Posts

Showing posts with the label Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Image
Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17 BACA seterusnya: https://pakdin.my/168988/ Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 yang diadakan di lstana Negara, hari ini bersetuju mengisytiharkan Sultan Johor Darul Ta'zim, Sultan lbrahim Sultan Iskandar menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024. Menerusi satu kenyataan, Penyimpan Mohor Besar Raja Raja, Tan Sri Syed Danial memaklumkan Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan bahawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh sama. Beliau berkata, mesyuarat yang berlangsung hari ini, telah dipengerusikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan dihadiri semua raja-raja kecuali Raja Perlis dan Sultan Kelantan. "Menurut peruntukan Paragraf 3, Bahagian Pertama, Jadual Ketiga Perlembagaan, keputusan Majlis Raja-Raja ini telah di

[Video] Umat Islam jalankan ibadah puasa Ahad 3 April

Image
[Video] Umat Islam jalankan ibadah puasa Ahad 3 April Sumber:  https://pakdin.my/158045   ..... Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ahad ini. Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini. Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada hari ini bersamaan 29 Syaaban 1443 Hijrah. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan itu turut menyatakan proses melihat anak bulan Ramadan berlangsung di 29 lokasi seluruh negara. Menurut kenyataan itu juga, Majlis Raja-Raja mempersetujui cara me