Posts

Showing posts from June, 2023

[VIDEO] 10 kilang terbakar di Balakong

Image
[VIDEO] 10 kilang terbakar di Balakong BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166229 PETALING JAYA: Sebanyak 10 kilang musnah dalam kebakaran di Jalan KPB 3, Kawasan Perindustrian Balakong di sini, awal pagi tadi 30 Jun 2023.  Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan pada pukul 2.15 pagi membabitkan kejadian tersebut dan sebanyak sembilan jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.  Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, operasi melibatkan seramai 48 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn ;BBP Serdang; BBP Pandan; BBP Kajang; BBP Bangi; BBP Petaling Jaya, BBP Shah Alam dan BBP Cyberjaya.  Katanya, kebakaran pada awalnya melibatkan empat namun merebak ke enam kilang lain menjadikan 10 buah kilang terbabit.  “Api merebak dengan pantas disebabkan pengubahsuaian dan penambahan awning kilang. “Malah, jarak antara kilang yang terlalu rapat serta kilang-kilang tersebut mempunyai ‘fire load’ yang tinggi kerana padat dengan bahan yang mud

Badal atau bedal haji?

Image
[VIDEO] Badal atau bedal haji? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166221 Banyak kertas koyak, bersepah di Tanah Suci... Lelaki dedah scammer kantoi laksana ‘amanah’ ramai penama Kebanyakan kertas yang bersepah tertera badal haji bagi penama-penama dari Asia, termasuk Malaysia. apa yang mengejutkan apabila terdapat segelintir jemaah yang kononnya melakukan badal haji dengan menyebut beberapa penama. Selain Malaysia, antara kertas badal haji yang dilihat sudah dikoyakkan dan dibuang adalah bagi penama dari Indonesia dan Thailand. Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan umat Islam di negara ini supaya lebih berhati-hati dengan tawaran badal atau upah haji oleh agensi pelancongan mahupun individu tertentu BADAL haji atau bedal haji? Ia merupakan persoalan yang disuarakan oleh seorang jemaah haji yang sedang melaksanakan badal haji di Tanah Suci ketika ini. Rakaman yang dibuat di Jabal Rahmah mendedahkan kegiatan segelintir pelaksana yang didakwa terlibat dalam penipuan badal haji. Menerus

PRN: Berkempen secara matang - Mufti Kelantan

Image
PRN: Berkempen secara matang - Mufti Kelantan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166208 Masyarakat Kelantan, khususnya umat Islam diingatkan agar bersikap lebih dewasa dan matang terutamanya dalam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata sikap sedemikian bakal mencerminkan peribadi seseorang sekali gus mengelakkan tercetusnya perbalahan dan perpecahan sesama sendiri. “Kita telah menempuh beberapa kali pilihan raya, sepatutnya perkara ini mendewasakan kita.  “Oleh itu, berkempenlah secara matang dan dewasa dan tidak menimbulkan sebarang provokasi. Kalau timbul perbalahan mahupun perpecahan antara masyarakat itu tandanya masih kebudak-budakan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Arafah #QuranHour di Masjid Sultan Muhammad II, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Marhaini Yusoff. Mohamad

