Posts

Showing posts from August, 2016

Kerajaan DAP Pulau Pinang Tidqk Hormati Hadis Rasulullah s.a.w

Image
Di Hari Kebangsaan DAP masih nak cari pasal. لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِه Sepotong hadis di ukir dibahagian punggung patung beruang di Padang Kota, Pulau Pinang.

Bas pesiaran terbalik, 12 pelancong Singapura cedera

Image
GOMBAK: Seramai 12 penumpang dan seorang pemandu sebuah bas persiaran cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Kilometer 31.3, Lebuhraya Karak, di sini, petang tadi. Dalam kejadian itu kira-kira jam 3.50 petang, bas berkenaan yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara dilaporkan gagal dikawal sebelum terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata bas itu kemudian dilaporkan terbalik hingga menghalang dua lorong di laluan berkenaan. "Seramai tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba Selayang, dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat kemalangan itu namun sebaik tiba semua mangsa sudah dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan. "Hasil pemeriksaan, 12 penumpang yang juga pelancong warga Singapura dan dua pemandu bas dan pembantunya kini dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Akibat kemalangan itu, laluan

Sikap Hiporkasi DAP Terhadap Akta Hasutan ..

Image
Undang-undang dan mahkamah dikatakan adil apabila ia digunakan kepafa orang lain yang mereka tidak suka. Undang-undang dan mahkamah tidak adil  kalau kena ia ke atas mereka. Persoalannya DAP mahu akta hasutan dihapuskan atau tidak? Atau mereka mahu akta hasutan yang sekarang mungkin mengenakan hukuman minimum kepada yang lebih berat termasuk hukuman penjara mandatori? Maksudnya, adakah DAP hanya bersetuju akta hasutan itu dipinda kepada hukuman yang lebih berat dan klausa yanh jelas mengatakan ia tidak boleh digunakan terhadap ahli-ahli DAP, hanya pada orang lain? Pautan: Sempena semangat Merdeka, DAP nasihat Najib mansuhkan Akta Hasutan http://www.roketkini.com/2016/08/12/sempena-semangat-merdeka-dap-nasihat-najib-mansuhkan-akta-hasutan/ Artikel berbaur hasutan, presiden Isma didenda RM2,000 http://www.astroawani.com/berita-malaysia/artikel-berbaur-hasutan-presiden-isma-didenda-rm2-000-115510 Lawmaker puzzled over 'light sentence' for Abdullah Zaik https:

AMANAT MERDEKA 2016 OLEH DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK YAB PERDANA MENTERI

Image
AMANAT MERDEKA 2016 OLEH DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK YAB PERDANA MENTERI JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI DEWAN MERDEKA, PWTC 30 HARIBULAN OGOS 2016 BismillahirRahmanirRahim, Alhamdulillahi Rabbil A'lamin wa biHi nasta'in, Selawat dan Salam ke atas Rasul junjungan, Nabi Muhammad, penutup segala Anbiya', Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Dif-Dif Kehormat, Para Tetamu dan Wakil-Wakil Media, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam Sehati Sejiwa dan Salam Merdeka, Mukadimah Saudara dan Saudari Sekalian, 1. Pertama-tamanya, marilah mengangkat rasa kesyukuran yang amat tinggi, ke hadrat Allah Hu Ta-a'la, kerana pada malam yang bermakna ini, kita diizinkan untuk berhimpun di dewan yang megah lagi bersejarah, bagi menyambut ambang merdeka. 2. Justeru

Operasi Menyelamat Kejadian Tanah Runtuh di Taman Segambut Dalam

Image
Ada kejadian tanah runtuh di Taman Segambut dalam. Berhampiran lebuhraya. Jumlah mangsa tidak pasti. Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan

Tanah Runtuh Taman Segambut Dalam

Ada kejadian tanah runtuh di Taman Segambut dalam. Berhampiran lebuhraya. Jumlah mangsa tidak pasti. Kerja-kerja  menyelamat sedang dijalankan

