Posts

Showing posts with the label SPRM

Dana publisiti RM700 juta: SPRM rakam keterangan Ismail Sabri

Image
Dana publisiti RM700 juta: SPRM rakam keterangan Ismail Sabri https://pakdin.my/174870/ PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah merakam keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membantu siasatan berhubung dana RM700 juta bagi tujuan publisiti dan promosi semasa pentadbiran kerajaan terdahulu. Perkara itu dimaklumkan SPRM sebentar tadi menerusi satu kenyataan akhbar yang mana turut mengesahkan bahawa pihaknya telah memanggil isteri bekas Menteri Kewangan iaitu Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid. Nai’mah yang merupakan isteri kepada Tun Daim Zainuddin turut dipanggil bersama dua anak lelakinya iaitu Muhammad Amin Zainuddin Daim dan Muhammad Amir Zainuddin Daim di Ibu Pejabat SPRM bagi dirakamkan keterangan hari ini. Menurut SPRM, ketiga-tiga individu itu dipanggil memberi keterangan bagi memastikan beberapa perkara berhubung aset bernilai tinggi di dalam dan luar negara yang berada di bawah nama syarikat kepunyaan mereka serta te

Tiga penjawat awam ditahan SPRM terima rasuah RM12,000

Image
Tiga penjawat awam ditahan SPRM terima rasuah RM12,000 https://pakdin.my/174867/ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman tiga penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM12,000 daripada sebuah syarikat. Suapan tersebut dilakukan berhubung kerja-kerja penurapan jalan yang tidak mengikut spesifikasi. Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang bekerja di sebuah agensi pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan sekitar pukul 7.45 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM, di sini. “Ketiga-tiga suspek ini telah meminta dan menerima wang rasuah daripada syarikat berkenaan selepas mendapati kerja-kerja penurapan jalan yang dilaksanakan sekitar April hingga Jun tahun lalu, tidak mengikut spesifikasi sebagaimana ditetapkan. “Wang rasuah keseluruhannya sekitar RM12,000 kemudian dimasukkan ke dalam akaun peribadi ketiga-tiga suspek sebagai balasan agar kompaun tidak dikeluarkan kepada syarikat berkenaan,” katanya. Susulan

Menara Ilhma disita kerana Daim berkali-kali enggan membuat deklarasi aset kepada SPRM

Image
Menara Ilhma disita kerana Daim berkali-kali enggan membuat deklarasi aset kepada SPRM https://pakdin.my/174794/ Menara Ilham milik Tun Daim Zainuddin yang dibina dengan kos RM2.7b telah disita setelah Tun Daim berkali-kali enggan membuat deklarasi aset kepada SPRM. Mungkin agak susah untuk dia buat aset deklarasi sebab pada suatu ketika dahulu, Tun Daim memiliki 15 buah bank di seluruh dunia termasuk di Albania, Gambia, Ghana, Malawi, Malaysia, Senegal, Sierra Leone, Switzerland, Tanzania, Zambia, Bangladesh, Laos dan Indonesia. Pada tahun 2018 dan 2019 selepas PRU14, Tun Daim juga merupakan pujaan kerajaan PH 1.0 sebab dia mengetuai Majlis orang-orang tua bersama Zeti dan A Kadir Jasin. Masa itu, pemimpin-pemimpin PH berbaris-baris untuk menyertai mesyuarat dengan Daim di Menara Ilham.

Hukuman bekas Hakim Mahkaman Sesyen Kuala Kubu Bharu dikurangkan

Image
Hukuman bekas Hakim Mahkaman Sesyen Kuala Kubu Bharu dikurangkan https://pakdin.my/174770/ SHAH ALAM – Seorang bekas hakim yang sebelum ini dipenjara enam bulan dan denda RM25,000 atas kesalahan rasuah enam tahun lalu, bernasib baik apabila hukumannya itu dikurangkan kepada penjara sehari dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Tinggi. Ia selepas Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Julai 2022, membenarkan rayuan bekas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Azmil Muntapha Abas, 50, selaku perayu untuk mengetepikan hukuman yang diputuskan Mahkamah Sesyen pada 19 Oktober tahun yang sama. Bagaimanapun dalam rayuan itu, perayu hanya berjaya mengurangkan hukuman namun gagal mengetepikan sabitan bersalah atas pertuduhan tersebut. Menerusi alasan penghakiman yang dikeluarkan Hakim, Hasbullah Adam pada Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi mendapati tidak wujud alasan bermerit untuk mengganggu gugat keputusan Mahkamah Sesyen berhubung sabitan salah (no sufficient ground for interfering) tersebut menurut seksyen 3

1MDB: Saksi PDRM, pakar money trail kata hampir keseluruhan dana US681 dipulangkan - Saksi SPRM buat lawak?