Shabery Cheek dilantik Pengerusi baharu Felda

Image
S abery Cheek dilantik Pengerusi baharu Felda BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166200 Lem. baga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai pengerusi agensi itu yang baharu berkuat kuasa 1 Julai ini. Felda menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan tersebut akan meneruskan kesinambungan usaha transformasi Felda demi kemaslahatan warga peneroka serta generasi baharu Felda keseluruhannya. Pada masa sama, Felda turut menzahirkan penghargaan kepada Tan Sri Idris Jusoh yang menamatkan perkhidmatan selama tiga tahun sebagai Pengerusi Felda pada 30 Jun ini. “Antara kejayaan tertinggi ialah peningkatan produktiviti ladang peneroka yang meningkat lebih dua tan per hektar setahun daripada 17.29 tan per hektar pada 2021 kepada 19.43 tan per hektar pada 2022, yang secara langsung turut meningkatkan pendapatan warga peneroka,” menurut kenyataan itu. Menurut Felda Idris turut memperkenalkan inisiatif Hab Pembuatan Digital: Pe
Image
Resipi terung sambal bilis memang kena dengan tekak Melayu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166186 ADA hari tertentu kita rasa seperti sudah buntu mahu masak apa untuk makan di rumah. Bagi yang masih tercari-cari hidangan mudah (simple) dan senang, boleh cuba resipi terung masak sambal berlada bilis ini. Bukan sahaja kena dengan 'tekak Melayu', malah hidangan ini sudah memadai sekiranya dimakan bersama nasi putih panas-panas dan kicap. Bahan-bahan: 1. Terung 2. Cili padi 3. Bawang merah 4. Bawang putih 5. Cili merah 6. Ikan bilis 7. Air asam jawa 8. Garam dan gula Cara-caranya: 1. Goreng terung yang dipotong sehingga layu menggunakan minyak masak yang banyak. 2. Goreng pula ikan bilis secara berasingan. 3. Kisar 'kasar' cili padi, cili merah, bawang putih dan bawang merah sebelum ditumis. 4. Selepas bahan tumis garing, masukkan terung dan ikan bilis yang telah digoreng. 5. Masukkan sedikit perahan asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 6. Gaul semua bahan selama t

[VIDEO] Tuntutan Sulu: Kemenangan cukup bermakna - Ahmad Zahid

Image
[VIDEO] Tuntutan Sulu: Kemenangan cukup bermakna - Ahmad Zahid BACA seterusnya: https://pakdin.my/166177 Kemenangan di mahkamah antarabangsa dalam kes tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia menjadi kejayaan cukup bermakna dan penting untuk negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menerusi catatan di Facebook beliau hari ini, Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat sehingga kerajaan berjaya mempertahankan hak serta kedaulatan negara. “Tahniah kepada pasukan Malaysia diketuai pengerusinya (Pengerusi Sekretariat Khas yang juga Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said yang bertungkus-lumus memastikan kedaulatan Malaysia terus terpelihara,” katanya. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di negara itu. A

Selepas terlanjur janji nak kahwin, tiba-tiba pemuda tukar fikiran... Buka cerita kekasih tidur dengan ramai lelaki - “15 orang termasuk saya”

Image
Selepas terlanjur janji nak kahwin, tiba-tiba pemuda tukar fikiran... Buka cerita kekasih tidur dengan ramai lelaki - “15 orang termasuk saya” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166190 SETIAP individu mempunyai kisah silam tersendiri yang sering dijadikan panduan untuk hari mendatang. Bagi yang ingin mendirikan rumah tangga, mereka dinasihatkan supaya tidak membongkarkannya kepada pasangan bagi mengelakkan ia diungkit kemudian hari. Seperti yang dialami lelaki ini, dia bimbang jika kisah ‘zaman gelap’ kekasihnya diungkit apabila berlaku pertengkaran selepas mereka berkahwin nanti. “Saya kenal seorang perempuan ni, hampir setahun dan sudah rancang nak kahwin... dia bukan Islam tetapi bersedia untuk tukar agama. “Perihal hubungan memang baik semuanya cuma dia sudah ‘rosak’. Awalnya saya boleh terima semua tu dan sebelum kenal dia, saya masih suci... tak pernah buat seks dengan mana-mana perempuan. “Dia pernah tidur dengan lelaki dan hampir 15 orang termasuk saya,” luahnya menerusi Twi

[VIDEO] Keputusan mahkamah rayuan The Hague sahkan pendirian Malaysia - Azalina

Image
[VIDEO] Keputusan mahkamah rayuan The Hague sahkan pendirian Malaysia - Azalina BACA seterusnya: https://pakdin.my/166164 Keputusan Mahkamah Rayuan The Hague, Belanda pada Selasa yang menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mendapatkan pengiktirafan dan penguatkuasaan award akhir sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di negara itu yang dikatakan diperoleh melalui proses timbang tara, mengesahkan pendirian Malaysia bahawa timbang tara itu tidak sepatutnya berlaku. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata permohonan sedemikian tidak sah sejak awal lagi dan award akhir yang dikatakan itu adalah terbatal. “Pihak yang menuntut tidak boleh bergantung pada award akhir yang dikatakan itu untuk cuba merampas aset Malaysia di Belanda dan dengan penghakiman penting ini, sebarang percubaan oleh pihak menuntut dan pembiaya mereka akan menjadikan sia-sia untuk menguatkuasakannya di bidang kuasa lain,” kata beliau dalam kenyat