KENYATAAN SETIAUSAHA AKHBAR PERDANA MENTERI: DAKWAAN BEKAS TIMBALAN PERDANA MENTERI

Image
KENYATAAN SETIAUSAHA AKHBAR PERDANA MENTERI: DAKWAAN BEKAS TIMBALAN PERDANA MENTERI 30 Ogos 2016 1. Mungkin dakwaan terbaru daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin ini adalah satu cubaan untuk mengalihkan perhatian daripada akuan berkanun Nika Gee. Dia adalah seorang lelaki yang membina kerjaya politiknya berlandaskan platform ketaatan kepada agama. Jadi, bagaimana dia boleh menjadi seorang Presiden parti baru Tun Mahathir Mohamad yang boleh dipercayai, apabila dia mempunyai rekod mahkamah di mana selama bertahun-tahun dia berlaku curang dengan isteri orang lain? 2. Kredibiliti dan kekuatan dalaman Tan Sri Muhyiddin telah dimusnahkan. Ianya jelas bahawa dia memperjuangkan sesuatu perkara untuk kepentingan politik, tetapi melakukan perkara sebaliknya secara peribadi. Sama seperti dia secara palsu menyerang Perdana Menteri kerana rasuah, apabila orang dalam semua tahu sejarahnya yang sebenar sebagai Menteri Besar Johor. 3. Kebenarannya adalah bahawa dana di dalam akaun Perdana Menteri

Muhyiddin Harus Tunjuk Bukti Dakwaan RM1 Bilion Dalam Akaun PM

Image
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi membuat tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya Perdana Menteri mempunyai hampir RM1 bilion dalam akaun peribadinya. Tuduhan itu dibuat Muhyiddin dalam satu ceramah di Ketereh pada 26 Ogos 2016. Seperti biasa, tuduhan berkenaan tidak dapat dibuktikan sebaliknya bertujuan untuk menambahkan persepsi buruk terhadap Najib. Ia juga bertujuan untuk mengalihkan isu sebenar iaitu pembangkang kini sedang berpecah belah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) tidak mendapat sambutan. Selain dari itu, angka itu tiba tiba muncul dari mulut Muhyiddin ketika isu DOJ makin reda dan ketika demo berkaitan itu DOJ juga nampak menemui kegagalan. Dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Muhyiddin memberitahu beliau terpaksa membaca The Edge untuk memahami isu sebenar. Dalam isu RM1 bilion ini pula, beliau mendakwa mendapat maklumat yang dikongsikan oleh Tan Sri Abdul Gani Patail yang ketika itu menjadi

PRIME MINISTER’S PRESS SECRETARY STATEMENT: FORMER DPM'S ALLEGATIONS

Image
PRIME MINISTER'S PRESS SECRETARY STATEMENT: FORMER DPM'S ALLEGATIONS  ‎‎ 1. Maybe these latest allegations from Tan Sri Muhyiddin Yassin are an attempt to distract from the Nika Gee statutory declaration. He is a man who built his political career on a platform of religious piety. So how can he be a credible President of Tun Mahathir Mohamad's new party, when it's a matter of court record that he was for years committing infidelity with another man's wife?‎ ‎ 2. Tan Sri Muhyiddin's credibility and moral fibre have been destroyed. It's clear that he preaches one thing for political expediency, but in private does another. Just as he falsely attacks the Prime Minister for corruption, when insiders all know his true history as Chief Minister of Johor.  ‎ 3. The truth is that the funds in the Prime Minister's accounts have been comprehensively investigated, and multiple authorities have ruled that no law was broken. The Malaysian Anti-Corruption

SPRM Siasat Bapa Adun DAP Pulau Pinang Dakwaan Jadi Orang Tengah Rumah Kos Rendah