Image
1MDB: Saksi PDRM, pakar money trail kata hampir keseluruhan dana US681 dipulangkan - Saksi SPRM buat lawak? https://pakdin.my/174755/ Sedikit lawak. PDRM lawan SPRM. Saksi dari SPRM beritahu mahkamah bahawa mereka syak US$681 juta yang diterima Najib diguna untuk beli undi pada PRU13. Tapi saksi dari PDRM yang merupakan pakar money trail pula beritahu mahkamah bahawa dana hampir keseluruhan dana US$681 itu telah dikembalikan kepada penyumbang empat bulan kemudian. "1MDB trial: Najib returned US$620m to firm that gave him US$681m ‘ill-gotten gains’, sent RM162m to his other account" https://malaysia.news.yahoo.com/1mdb-trial-najib-returned-us-104622644.html Baki yang digunakan pula adalah seperti berikut: 1. UMNO - RM20 juta 2. UMNO Batu Kawan - RM500k 3. Tan Sri Lim Soon Peng RM246k untuk tujuan media sosial dalam bahasa Cina untuk mempromosikan Najib, konsep 1Malaysia dan BN. 4. Orb Solution RM2 juta untuk untuk tujuan media sosial dalam bahasa Melayu dan Inggeris untuk memp

Wan Saiful didakwa atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram RM5.59 juta

Image
Wan Saiful didakwa atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram RM5.59 juta BACA seterusnya disini: https://pakdin.my/168963 Bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan, yang sebelum ini didakwa atas kesalahan rasuah berhubung projek Jana Wibawa, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta, tahun lepas. Wan Saiful, 48, yang bersut hitam, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Suzana Hussin. "Tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan," kata Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu dalam keadaan tenang.

Rasuah: 5 anggota penguat kuasa direman 6 hari

Image
Rasuah: 5 anggota penguat kuasa direman 6 hari BACA di: pakdin.my/167437 ALOR SETAR: Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot nelayan di negeri ini, antara 2018 hingga 2021. Perintah reman terhadap kesemua mereka dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor di Kompleks Mahkamah Alor Setar. Terdahulu, kesemua individu terbabit tiba di perkarangan mahkamah jam 8.30 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Lima individu terbabit antara sembilan penguat kuasa yang ditahan SPRM semalam, kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot nelayan dan 'runner' antara 2018 hingga 2021. Semua anggota penguat kuasa itu disyaki menerima rasuah terbabit sebagai balasan bagi melindungi dan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bot-bot nelayan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Turut ditahan semalam, ialah

[VIDEO] Pembantu Kanan PBT di Terengganu direman lima hari

Image
[VIDEO] Pembantu Kanan PBT di Terengganu direman lima hari BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166691 KUALA TERENGGANU -- Seorang pembantu kanan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa. Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Sukri membenarkan permohonan reman terhadap lelaki berusia lingkungan 50-an bermula hari ini hingga Sabtu. Perintah reman itu dibenarkan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Menurut sumber, lelaki terbabit yang juga bendahari bagi kesatuan di PBT itu disyaki meluluskan pengeluaran dana kebajikan kesatuan kakitangan PBT untuk kegunaan peribadi. Suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan sejak 2017 hingga 2020 melibatkan lebih 30 transaksi dengan nilai wang mencecah hampir RM200,000.  Sumber memaklumkan, lelaki berkenaan ditahan kira-kira 12.30 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu, sema

Rasuah: Bekas Timbalan Pengarah Kanan DBKL dijel 4 tahun, denda RM1 juta

Image
Rasuah: Bekas Timbalan Pengarah Kanan DBKL dijel 4 tahun, denda RM1 juta BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166666 Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM1 juta terhadap bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sabudin Mohd. Salleh atas dua pertuduhan rasuah berjumlah RM200,000 berhubung permit kerja. Hakim K. Muniandy menjatuhkan hukuman penjara dan denda itu terhadap Sabudin, 62, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan sekaligus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskannya daripada kedua-dua pertuduhan tersebut. Bagi pertuduhan pertama mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan pertuduhan kedua hukuman penjara jumlah yang sama. Kedua-dua hukuman itu diperintah berjalan secara serentak. Sementara bagi hukuman denda mahkamah mengenakan jumlah sebanyak RM1 juta bagi kedua-dua pertuduhan dan sekiranya tertuduh gagal membayar, dia boleh dipenjara selama empat tahun. “Bagaiman

