Posts

Showing posts with the label Tengku Zafrul

Azalina: Hormati pilihan politik peribadi Zafrul, tetapi jawatan menteri berdasarkan mandat parti

Image
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan UMNO menghormati kebebasan pilihan politik peribadi, tetapi menegaskan jawatan menteri kabinet dipegang berdasarkan mandat parti yang diwakili, bukan secara individu. "Walaupun Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Perpaduan, setiap menteri yang dilantik adalah wakil rasmi parti masing-masing." Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Pembaharuan Institusi) dalam kenyataannya hari ini menekankan komitmen UMNO untuk terus berkhidmat dalam kerangka Kerajaan Perpaduan serta mengekalkan amanah rakyat. Beliau menyeru semua ahli dan penyokong UMNO agar terus memberi tumpuan kepada pembangunan negara, sambil menegaskan pendirian politik peribadi mungkin berubah, tetapi tekad parti memperjuangkan agama, bangsa dan negara harus tetap kukuh. Tambahnya, Unit Undang-Undang UMNO telah diarah mengkaji implikasi Akta Lompat Parti, termasuk status...

Tengku Zafrul: Jadi Menteri Besar Selangor atau tergantung di tengah-tengah

Image
Keputusan Tengku Zafrul Aziz (TZA) keluar dari UMNO dan memohon menyertai PKR mencetuskan reaksi berantai dalam politik Malaysia. Konflik terasnya berpusat pada kemungkinan beliau mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor (MB Selangor) dan kesannya terhadap kestabilan Kerajaan Perpaduan. Berikut adalah intipati utama: Latar Belakang & Motif Keluar UMNO Kemelut Politik: Hubungan TZA dengan Pengerusi UMNO Selangor (Megat Zulkarnain) renggang; ditekan dalam parti serta tidak dilantik oleh Presiden UMNO (Zahid Hamidi). Beliau percaya tiada masa depan dalam UMNO. Tekanan Tempoh Jawatan: Keahlian sebagai Ahli Dewan Negara tamat akhir 2025, menyebabkan beliau automatik meletakkan jawatan sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Beliau perlukan "pelabuhan baharu" untuk teruskan karier politik. Pemilihan Masa: Bertindak pantas memohon masuk PKR ketika Anwar memerlukan tenaga selepas beberapa pemimpin kanan (Rafizi Ramli, Nik Nazmi) meletak jawatan. Segera...

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid

Image
  Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas. Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata beliau telah menasihati Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu untuk tidak membuat keputusan tergesa-gesa dan setakat ini, Tengku Zafrul masih lagi ahli UMNO. “Saya telah beri pandangan parti bahawa beliau tidak perlu tergesa-gesa untuk buat keputusan sekarang. Beliau ialah Menteri MITI, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan beliau juga Ahli MKT yang dipilih dan menang, jadi tidak perlu tergesa-gesa. “Beliau (Tengku Zafrul) telah bersetuju dengan nasihat saya,” katanya pada sidang media Majlis Berbuka Puasa Bersama MKT UMNO di sini hari ini. Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan, rundingan sengit sedang berjalan berhubung kemungkinan Tengku Zafrul meninggalkan UMNO untuk menyertai ...

Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul

Image
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu.  Beliau berkata pengumuman rasmi mengenai perkara itu akan dibuat hanya selepas beliau berbincang dengan Ahmad Zahid. "Saya kena sampaikan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid terlebih dahulu," katanya selepas menghadiri program amal Golf KITA 2025 di sini hari ini, yang dirasmikan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Baru-baru ini timbul spekulasi Tengku Zafrul akan meninggalkan UMNO selepas dikatakan tiada lagi masa depan politiknya dalam parti tersebut, dan media juga sebelum ini melaporkan yang beliau pernah dipelawa menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) beberapa bulan lepas. Sementara itu Tengku Zafrul berkata beliau sedia ...

Mahathir dan Muhyiddin tidak pernah bayar prinsipal hutang 1MDB

Image
Mahathir dan Muhyiddin tidak pernah bayar prinsipal  hutang 1MDB Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155709 - Tengku Zafrul kata tuduhan kerajaan tidak pernah membayar balik hutang 1MDB adalah "tidak berasas". Katanya sudah bayar RM13.3 bilion prinsipal dan faedah.  Tetapi kantoi rupa-rupanya kerajaan BN yang bayar prinsipal hutang itu bukan PH atau PN!  Dato Seri Najib Razak  dedahkan bayaran dibuat daripada hasil jualan syarikat IPP (milik 1MDB) RM10 bilion dan tanah (milik 1MDB) RM2.7 bilion, memang tidak menggunakan duit kerajaan.  Terus krikk krikk Tengku Zafrul! Jadi mksudnya prinsipal hutang 1MDB daripada 42 bilion turun kepada 32 bilion itu bayaran zaman BN. PH & PN tidak pernah membayar prinsipal hutang 1MDB langsung! Kenapa kerajaan PN tak bayar prinsipal hutang? Tengku zafrul menjawab sebab hutang tu belum matang, belum sampai masa untuk dibayar, sebab itu kerajaan PN tak perlu bayar sekarang. PH & Muhyiddin bayar interest sedikit sahaja ...

[Video] Pemuda UMNO buat laporan, desak siasat kenyataan Muhyiddin

Image
[Video] Pemuda UMNO buat laporan, desak siasat kenyataan Muhyiddin  -  https://pakdin.my/155096 - Pemuda UMNO Bahagian Parit Sulong mendesak siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilakukan berhubung kenyataannya mengenai situasi kewangan negara. Ketua pergerakan itu, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, maklumat kewangan negara adalah berkaitan maklumat sulit yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Beliau berkata, Muhyiddin bukan seorang daripada menteri Kabinet atau Perdana Menteri yang masih berkuat kuasa atau individu yang berhak dibekalkan dengan mana-mana maklumat sulit negara. “Tindakan dan kata-kata Muhyiddin kelihatan menjurus kepada ketidakpatuhan terhadap dokumen rasmi negara yang dipercayai ianya tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972. “Pemuda UMNO Parit Sulong mendesak satu siasatan dimulakan di bawah akta berkenaan untuk menyiasat kesahihan perkara tersebut. “Atau kemungkinan terdapat percubaan untuk melakukan apa-ap...