Image
https://youtu.be/I0TuqewzsT4 GEORGE TOWN: Bapa kepada Adun Sungai Pinang, Lim Siew Khim kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menerima rasuah bertujuan untuk membantu orang ramai mendapatkan rumah kos rendah dan mampu milik. Difahamkan SPRM telah memanggil beberapa orang yang terlibat selepas klip video yang menunjukkan bapa Lim, Keat Seong sedang menjelaskan kepada individu tertentu bagaimana untuk "memotong barisan" di kawasan perumahan di negeri ini dengan membayar RM260 bagi borang permohonan dan wang untuk "Uncle Lim". Suruhanjaya itu dijangka mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi. Difahamkan bahawa suruhanjaya itu telah mula mengumpul maklumat daripada mangsa dan individu yang dilihat dalam video berkenaan termasuk penjawat awam yang bertanggungjawab bagi perumahan di Pulau Pinang dan beberapa pemimpin Gerakan. Lim adalah wakil rakyat penggal pertama dan ibu kepada lima anak. Pada Isnin, Lim menegaskan bah

DAP DAFTAR RIBUAN ANAK MUDA CINA JADI AHLI, TAPI ANAK MELAYU JUGA BUAT KERJA BARUA

Image
Amat pelik sebuah parti yang rasuahnya dibela oleh Tun Mahathir yang mendabik dada mereka telah mendapat ramai kemasukan anak muda ke dalam parti mereka. Apa yang pelik adalah dalam mereka berjaya mendaftar ribuan anak muda dari kaum yang bangsa dengannya, namun apabila hendak membuat kerja sampah dan kerja laknat, mereka akan pilih watak dari anak Melayu yang tidak ada nilai jati diri. Anak Melayu yang didoktrin untuk memahami politik yang betul adalah politik mencari kesalahan dan bukan menilai kebaikan. Jika kerajaan sudah buat 10 kebajikan dan kebaikan , anak muda melayu yang dibangsatkan oleh DAP ini tidak akan mampu melihatnya, tetapi jika perkara buruk di sogok ke dalam minda mereka baru sahaja bertaraf persepsi, mereka sudah mempercayai bulat bulat. Mereka percaya yang buruk itu benar dan kebaikan itu hanya ilusi. Jika dikatakan negara hancur lebur , mereka akan percaya walaupun mata mereka melihat negara ini sejahtera sahaja dan mereka sedang bersenang lenang membuat

Tiada lagi diskaun 10% untuk Bumiputera di Selangor

Image
Mulai bulan hadapan tiada lagi diakaun sepuluh peratus diberikan kepada Bumiputera untuk pembelian pangsapuri, pejabat kecil pejabat rumah (SOHO) dan pejabat pejabat serba kecil (SoVo)  di bawah garis panduan baru mengenai pembangunan perumahan di Selangor kata Teng Chang Khim.

Perhimpunan Bersih 5.0 Mungkin Batal

Image
Kegagalan demonstrasi tangkap MO1 Sabtu lepas, dimana menyaksikan hanya 1,000 orang sahaja yang hadir, memberi gambaran bahawa demonstrasi Bersih 5.0 yang lebih besar dirancang pembangkang, turut akan menemui kegagalan yang sama.                                                                                                                                                                                                              Bukan rahsia lagi bahawa demonstrasi Sabtu lepas adalah ujikaji pembangkang untuk melihat sejauh mana Bersih 5.0 (menggunakan motif yang sama) akan mendapat sambutan.                                                                                                                                                                                                                                 Kalau yang ini pun gagal menarik minat rakyat, apatah lagi Bersih 5.0 yang buat pertama kali 'lari' dari motif tradisi penganjurannya sejak 2007 –pilihanraya yang

Rakyat Sudah Bosan Dengan Putar Belit Cerita 1MDB

Image
Putar belit pembangkang dan kumpulan pro-Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan cerita 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan pelbagai dakwaan salah dan tidak berasas sudah membuatkan rakyat muak dan bosan dengan strategi politik kotor mereka. Terbaru, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program  di Stadium Ketereh, Kelantan Jumaat lepas memutar belitkan lagi cerita berkaitan 1MDB dengan tuduhan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyalahgunakan dana syarikat berkenaan. Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO, dalam program itu mencipta angka baru pula iaitu RM14 bilion dikatakan hilang berbanding angka lebih RM40 bilion yang hilang. Rakyat sudah bosan dan petunjuknya jelas apabila demo haram #TangkapMO1 yang dianjurkan oleh mahasiswa di Dataran Merdeka gagal sebaliknya hanya menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyusahkan orang lain. Kegagalan kumpulan anti-Najib ini adalah hasil kejayaan kerajaan yang melaksanakan program m

