Posts

Showing posts with the label Jurulatih

Jurulatih taekwando disyaki cabul 4 kanak-kanak ditahan

Image
Jurulatih taekwando disyaki cabul 4 kanak-kanak ditahan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170525 SHAH ALAM: Polis mengesahkan menahan seorang jurulatih seni mempertahankan diri yang didakwa mencabul empat pelatih kanak-kanak di pusat latihan di Shah Alam. Perbuatan jijik lelaki berusia 20 tahun yang juga penuntut kolej swasta itu terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ibu bapa masing-masing. Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian dikatakan berlaku sekitar September sehingga Oktober lalu. "Laporan pertama berkaitan kejadian diterima pada 1.53 tengah hari Khamis lalu daripada ibu kepada kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun. "Mangsa mendakwa dicabul suspek semasa berada di dalam tandas di pusat latihan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Mohd Iqbal, setakat ini empat laporan diterima membabitkan empat mangsa berbeza berusia antara tujuh hingga sembilan tahun. Beliau berkata, siasatan awal mendapat

Misbun 'laris', terima lima tawaran dari luar negara

Image
Misbun 'laris', terima lima tawaran dari luar negara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166745 Bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) Datuk Misbun Sidek, telah menerima sekurang-kurangnya lima tawaran dari luar negara setelah berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), baru-baru ini. Tanpa mendedahkan senarai negara yang cuba memancingnya, Misbun berkata antara yang berminat mendapatkan khidmatnya itu dari negara jiran, manakala terdapat juga tawaran baginya untuk membimbing skuad senior. “Sebenarnya dari dulu lagi sudah ada (tawaran) malah dalam beberapa minggu lalu setelah mereka tahu saya telah diberhentikan, namun saya mahu rehat dahulu. “Kesemuanya bergantung kepada syarat tertentu yang saya letakkan, jika mereka setuju baru saya terima,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Misbun, yang memerlukan masa memikirkan tawaran diterimanya berkata buat masa ini, beliau akan memberi tumpuan terlebih dahulu dalam aspek

Individu pernah lahirkan 'sang juara' pilihan Zii Jia

Image
Individu pernah lahirkan 'sang juara' pilihan Zii Jia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163859 Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia memberi bayangan bahawa calon jurulatih baharu yang bakal dipilihnya merupakan individu yang pernah menghasilkan ‘sang juara’ dalam kejohanan badminton sebelum ini. Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Zii Jia yang kembali menagih khidmat jurulatih menjelang kelayakan Sukan Olimpik Paris yang akan bermula dengan Piala Sudirman di China pada 14 Mei ini, berkata keputusan mengenai jurulatih baharunya itu, bagaimanapun belum dimuktamadkan. “Proses pencarian jurulatih sedang berjalan. Ada beberapa calon dikenal pasti, namun saya tidak boleh umum kerana belum disahkan. Apa yang boleh saya katakan ialah jurulatih itu pernah hasilkan juara,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Kejohanan Badminton Piala Presiden di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini hari ini. Zii Jia sebelum ini bergerak secara bersendirian tanpa bimbingan jurulatih