Rasuah RM13 juta: SPRM tahan CEO Perbadanan Menteri Besar Kedah

Image
Rasuah RM13 juta: SPRM tahan CEO Perbadanan Menteri Besar Kedah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166554 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan seorang wanita berjawatan pengarah syarikat berkait kes rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor perlombongan membabitkan nilai rasuah lebih RM13 juta. Menurut sumber, kedua-dua suspek, masing-masing berusia 63 dan 40 tahun itu ditahan lewat petang, semalam di Alor Setar, Kedah dan di ibu negara. “Kedua-dua suspek kini direman tiga hari bermula hari ini hingga 21 Julai ini. “Perintah reman dikeluarkan masing-masing oleh Majistret Wan Shahida Abd Rahim di Mahkamah Majistret Alor Setar dan Majistret Norsyakirah Che Hashim di Mahkamah Majistret Shah Alam selepas permohonan reman dibuat SPRM,” katanya. Katanya, aktiviti perlombongan yang dijalankan secara haram oleh syarikat terbabit mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa tertentu sejak tahun 2020. “Sehubungan itu

[VIDEO] SPRM tahan bekas pegawai khas menteri minta sogokan lulus surat warganegara

Image
[VIDEO] SPRM tahan bekas pegawai khas menteri minta sogokan lulus surat warganegara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166483 PUTRAJAYA: Seorang bekas pegawai khas menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta rasuah RM25,000 sebagai dorongan untuk mendapatkan surat kelulusan bagi permohonan taraf kewarganegaraan. Sumber memberitahu, penjawat awam berusia 40-an itu yang berkhidmat dengan menteri pada 2019 ditahan kira-kira pukul 5 petang Selasa, di ibu pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan. Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan perintah tahanan reman selama tiga hari sehingga 14 Julai ini, di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi. Menurut sumber, suspek meminta wang sogokan daripada seorang lelaki tempatan yang membuat permohonan taraf kewarganegaraan untuk anak kandungnya. "Pada bulan Jun lalu, suspek telah menghubungi individu terlibat yang memohon taraf kewarganegaraan bagi anaknya sejak 2015. "Suspek me

Bekas pegawai kanan KBS didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang

Image
Bekas pegawai kanan KBS didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang BACA seterusnya: https://pakdin.my/166358 Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Otman Arsahd hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu serta 64 tuduhan pengubahan wang haram, sejak 2012. Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Otman, 64, di akhir kes pembelaan. Pada 31 Mac 2016, Otman didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta di Pejabat Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil di sini antara 28 Feb 2012 hingga 18 Nov 2015. Bagi 17 kesalahan membabitkan tuntutan palsu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, manakala 15 lagi pertuduhan salah guna

Pembantu Tadbir didenda RM5,500 terima wang naikkan jumlah peserta dalam invois

Image
Pembantu Tadbir didenda RM5,500 terima wang naikkan jumlah peserta dalam invois BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165924 Seorang pembantu tadbir didenda RM5,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana menerima RM4,797.50 daripada seorang pekerja sebuah syarikat pembekalan makanan untuk menaikkan jumlah peserta dalam invois dituntut syarikat itu daripada Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), enam tahun lepas.  Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Nurul Azirah Kamaruddin, 37, yang mengaku bersalah menerima wang tunai tersebut daripada seorang individu yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya selaku pembantu tadbir perkeranian dan operasi. Ibu lima anak itu didakwa melakukan kesalahan di Maybank Desa Jaya, Kepong, di sini, pada 21 April 2018 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal me

Akaun bank lebih RM39 juta dibeku untuk siasatan seleweng dana negara

Image
Akaun bank lebih RM39 juta dibeku untuk siasatan seleweng dana negara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165783 Akaun bank berjumlah lebih RM39 juta termasuk milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri'  dan ahli keluarga mereka telah dibekukan, susulan siasatan penyelewengan dana negara berjumlah anggaran RM2.3 bilion. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembekuan itu melibatkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu. Menurut kenyataan SPRM itu, suruhanjaya tersebut turut merakamkan kenyataan dua individu bergelar Tan Sri itu, selain membuat penggeledahan di kediaman serta premis berkaitan, melibatkan bekas menteri kanan dan ahli perniagaan pada Rabu lepas (7 Jun 2023). VIDEO berkaitan: “Kesemua mereka telah diserahkan notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2

Pegawai SPRM, Datuk Roy Didakwa rasuah RM640,000 supaya anak Muhyiddin tidak direman

Image
Pegawai SPRM, Datuk Roy Didakwa rasuah RM640,000 supaya anak Muhyiddin tidak direman BACA seterusnya di https://pakdin.my/165253 Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ahli perniagaan dikenali sebagai 'Datuk Roy' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM640,000 supaya anak bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak direman SPRM. Mohd Rasyidi Mohd Said, 43, dan Datuk Roy atau nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu. “Faham Yang Arif, mengaku tidak bersalah,” kata kedua-dua tertuduh kepada Hakim Azura Alwi. Mereka didakwa bersama-sama secara rasuah meminta untuk diri mereka atau bagi mana-mana orang lain suatu suapan wang tunai berjumlah RM400,000 daripada Siti Dalena Berhan, 47, sebagai dorongan untuk tidak menahan reman Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin semasa siasatan pihak SPRM. Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah restora