Mahathir Kaki Gaduh

Image
Hanya seorang sahaja Perdana Menteri yang tidak "diganggu" oleh Mahathir iaitu Tun Razak. Perdana Menteri Malaysia yang lain semuanya "diganggu" oleh Mahathir. Dulu Tun Mahathir bergaduh dengan dua orang bekas Perdana Menteri sekaligus pada 1987 (Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn). Berbeza kini, bila ada seorang lagi bekas Perdana Menteri (Pak Lah) tidak bersetuju dan tidak bersepakat dengan Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri) untuk mengecam kepimpinan yang sedia ada. Mahathir pilih Pak Lah gantikannya, kemudian Pak Lah juga kena ganggu. Kemudian cadang Najib ganti Pak Lah, tidak lama selepas itu, Mahathir kacau Najib pula. Dengan Tun Hussein Onn yang memberi laluan kepadanya sebagai Perdana Menteri pun, hubungan Mahathir dengan Hussein Onn tidak pernah harmoni dan aman. Mahathir Dengan Tunku Abdul Rahman Selepas kemerdekaan 1957, Mahathir pada mulanya terlibat sama aktif dalam politik, namun beliau tiba tiba menyepikan diri dari politik . Ada pihak me

Lelaki Buat Laporan Polis 'Ular Patuk' Kereta Sampai Remuk

Image
HULU YAM BHARU: Seekor daripada sekumpulan 'ular' yang melintas jalan dikatakan telah 'mematuk' sebuah kereta yang dipandu seorang jurujual sehingga remuk. Ular itu kemudiannya lari bersama kumpulannya ke dalam semak di Jalan Besar Sungai Tua, Ulu Yam Baharu, Selangor. Inilah laporan yang diterima anggota polis di Balai Polis Ulu Yam Baharu daripada seorang lelaki berusia 48 tahun pada Khamis lalu. Bagaimanapun siasatan polis kemudiannya mendapati ular yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah seekor kuda. "Pengadu yang merupakan seorang lelaki Cina dan berasal dari Puchong sebenarnya tidak fasih berbahasa Melayu sehingga kuda disebut ular. Pengadu sebenarnya diserang sekumpulan kuda yang melintas jalan tersebut," kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam kepada Bernama pada Ahad. Supramaniam berkata, seekor daripada kumpulan kuda yang berkeliaran di kawasan itu telah menendang kereta mangsa sehingga remuk di bahagian hadapan kereta jen

Ibrahim Ali Ramal BN akan Kalah PRU14 - Setaraf Ramalan Raja Bomoh (video)

Presiden PERKASA, Ibrahim Ali baru-baru ini berkata, BN akan kalah dalam PRU14. Kita semua tahu bahawa penaung PERKASA adalah Mahathir, oleh itu DAP dan PERKASA sekarang ini teman sekongkolan serta rapat bersatu untuk "Selamatkan Malaysia" - menyelamatkan dari apa tak tahu lah. Video berusia lebih daripada tiga tahun ini juga menunjukkan Raja Bomoh membuat ramalan berani yang BN akan kalah dalam PRU-13. Sama seperti Ibrahim Ali sekarang. Memang setaraf lah mereka berdua.

