Posts

Showing posts with the label Menteri

Senarai Menteri, Timbalan Menteri Baharu

Image
Berikut ialah senarai anggota baharu pentadbiran Kerajaan MADANI yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini: - Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Wilayah Persekutuan ): Hannah Yeoh - Menteri di Jabatan Perdana Menteri  ( Sabah Sarawak ): Datuk Mustapha Sakmud   - Menteri Ekonomi: Akmal Nasrullah Mohd Nasir   - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Datuk Seri Johari Abdul Ghani  - Menteri Belia dan Sukan: Dr Mohammed Taufiq Johari  - Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri R. Ramanan  - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Steven Sim  - Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Dr Noraini Ahmad  - Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Datuk Seri Arthur Joseph Kurup  - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Senator Dr Zulkifli Hasan  - Timbalan Menteri Kewangan: Liew Chin Tong  - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Marhamah Rosli  - Timbalan Menteri...

Masa jadi pembangkang tangkas, dah jadi menteri gagal menguasai komunikasi media sosial

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegur segelintir menteri yang menurutnya kini gagal menguasai komunikasi media sosial walaupun sebelum ini lantang dan tangkas ketika berada di blok pembangkang. Katanya, perubahan landskap komunikasi politik masa kini memerlukan kecekapan mengurus naratif di pelbagai platform, bukan sekadar bergantung kepada media konvensional. “Ada menteri yang dulu waktu pembangkang sangat tangkas di media sosial, tapi bila dah masuk kementerian, dah tak pandai urus media. Lambat menangani isu,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Kilauan Mutiara FBMK sempena sambutan tiga dekad penubuhan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), di Dewan Besar UPM malam ini. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, kegagalan menguasai media sosial boleh menyebabkan pemimpin atau parti tewas dalam pilihan raya walaupun memiliki pencapaian dasar yang baik. Jelas beliau, komunikasi politik kini beralih kepada strategi kandunga...

Tengku Zafrul: Jadi Menteri Besar Selangor atau tergantung di tengah-tengah

Image
Keputusan Tengku Zafrul Aziz (TZA) keluar dari UMNO dan memohon menyertai PKR mencetuskan reaksi berantai dalam politik Malaysia. Konflik terasnya berpusat pada kemungkinan beliau mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor (MB Selangor) dan kesannya terhadap kestabilan Kerajaan Perpaduan. Berikut adalah intipati utama: Latar Belakang & Motif Keluar UMNO Kemelut Politik: Hubungan TZA dengan Pengerusi UMNO Selangor (Megat Zulkarnain) renggang; ditekan dalam parti serta tidak dilantik oleh Presiden UMNO (Zahid Hamidi). Beliau percaya tiada masa depan dalam UMNO. Tekanan Tempoh Jawatan: Keahlian sebagai Ahli Dewan Negara tamat akhir 2025, menyebabkan beliau automatik meletakkan jawatan sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Beliau perlukan "pelabuhan baharu" untuk teruskan karier politik. Pemilihan Masa: Bertindak pantas memohon masuk PKR ketika Anwar memerlukan tenaga selepas beberapa pemimpin kanan (Rafizi Ramli, Nik Nazmi) meletak jawatan. Segera...

Rombakan kabinet | Senarai penuh Kabinet Malaysia

Image
Rombakan kabinet | Senarai penuh Kabinet Malaysia BACA seterisnya: https://pakdin.my/174169 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar mengumumkan barisan kabinet baharu di Jabatan Perdana Menteri hari ini, bukan sahaja menambah jabatan, malah bilangan menteri dan timbalan menteri juga bertambah. Bagaimanapun, berbanding dengan kerajaan terdahulu, barisan kabinet kerajaan perpaduan masih lebih kecil. Dengan penambahan tiga jabatan, 28 jabatan asal juga meningkat kepada 31 orang, dan bilangan timbalan menteri juga bertambah daripada 27 asal kepada 29. Ini juga bermakna barisan kabinet baharu kerajaan perpaduan telah meningkat daripada 55 orang kepada 60 orang asal, tetapi ia masih lebih kecil berbanding 70 orang kerajaan terdahulu. Barisan kabinet baharu kerajaan perpaduan telah meningkat daripada 55 orang kepada 60 orang asal, tetapi ia masih lebih kecil daripada 70 orang kerajaan terdahulu. MENTERI YANG DIGUGURKAN a) YB Sivakumar a/l Varatharaju MENTERI BAHARU a) Gobind Singh Deo b) Datuk Seri ...

Menteri, timbalan menteri UMNO adakan pertemuan?

Image
Menteri, timbalan menteri UMNO adakan pertemuan? Sumber:  https://pakdin.my/157564   - Beberapa menteri dan timbalan menteri daripada UMNO dilihat mengadakan pertemuan di sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini. Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut tujuan pertemuan itu dan mereka akan menghadiri Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, di sini, selepas ini. Pergerakan keluar masuk menteri dan timbalan dapat dilihat sejak awal pagi tadi. Antara yang dilihat memasuki pintu masuk hotel berkenaan ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, yang tiba pada jam 8.45 pagi serta Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, pada jam 9.37 pagi.