Posts

Showing posts with the label Makan Besar

Makan besar Tahun Baru Cina dibenarkan, tiada rumah terbuka

Image
  Makan besar Tahun Baru Cina dibenarkan, tiada rumah terbuka [Sumber:  https://pakdin.my/?p=153562 ] Masyarakat Cina yang bakal merayakan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Februari depan boleh meneruskan tradisi makan besar keluarga pada malam sebelum perayaan. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, kebenaran itu bagaimanapun hanya untuk ahli keluarga sahaja tanpa penglibatan orang luar. Menurutnya, pihak kementerian telah membentangkan cadangan prosedur operasi standard (SOP) Tahun Baharu Cina 2022 dalam Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 Bilangan 1 Tahun 2022 dan ia telah diluluskan. “Acara Makan Keluarga (Family Reunion Dinner) yang diadakan pada malam sebelum hari pertama perayaan dibenarkan dibuat dalam kalangan ahli keluarga sahaja. “Upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam pada 1 dan 2 Februari (raya pertama dan kedua) juga dibenarkan serta aktiviti Sembahyang Khas Hokkien Clan pada 8 dan 9 Februari 2022 dibenarkan mengikut SOP Pembukaan Rumah Ibad