[VIDEO] MIC, MCA akan diberikan kerusi pada PRN – Ahmad Zahid

Image
[VIDEO] MIC, MCA akan diberikan kerusi pada PRN – Ahmad Zahid BACA seterusnya: https://pakdin.my/166154 Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi jaminan bahawa MCA dan MIC akan diberi kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam negeri tidak lama lagi. Justeru, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Portal TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) MADANI di sini hari ini berharap desas desus berlakunya peminggiran komponen BN dalam PRN itu nanti dapat dipadamkan. “Saya harap jika ada sebarang desas desus mengatakan ada peminggiran dalam kalangan komponen BN, saya harap ia dipadamkan. Saya ingin memberikan jaminan ini kepada rakan-rakan parti dalam komponen BN,” katanya. Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Timbalan Presiden MIC M Saravanan hari ini dilaporkan menafi

[VIDEO] Polis buka kertas siasatan terhadap Ustaz Zainul Asri

Image
[VIDEO] Polis buka kertas siasatan terhadap Ustaz Zainul Asri BACA seterusnya: https://pakdin.my/166143 Polis telah membuka kertas siasatan terhadap bekas Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli berhubung ucapannya yang didakwa berbaur hasutan dalam program Himpunan Kedah Berselawat pada Sabtu lepas. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mengesahkan perkara itu hari ini berkata Syeikh Muhd Zainul Asri telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan, namun beliau tidak direman. “Dalam pertemuan pertama (dengan polis) itu, dia telah mengakui kesilapannya dan berkata terlalu teruja apabila mendapat sambutan dalam perhimpunan tersebut. "Namun saya dimaklumkan siasatan diteruskan sebab ada aduan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kelapan di sini hari ini. Satu laporan polis telah dibuat oleh wakil Pakatan Harapan di Ibu Pejab

Padah mandi bunga! Remaja perempuan diperkosa bomoh sehingga trauma

Image
Padah mandi bunga! Remaja perempuan diperkosa bomoh sehingga trauma BACA seterusnya: https://pakdin.my/166133 GARA-GARA mengikut ritual mandi bunga, seorang remaja berusia 16 tahun diperkosa bomoh. Kejadian pada 1 Jun itu bermula apabila ibu saudara kepada remaja terbabit ingin mendapatkan khidmat bomoh berkenaan. Menurut wakil ketua pusat perlindungan Tangerang, Syukron Nur Arifin, pada awalnya mandi bunga hanya dilakukan oleh ibu saudara mangsa. Namun selepas upacara tersebut selesai, bomoh yang dikenali sebagai Mamang Ompong menyatakan remaja berkenaan terkena sihir guna-guna dan perlu mandi bunga. Ibu remaja terbabit kemudiannya bersetuju dengan saranan bomoh. "Dia diperkosa semasa upacara mandi bunga dilakukan iaitu selepas ibunya disuruh keluar," katanya. Bagaimanapun, remaja terbabit hanya melaporkan kejadian berkenaan selepas beberapa hari berlalu kerana berasa takut. Tambah Syukron, mangsa kini berada dalam keadaan trauma dan perlu mendapatkan rawatan psikologi. Hasi

[VIDEO] Pakatan Harapan buat laporan polis terhadap ucapan pemimpin PAS

Image
[VIDEO] Pakatan Harapan buat laporan polis terhadap ucapan pemimpin PAS BACA seterusnya: https://pakdin.my/166124 KUALA LUMPUR -- Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Syeikh Zainul Asri Mohd Romli berikutan ucapannya semasa Himpunan Kedah Berselawat Sabtu lepas. Laporan polis berkenaan dibuat oleh Ketua Biro Mobilisasi Pusat Media PH Kapten (B) Muhammad Yahaya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pagi tadi. Menurut Muhammad laporan berkenaan dibuat susulan ucapan Syeikh Zainul Asri yang menyebut semoga Allah mempertahankan Kedah daripada jatuh ke tangan musuh Allah. Katanya ungkapan berbaur propaganda berkenaan seolah-olah menggambarkan hanya PAS dan Perikatan Nasional sahaja bersama Allah manakala parti yang lain adalah musuh Allah. Menurutnya ungkapan berkenaan yang dibuat ketika negeri berkenaan sedang bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya negeri dilihat amat tidak sihat dan boleh menyemai perasaan benc