Tol Lebuhraya: Perjanjian Berat Sebelah Antara Mahathir Dan Kroni Menyebabkan Tempoh Konsesi Berlanjutan

Image
Walaupun UEM telah diambil alih oleh kerajaan sebagai sebahagian daripada jaminan pada tahun 1998, PLUS telah diswastakan dan disenaraikan di pasaran saham pada tahun 2002 untuk membantu mengurangkan hutang UEM / Renong yang semakin meningkat. Inilah sebabnya mengapa Kerajaan Perdana Menteri Najib Razak mengambil alih PLUS sepenuhnya daripada tangan swasta pada tahun 2011 dan kini 51% dimiliki oleh Khazanah dan 49% dimiliki oleh KWSP. ARKIB : 17/11/2011 Tol kekal hingga 2015 KUALA LUMPUR 16 Nov. Pemerolehan aset dan liabiliti PLUS Expressways Bhd (PEB) oleh UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberi laluan kepada kadar tol yang lebih baik kepada pengguna dan penjimatan RM6.5 bilion bagi kerajaan. UEM Group dan KWSP hari ini mengumumkan yang mereka bersetuju untuk menyemak semula terma perjanjian konsesi tol dengan kerajaan, di mana tiada kenaikan tol di empat lebuh raya sehingga 2015 dan kerajaan tidak akan membuat sebarang pemba

Projek Lebuhraya Utara Selatan Di Anugerah Kepada Pembida Tertinggi

Image
Pada tahun 1986, Mahathir memilih untuk menganugerah projek Lebuh Raya Utara Selatan kepada syarikat milik persendirian UEM walaupun pada hakikatnya bahawa tawaran UEM: - Yang paling mahal, - Tidak mempunyai pengalaman pembinaan lebuh raya, - Memerlukan jumlah tertinggi sokongan kewangan kerajaan - Cadangan kadar tol tertinggi - Kadar tertinggi kenaikan tol dan tempoh kutipan tol yang paling lama - Anggaran kutipan tol tertinggi daripada pengguna dua kali ganda berbanding pembida lain. Konsesi diberikan kepada UEM adalah untuk tempoh 30 tahun dan ia juga membenarkan UEM untuk mengendalikan dan mengenakan tol terhadap pengguna pada bahagian lebuh raya sudah siap dibina oleh Kerajaan. Daripada 870km lebuh raya, UEM dibayar untuk membina 500km dan diberi percuma 370km yang telah siap dibina menggunakan dana awam untuk mengutip tol. Sebenarnya. hampir 370km daripada 870km lebuh raya Utara Selatan itu sudah dibina sebelum Mahathir menjadi Perdana Menteri dan sebelum

Mahathir pemegang saham syarikat jet peribadi FlyJet Sdn Bhd.

Image
Selain daripada menggunakan pesawat Berjaya Air, DRB, Kerajaan atau pesawat milik anaknya, Mahathir juga merupakan pemegang saham nominal dan pengarah syarikat jet peribadi FlyJet Sdn Bhd. Mahathir terbang ke Langkawi hari ini menaiki pesawat Bombardier Challenger 604, pesawat persendirian milik FlyJet Sdn Bhd di mana Tan Sri Lee Kim Yew merupakan pemegang saham majoriti manakala Mahathir bersama-sama dengan anak perempuan Tan Sri Lim adalah pengarah dan pemegang saham nominal. Syarikat itu kini mempunyai dua jet Challenger dan Boeing 737. Hebat kan Mahathir! --- Berita mengenai FlyJet Sdn Bhd. http://www.thesundaily.my/news/1089564

Twin Otter MAS Wing terbabas di Marudi

Image
MARUDI: Sebuah pesawat ringan Twin Otter milik Maswing terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Marudi jam 3.50 petang tadi.    Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Gabriel Risut berkata, kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu tidak membabitkan kecederaan pada dua juruterbang dan empat penumpang.  Beliau berkata, pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Miri menuju Marudi terbabas ke kiri dan berhenti di kawasan berumput di tepi landasan.  "Ketika kejadian pesawat dikendalikan pembantu juruterbang namun tidak dapat dipastikan punca kejadian.   "Siasatan penuh mengenai kejadian dikendalikan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Miri," katanya.

