Posts

Showing posts with the label Maran

[VIDEO] Tujuh kawasan di Maran terjejas banjir

Image
[VIDEO] Tujuh kawasan di Maran terjejas banjir BACA seterusnya di: https://pakdin.my/167032 Tujuh kawasan di Mukim Luit dan Chenor di daerah Maran dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan sejak petang semalam. Kawasan terbabit ialah Kampung Kuala Sentul, Pekan Sri Jaya, Kampung New Zealand, Kampung Baru Sungai Chedong, Kampung Berkat dan Taman Sri Chedung mula dinaiki air pada pukul 10.50 malam tadi. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Maran Kapten (PA) Mohd Nor Azhar Yusof berkata, "Sebanyak empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan menempatkan 145 keluarga membabitkan 559 penduduk terjejas banjir." PPS Kampung Baru Sungai Chedong menempatkan 53 keluarga dan 252 penduduk, Balairaya Kampung Berkat, tujuh keluarga (26 penduduk), SK Kuala Sentul menempatkan 64 keluarga (207 penduduk) dan Surau Taman Sri Chedong menempatkan 21 keluarga (74 penduduk). "Agensi penyelamat sedang membuat pemantauan dan menghantar bantuan keperluan asas bencana serta kit makanan kepada p

[Video] 32 ahli Bersatu PPBM keluar parti sertai UMNO

Image
  [Video] 32 ahli PPBM Maran keluar parti sertai UMNO [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154516 ] Seramai 32 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Maran mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO, pada Rabu. Kumpulan ahli Bersatu diketuai Ketua Srikandi PPBM bahagian itu, Siti Nora Mohamad Noor,43 menyerahkan borang keahlian mereka kepada Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Siti Nora berkata, keputusan mereka keluar parti kerana sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap hala tuju parti itu. Menurutnya, kelemahan kepimpinan parti sama ada di peringkat bahagian, negeri dan pusat antara faktor mereka memilih untuk meninggalkan Bersatu. "Bukan hanya kami tetapi kira-kira 100 ahli PPBM Bahagian Maran dijangka mengambil langkah sama," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan borang keahlian UMNO di Dewan Kediaman Menteri Besar di sini, pada Rabu. Hadir sama Ketua Bahagian UMNO Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin. Siti Nora ya