[VIDEO] Ditahan lepas mengaku bunuh teman wanita

Image
[VIDEO] Ditahan lepas mengaku bunuh teman wanita BACA seterusnya: https://pakdin.my/166114 IPOH  -- Seorang wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya yang berada di bawah pengaruh dadah di sebuah rumah kedai di Taman Song Choon di sini, awal pagi 25 Jun 2023. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat daripada seorang wanita pada 4.34 pagi 25 Jun 2023 mengenai satu kejadian pergaduhan membabitkan pasangan kekasih itu di tingkat atas rumah kedai berkenaan. "Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa berumur 24 tahun itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas sebuah katil dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. "Polis menahan teman lelaki mangsa berusia 23 tahun yang mengaku telah memukul mangsa dan turut menahan tiga lagi individu berusia lingkungan 29 hingga 65 tahun termasuk ibu suspek yang berada di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini. Yaha

Lebuh raya Bentong-Raub dibuka

Image
Lebuh raya Bentong-Raub dibuka BACA seterusnya: https://pakdin.my/166101 RAUB – Laluan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) antara Bentong ke Raub yang melibatkan Seksyen 5B dan sebahagian Seksyen 5A mula dibuka mulai pukul 12.01 tengah malam ini 24 Jun 2023. Pembukaan laluan sepanjang 18.6 kilometer daripada Persimpangan Keruntung, Bentong ke Persimpangan Krau di sini disempurnakan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Wan Rosdy berkata, pembukaan laluan berkenaan amat signifikan terutama dalam mengatasi kesesakan lalu lintas khususnya pada musim perayaan. “Manfaat yang kita dapat daripada jalan ini ialah memendekkan perjalanan daripada 45 minit kepada 15 minit dan daripada segi jaraknya daripada 30 kilometer kepada 18.6 kilometer. VIDEO berkaitan: “Laluan ini akan dibuka secara rasmi 25 Jun pada 12.01 tengah malam ini yang mana orang ramai boleh menggunakan lebuh raya ini,”katanya dalam sidang akhbar

Kelajuan HSR Jakarta-Bandung cecah 350km sejam

Image
Kelajuan HSR Jakarta-Bandung cecah 350km sejam BACA seterusnya: https://pakdin.my/166092 Kelajuan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung berjaya mencapai kelajuan maksimum iaitu 350 kilometer sejam dalam ujian bersepadu yang dilakukan. Dengan kejayaan itu, sekali gus menandakan HSR berkenaan berjaya mencapai matlamat dalam fasa ujian bersepadu. Sejak ujian bersepadu dimulakan pada 22 Mei, Syarikat Kereta Api Antarabangsa China (CRI) bersama-sama dengan beberapa syarikat China menjalankan ujian untuk meningkatkan kelajuan tren secara berperingkat, iaitu dari 180 kilometer sejam hingga 350 kilometer sejam. Ujian itu bagi memeriksa fungsi dan pelbagai indeks mengenai landasan, pembekalan elektrik, telekomunikasi, isyarat, penyeliaan amaran untuk memastikan kelancaran terhadap ujian fasa seterusnya serta pengoperasian rasmi. VIDEO berkaitan: Projek landasan sejauh 142.3 km  yang menghubungkan Jakarta dengan Bandung, bandar keempat terbesar di negara itu merupakan projek ikonik

PRN Selangor: Amirudin seru jentera PH lupakan perbedaan dengan BN

Image
PRN Selangor: Amirudin seru jentera PH lupakan perbedaan dengan BN BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166080 Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari meminta semua jentera dan ahli parti pakatan itu untuk melupakan perbedaan yang berlaku sebelum ini di antara mereka dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Piliharan Raya Negeri (PRN) akan datang.  Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata ini bagi memastikan kerjasama di antara PH dan BN pada PRN kali ini dapat menyumbang kepada sasaran kemenangan majoriti dua pertiga gabungan itu di negeri berkenaan.  “Insya-Allah tidak lama lagi rakan-rakan kita dari BN akan turut bersama-sama (untuk kempen pilihan raya),” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Selangor, di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini.  “Kita bolehlah lupakan sebentar beberapa perbedaan yang lalu kerana yang penting sekarang untuk kita bersatu padu dan berpakat untuk sama-sama selamatkan dan pulihkan neg