#TangkapMO1: Malaysiakini Memalukan Mahathir

Image
Tajuk Malaysiakini benar-benar memalukan Mahathir kerana Khairuddin Abu Hassan pembantu setia Mahathir telah menyatakan beberapa hari lalu bahawa beliau akan menghadiri dan memberi ceramah pada perhimpunan tersebut. Melihat bahawa kehadiran yang tidak memberangsangkan, Mahathir seolah-olah telah mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dengan memberi alasan bahawa "sibuk saat akhir di Langkawi". Apa yang penting sangat di Langkawi sehingga tidak boleh menghadiri perhimpunan "Tangkap MO1 dan Selamatkan Malaysia"? Seolah-olah seperti sokongan untuk Mahathir telah berlalu, sehingga ia tidak lagi mampu untuk menarik orang ramai. 03:50 - Dataran Merdeka: Dr Mahathir Mohamad dijangka tidak akan membuat penampilan beliau pada perhimpunan TangkapMO1 itu. "Dia tidak dapat datang pada saat-saat akhir kerana dia terpaksa pergi ke Langkawi," pembantu memberitahu Malaysiakini. Dianggarkan lebih kurang 1,500 penunjuk perasaan berarak ke Dataran Merdeka. W

Mahathir Bakal Hadir Himpunan Haram Mahasiswa

Image
GERAKAN mengulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bukan lagi rahsia. Malah isu yang dibangkitkan oleh Department of Justice Amerika Syarikat (DoJ) adalah susulan dari permintaan pembangkang sendiri dengan menjemput campur tangan asing ke dalam sistem politik negara. Dalam meneruskan gerakan pemberontakan tersebut maka satu himpinan haram akan diadakan sebentar lagi oleh Persatuan Mahasiswa Melayu Malaysia yang didalangi pembangkang. Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengesahkan Mahathir akan menyertai himpunan haram tersebut. Menurut beliau, Persatuan Mahasiswa Melayu Malaysia telah menjemput Mahathir ke Dataran Merdeka pada sebelah petang. Namun kenyataannya kita tahu mungkin Mahathir yang mengerakkan himpunan haram itu. Setakat ini , PAS belum mengesahkan penyertaan pada himpunan itu walaupun rata-rata parti pembangkang di negara ini menyokongnya. Pihak penganju

Beri Najib peluang, titah Sultan Johor

Image
Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi peluang seperti perdana menteri terdahulu yang juga melakukan kesilapan. Sambil menegaskan baginda tidak memihak sesiapa, katanya Najib tetap adalah perdana menteri. "Saya tahu perdana menteri banyak dibidas tetapi saya kata berikannya peluang. "Terdapat isu-isu yang masih perlu ditangani, perlu meyakinkan rakyat, yang perlukan jawapan, tetapi saya mesti katakan bahawa ini juga harus ada kesudahannya. "Setiap daripada kita ada membuat kesilapan tetapi kita mesti sedia belajar, betulkan kesalahan dan lakukan apa yang betul," titah baginda dalam temu bual eksklusif dengan The Star. Sultan Ibrahim juga menegaskan bahawa kedudukan baginda adalah di atas politik dan tidak akan menyebelahi mana-mana pihak termasuk antara Najib dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Baginda bertitah setiap kali bertemu dengan sama ada Muhyiddin ata

"Kambing Hitam" Mahathir Di Jatuhkan Hukuman Di Bawah BAFIA Akibat Mengikut Arahan Mahathir Beri Kelulusan Pinjaman Kepada Syarikat Kroni Milik Repco Low

Image
1. Akhirnya Datuk Ismail Zakaria bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Bank era Mahathir didapati bersalah atas empat pertuduhan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989 dan Mahkamah Tinggi 19 Ogos menjatuhkan hukuman denda RM600,000. 2. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab Karim Ab Rahman, berkata hukuman denda itu adalah selepas mengambil kira keadaan fizikal dan mental responden (Ismail) yang kurang memuaskan selepas menghidapi penyakit angin ahmar. Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM150,000 atau 10 bulan penjara bagi setiap pertuduhan terhadap Ismail yang hadir berkerusi roda di mahkamah. 3. Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan hakim Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan Ismail daripada empat pertuduhan itu. 4. Pada 12 September 2011, Ismail dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada empat pertuduhan bertindak di luar bidang kuasanya meluluskan pinjaman berj