SPRM siasat bekas menteri kanan, tokoh perniagaan seleweng RM2.3 bilion dana negara

Image
SPRM siasat bekas menteri kanan, tokoh perniagaan seleweng RM2.3 bilion dana negara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165059 Seorang bekas menteri kanan dan seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana negara bernilai lebih RM 2.3 bilion. Menurut sumber, siasatan itu dijalankan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Sumber berkenaan berkata siasatan itu adalah kesinambungan dan lanjutan daripada pendedahan dokumen-dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi-transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir. “Tumpuan siasatan adalah berhubung dengan pembelian dan pemilikan saham di sebuah syarikat tersenarai oleh sebuah syarikat gergasi negara yang dikatakan didalangi oleh be

Empat individu ditahan disyaki kemuka tuntutan palsu PENJANA 2.0

Image
Empat individu ditahan disyaki kemuka tuntutan palsu PENJANA 2.0 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164531 KUALA TERENGGANU  -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu keana disyaki mengemukakan borang pengesahan pekerja yang mempunyai butir palsu  kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Dokumen tuntutan itu melibatkan jumlah kira-kira RM250,000, dikemukakan kepada PERKESO di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA 2.0). Menurut sumber (SPRM), keempat-empat suspek iaitu dua lelaki dan dua wanita berusia 29 hingga 63 tahun itu dari dua syarikat berbeza, ditahan kira-kira jam 3 petang tadi di Kompleks SPRM Terengganu, ketika diminta hadir untuk memberikan keterangan. Sumber berkata dua suspek berjawatan pengurus dan seorang lagi merupakan pengerusi eksekutif syarikat yang menjalankan perkhidmatan sumber kemahiran, manakala seorang lagi suspek adalah pemilik syarikat komputer. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/9T9_q6VAnXw "Syarikat yang menjal

[VIDEO] Blogger Direman Bagi Membantu Siasatan SPRM

Image
[VIDEO] Blogger Direman Bagi Membantu Siasatan SPRM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164152 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang blogger bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah dalam satu projek bernilai lebih kurang RM41 juta di sebuah kementerian. Majistret Puan Irza Zulaikha Rohanuddin telah mengeluarkan perintah reman selama dua hari bermula hari ini sehingga 13 Mei terhadap suspek setelah SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini. Menurut sumber, suspek lelaki yang merupakan blogger mempunyai ramai pengikut berkenaan dipercayai telah menerima rasuah berjumlah lebih kurang RM1.3 juta daripada sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) sekitar tahun 2020.  Tambah sumber, permintaan dan pembayaran rasuah ini dipercayai dilakukan sebagai dorongan kepada suspek melobi supaya syarikat berkenaan berjaya dalam perolehan kontrak berkaitan. Difahamkan, selain daripada isu jenayah rasuah, SPRM juga akan melihat bagai

[VIDEO] Bekas MB Perlis mengaku tidak bersalah terima wang haram RM1.06 juta

Image
[VIDEO] Bekas MB Perlis mengaku tidak bersalah terima wang haram RM1.06 juta BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163420 Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta. Azlan, 64, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. "Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan," kata Azlan. Mengikut kelima-lima pertuduhan, Azlan didakwa telah menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM1,059,675.25 daripada Sri Kedawang Travel Tours (W) Sdn Bhd, Aidil Travel Tours Sdn Bhd dan Abdul Rahim Halim yang mewakili syarikat Aidil Travel. Kesemua wang itu diterima tertuduh melalui tiga keping cek Maybank dan sekeping cek CIMB yang dibayar ke dalam akaun Maybank dan CIMB milik tertuduh serta secara tunai daripada Abdul Rahim. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank ca

SPRM dapati Nazlan langgar Kod Etika Hakim, kata Azalina

Image
SPRM dapati Nazlan langgar Kod Etika Hakim, kata Azalina BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163218 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163218Menteri undang-undang berkata siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan Ghazali menyimpulkan beliau mempunyai konflik kepentingan ketika mengetuai kes SRC International Najib Razak. Dalam surat bertarikh 20 Mac kepada peguambela Najib Razak, Shafee & Co, Azalina mengesahkan Nazlan, hakim perbicaraan bagi kes SRC Najib, melanggar kod dan mempunyai konflik kepentingan. Surat itu, yang bertarikh 20 Feb, menyatakan bahawa siasatan SPRM mendapati “terdapat isu salah laku” oleh Nazlan yang “perlu dipertimbangkan oleh ketua hakim negara”. Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Hakim Nazlan Ghazali menyimpulkan beliau melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan semasa mengetuai kes SRC International, kata Azalina Othman Said. Dalam surat bertarikh 20 Mac kepada peguambela Najib Razak, Shafee & Co, Azalina men