Kenyataan Tony Pua tidak mewakili DAP - Anthony Loke

Image
Kenyataan Tony Pua tidak mewakili DAP - Anthony Loke BACA seterusnya: https://pakdin.my/166069 Kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggelar Barisan Nasional (BN) yang kini bersama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai ‘pakatan korup’ dibuat atas kapasiti individu dan tidak mewakili kepimpinan parti, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke. Beliau berkata ucapan berunsur serangan yang dibuat terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan itu tidak seharusnya dikeluarkan, dan menurutnya Pua tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam DAP.  “Kepimpinan tertinggi DAP telah membuat keputusan dasar untuk bekerjasama dengan gabungan politik lain demi mencapai kestabilan politik. “Sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.  VIDEO berkaitan: https://youtu.be/qPXCuA-chjo Pua dilaporkan membuat kenyataan berk

Warga emas maut ketika luncur udara

Image
Warga emas maut ketika luncur udara BACA seterusnya: https://pakdin.my/166061 BACHOK: Keseronokan dua warga emas menikmati aktiviti luncur udara (paragliding) bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia akibat lemas, petang tadi. Dalam kejadian jam 6.50 petang, mangsa, berusia 60 tahun meninggal dunia manakala rakannya, yang juga pengendali berusia 77 tahun terselamat selepas mereka terjatuh ke dalam laut di Pantai Irama, di sini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bachok, Leftenan (PA) Mohd Khairi Mat Hussin berkata, kedua mangsa dipercayai rakan sekampung. Katanya, mereka dipercayai terjatuh dan lemas dalam jarak kira-kira 120 meter dari menara APM di pantai berkenaan. "Sebelum kejadian, anggota yang berada di menara, terlihat alatan luncur yang dinaiki mereka seperti mengalami masalah sebelum keduanya jatuh ke dalam laut. "Anggota kami seramai enam orang terus bergegas dan sempat menyelamatkan salah seorang mangsa," katanya ketika

Sasaran PH, BN menang 50 kerusi di Selangor realistik

Image
Sasaran PH, BN menang 50 kerusi di Selangor realistik BACA seterusnya: https://pakdin.my/166053 Sasaran gabungan Kerajaan Perpaduan untuk memenangi sekurang-kurangnya 50 atau dua pertiga jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Negeri akan datang adalah realistik dan mampu dicapai. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sasaran itu boleh dicapai dengan gabungan kekuatan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di negeri berkenaan. “Sasaran kita yang realistik adalah menang dua pertiga kerusi DUN Selangor namun jika campurkan pengundi PH dan BN, sasaran 50 kerusi itu mampu dilakukan serta dicapai. “Ini adalah masa kita untuk meyakinkan akar umbi kedua-dua pihak untuk bekerjasama dan memastikan kemenangan gabungan luar biasa untuk menjamin kestabilan serta kemakmuran di Selangor,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cher

Pasukan SAR laung azan sebelum jumpa Naufal dalam keadaan selamat

Image
Pasukan SAR laung azan sebelum jumpa Naufal dalam keadaan selamat BACA seterusnya: https://pakdin.my/166045 Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar tahfiz berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan kebun getah di Kampung Tanjong Sejarah, Kampung Tawai, Gerik melaungkan azan sebelum menemukan pelajar itu dalam keadaan selamat, pagi ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata Muhammad Naufal Adzimi Mohd Harris dijumpai pada 10.49 pagi ini, kira-kira dua kilometer dari lokasi motosikal yang ditinggalkan mangsa ditemukan.  “Pasukan SAR  pada pagi ini dipecahkan kepada lapan kumpulan yang disertai pelbagai agensi seperti JBPM, PDRM, PGA dan orang awam. Gerak kerja dimulakan dengan membuat laungan azan oleh Pegawai Operasi PKpgB Hasna Rashid. “Lokasi berkenaan sebelum ini juga telah pun dibuat pencarian namun mungkin situasi mangsa yang bergerak menyebabkan dia tidak ditemukan sebelum ini,” katanya dalam ke

