Posts

Showing posts with the label Deepavali

Deepavali: Tol percuma bermula esok

Image
Deepavali: Tol percuma bermula esok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170703 Kerajaan bersetuju memberikan tol percuma kepada pengguna lebuh raya bermula esok hingga Ahad ini, bersempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada 12 November 2023. Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor. "Inisiatif itu dilaksanakan bagi meraikan kesemua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat kaum India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali. "Ia juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan," kata Alexander menerusi kenyataan. Tambah Alexander, pengguna diharap memanfaatkan peluang tersebut, selain merancang perjalanan dengan sebaiknya. Pengguna lebuh r

Bayaran akhir STR mulai 7 November

Image
  Bayaran akhir STR mulai 7 November Baca seterusnya: https://pakdin.my/169344 Pembayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat mulai 7 November 2023. Menurut Kementerian Kewangan, ia membabitkan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion kepada 5.5 juta penerima. "Daripada jumlah tersebut, 5.22 juta penerima sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200. "Lebih 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023, akan turut menerima bantuan tunai berkenaan sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing. "Pembayaran yang dibuat merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima tahun ini," kata Kementerian Kewangan menerusi kenyataan. Tambahnya, kerajaan membelanjakan hampir RM8 bilion untuk STR 2023 kepada 8.7 juta penerima bagi membantu menangani cabaran kos sara hidup. Sebagai penambahbaikan, kerajaan mengambil pendekatan berbeza bagi memastikan tiada golongan ya