[Video] Pembalakan punca runtuhan tanah di struktur empangan Kenyir
[Video] Pembalakan punca runtuhan tanah di struktur empangan Kenyir Baca seterusnya di: https://pakdin.my/155619 - KUALA TERENGGANU: Penduduk di beberapa kampung di Mukim Tersat mendakwa aktiviti pembalakan di Bukit Rasok berhampiran Stesen Janakuasa Hidroelektrik Sultan Mahmud atau Empangan Kenyir antara punca berlakunya runtuhan tanah di struktur empangan. Seorang penduduk, Ghazali Abd Rahman, 63, dari Kampung Jenagor, Kuala Berang berkata, aktiviti pembalakan di puncak Bukit Rasok, dihentikan sejak akhir tahun lalu. Bagaimanapun, katanya, hujan lebat yang melanda sejak Sabtu lalu menyebabkan berlakunya runtuhan tebing bukit sehingga kayu balak dan sisa balak turut terjatuh ke dalam tasik dan dihanyutkan arus. "Akibat runtuhan tebing bukit menyebabkan kayu balak dan sisa hutan turut terjatuh dan dihanyutkan arus. "Runtuhan tanah di sebelah kanan empangan Kenyir mungkin berpunca daripada pergerakan tanah berikutan hujan lebat berterusan sehingga Isnin lalu," katanya...