding dua pilihan utama, Great Britain (No.7 dunia) dan Sepanyol (No.8 dunia) serta Kanada (No.16 dunia). Bagaimanapun, skuad negara yang berada di ranking ke-18 dunia, sama sekali tidak akan cepat mengibarkan bendera putih, sebaliknya bersedia memberikan tentangan habis-habisan dalam setiap perlawanan di bumi Valencia nanti. “Saya selalu terapkan dalam pasukan bahawa kita boleh menjadi pengacau kepada gergasi-gergasi hoki lain. Kita buat benda yang sama di ACT (Trofi Juara-Juara Asia) baru-baru ini yang mana kita seri 1-1 dengan Korea Selatan. “Ia menyeb
Image
Sukan SEA 2023: Hoki wanita hadiahkan emas terakhir Malaysia PHNOM PENH: Malaysia mengutip pingat emas terakhir dan ke-34 dalam Sukan SEA 2023 menerusi hoki padang wanita yang menumpaskan Thailand 4-1 pada perlawanan akhir, sebentar tadi. Begitupun dalam aksi di Stadium Hoki Morodok Techo itu, skuad negara cemas seketika apabila ketinggalan 0-1 menerusi jaringan padang Natthakarn Aunjai seawal minit keempat. Malaysia hanya memerlukan dua minit sahaja untuk mengikat kedudukan apabila Siti Nur Arfah Mohd. Nor menyempurnkan pukulan sudut penalti pada minit keenam. Pemain pertahanan, Nuraini Abdul Rashid menggandakan jaringan buat negara pada suku kedua permainan setelah Malaysia diberikan pukulan stroke penalti oleh pengadil pada minit ke 18. Penguasaan Malaysia semakin menonjol dan kesempatan itu digunakan sebaik mungkin apabila Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad turut melakar nama sebagai penjaring setelah menyempurnakan peluang menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke 29 untuk kedu