[VIDEO] Wanita mengaku tidak bersalah terima deposit tanpa lesen

Image
[VIDEO] Wanita mengaku tidak bersalah terima deposit tanpa lesen BACA seterusnya: https://pakdin.my/166037 SHAH ALAM  -- Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sebanyak RM28,000, tahun lepas. Nurshafeza Jamaludin, 36, didakwa menerima wang itu daripada seorang wanita, tanpa lesen yang sah sebagaimana diperuntukkan mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah unit apartmen di Puchong antara 22 Okt 2022 dan 1 Dis 2022. Pertuduhan di bawah Seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 137 (2) akta yang sama iaitu penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak lebih RM50 juta atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yong Ching Hong manakala tertuduh diwakili peguam Shahrin Satheer. Hakim Muhamad Anas Mahadzir menetapkan jaminan RM3,000 berserta seorang penjamin dan sebutan sem

[VIDEO] Suspek ditahan dalam kapal terbang bersabit kes ah long

Image
[VIDEO] Suspek ditahan dalam kapal terbang bersabit kes ah long BACA seterusnya: https://pakdin.my/166028 JOHOR BAHRU – Penahanan seorang lelaki yang dirakam tular dalam sebuah kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, dekat sini kelmarin dibuat mengikut undang-undang. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek berusia 28 tahun itu merupakan penumpang dalam penerbangan tersebut yang baharu tiba dari utara tanah air. Menurut beliau, pihaknya juga telah menahan empat lagi individu dipercayai rakan suspek yang turut terlibat dalam kesalahan jenayah ah long yang dilakukan bersama. “Polis mengesan satu video tular di aplikasi TikTok penama akaun Elizabeth Eoh berkaitan tangkapan seorang suspek dibuat polis di dalam sebuah kapal terbang. “Ketika kejadian, polis sedang menjalankan tugas dan berjaya mengesan suspek yang merupakan penumpang dalam pesawat berkenan hasil daripada risikan dibuat. “Penahanan suspek beserta empat rakannya yang

[VIDEO] PKR menang kes saman, mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta

Image
[VIDEO] PKR menang kes saman, mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta BACA seterusnya: https://pakdin.my/166019 Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin diperintah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu. Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan saman PKR itu selepas mendapati bon tersebut merupakan kontrak yang sah dan mengikat. Mahkamah juga memerintahkan Zuraidah untuk membayar kos RM50,000. Saman itu difailkan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 28 Sept 2020 untuk menuntut RM10 juta daripada Zuraida kerana didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya dengan parti itu. Kenyataan tuntutan PKR mengatakan bahawa Zuraida telah menandatangani bon RM10 juta berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.  Hakim Akhtar yang menyampaikan keputusan itu melalui prosiding secara dalam talian, berkata hujah Zuraida bahawa beliau menandatangani bon itu

[VIDEO] Johor penyumbang terbesar kepada jumlah perdagangan negara bagi tempoh Jan-April tahun ini

Image
[VIDEO] Johor Penyumbang Terbesar Kepada Jumlah Perdagangan Negara Bagi Tempoh Jan-April Tahun Ini BACA seterusnya: https://pakdin.my/166009 ISKANDAR PUTERI  -- Johor muncul sebagai penyumbang terbesar kepada jumlah perdagangan negara bernilai RM247.592 bilion bagi tempoh Januari sehingga April tahun ini. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sumbangan Johor daripada segi perdagangan dan pelaburan adalah penting bagi pertumbuhan ekonomi negara. “Kedua-dua perdagangan dan pelaburan (Johor) adalah penting dan daripada segi sumbangan Johor untuk perdagangan, kedudukannya naik nombor satu iaitu 30 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia,” katanya. Tengku Zafrul berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, di sini, hari ini. Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM842.795 bilion bagi tempoh Januari sehingga Apri

Letupan Gas: Kakitangan cedera, bangunan hotel The Canal Ratchaburi ranap

Image
Letupan Gas: Kakitangan cedera, bangunan hotel The Canal Ratchaburi ranap BACA seterusnya: https://pakdin.my/166001 RATCHABURI: Letupan gas memasak mencederakan empat orang dan menyebabkan kerosakan besar di sebuah hotel di daerah Muang. Letupan berlaku di hotel The Canal Ratchaburi, yang mempunyai 31 bilik, di tambon Huai Phai kira-kira 9.30 pagi. Letupan itu meranapkan bahagian hadapan bangunan dua tingkat di kawasan hadapan hotel. Pegawai berkata, tiga wanita dan seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Ratchaburi kerana melecur teruk dan cedera akibat serpihan Mereka berkata bangunan itu digunakan sebagai tempat acara majlis. Di percayai pekerja terlupa menutup injap silinder gas memasak 45 kilogram, yang kemudiannya meletup.
Image
[VIDEO] Kejadian kepala air Pertak: Mangsa kedua lemas ditemui BACA seterusnya: https://pakdin.my/165996 HULU SELANGOR: Seorang lagi mangsa kejadian kepala air di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu di sini ditemui lemas, malam ini. Mayat wanita berusia 52 tahun yang juga warga tempatan ditemui anggota bomba jam 10.20 malam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata mangsa kedua itu dijumpai di celah batu pada jarak 50 meter daripada mangsa pertama. Artikel berkaitan: https://pakdin.my/165962/ Mayat diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mohamadul Ehsan berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) kedua-dua mangsa ditamatkan sepenuhnya jam 11 malam. Terdahulu, media melaporkan seorang wanita ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang dalam kejadian itu. Susulan itu, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomb
Image
Serangan ganas di selatan Thailand menyebabkan seorang maut, dua cedera BACA seterusnya: https://pakdin.my/165986 Insiden berasingan serangan ganas berlaku semalam di wilayah selatan Thailand iaitu Pattani dan Narathiwat, mengakibatkan seorang maut dan dua cedera. Kumpulan bersenjata menyasarkan pangkalan operasi polis di daerah Muang, wilayah Pattani, manakala sebuah trak pikap yang membawa penduduk kampung diserang hendap di wilayah Narathiwat. Serangan ke atas pangkalan polis di Pattani berlaku kira-kira jam 7 pagi di Ban Khlong Maning, apabila pemberontak melancarkan serangan tembakan menggunakan pelbagai senjata. Pegawai polis di pangkalan itu bertindak balas, menyebabkan berlakunya tembakan singkat sebelum penyerang berundur. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini. Akibat serangan itu, langkah keselamatan yang dipertingkatkan telah dilaksanakan di pusat pemeriksaan jalan raya, dengan peningkatan pengawasan terhadap kenderaan yang melaluinya, lapor Bangkok Post. Dalam

[VIDEO] Wanita lemas, seorang lagi masih hilang dibawa arus di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak

Image
[VIDEO] Wanita lemas, seorang lagi masih hilang dibawa arus di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165962 HULU SELANGOR: Wanita ditemukan lemas, manakala seorang lagi masih hilang di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini Rabu 21 Jun 2023. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejar ke lokasi sebaik dimaklum kejadian pada 5.30 petang. "Berdasarkan laporan awal, kejadian membabitkan dua wanita dengan identiti tidak dikenal pasti. "Mereka dipercayai hanyut dibawa arus deras (kepala air) ketika mandi di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini. Mohamadul Ehsan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan menerusi kaedah pencarian di permukaan dengan pasukan dipecah kepada dua kumpulan yang menyusuri Sungai Pertak. "Semasa SAR dijalankan, s
Image
[VIDEO] Bekas penuntut kolej Nur Izzati Adi, 26, erlepas hukuman mati sebabkan kematian bayi dalam tandas BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165951 Seorang bekas penuntut kolej di Bukit Kayu Hitam, Kedah, menangis sejurus dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di sini, hari ini selepas menjalani hukuman penjara atas kesalahan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan dalam tandas kolej itu, enam tahun lalu. Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Mohamed Zaini Mazlan secara sebulat suara mengarahkan Nur Izzati Adi, 26, yang sebelum ini dijatuhi hukuman sembilan tahun penjara dibebaskan serta-merta dan meminta warden Jabatan Penjara membuka gari wanita itu bagi membolehkan wanita berkenaan dibebaskan. "Saya beri arahan kepada pihak penjara supaya membuka garinya serta-merta supaya perayu boleh berjalan keluar dari mahkamah dengan lapang dada," kata Hakim Hadhariah. Nur Izzati dilihat menyapu air matany