Posts

Showing posts with the label Terengganu

Ahmad Said berundur demi pembaharuan UMNO Terengganu

Image
Ahmad Said berundur demi pembaharuan UMNO Terengganu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174072 KEMAMAN – Datuk Seri Ahmad Said memutuskan untuk berundur bagi memberi laluan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) diterajui generasi muda. Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat telah dicadangkan untuk menggantikannya memimpin BPUNT. “Saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BPUNT dan mencadangkan Datuk Rozi Mamat bagi menggantikan saya. “Keputusan saya buat ini adalah semata-mata untuk memberi laluan kepada orang baru yang lebih muda meneraju UMNO Terengganu,” katanya di sini hari ini. Ahmad berharap perlantikan Rozi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu dapat menyuntik semangat baharu kepada BPUNT. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu beliau sepanjang mentadbir BPUNT. “Saya memohon maaf kepada semua yang terlibat dalam pentadbi

🎦 Tergamak buang mayat bayi di tandas surau

Image
🎦 Tergamak buang mayat bayi di tandas surau BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170559 BESUT: Mayat bayi perempuan dipercayai dilahirkan lebih daripada 48 jam ditemukan dalam plastik di tandas surau di Kampung Pengkalan Nyireh, di sini, pagi tadi 6/11/2023. Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 11 pagi selepas dimaklumkan oleh orang awam. Katanya, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mayat bayi itu ditemukan di tandas wanita bahagian tengah daripada tiga tandas berkembar di situ. "Mayat itu berada dalam plastik di atas lantai tandas," katanya dalam satu kenyataan kepada media, di sini, hari ini. Rozak berkata, kawasan surau itu berpagar tetapi tidak berkunci serta tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV). "Saksi bersama seorang rakan pergi ke tandas itu dan mendapati bau busuk datang dari arah tandas bahagian tengah dan terdapat satu baldi berwarna merah dalam keadaan

Hilang Pulau Perhentian: Rupa-rupanya sudah balik Kluang berehat

Image
Hilang Pulau Perhentian: Rupa-rupanya sudah balik Kluang berehat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168719/ KLUANG – Empat sekeluarga yang dikhuatiri hilang setelah gagal dihubungi sewaktu bercuti di Pulau Perhentian di sini sejak Sabtu lalu selamat pulang ke pangkuan keluarga di sini hari ini. Sukarelawan Pertubuhan Amal Komuniti Besut, Ahmad Nazrul ketika dihubungi mengesahkan empat sekeluarga iaitu Suraidah Abdul Ghani, 54, dan anaknya, Mohamad Aiman Rafee, 21, serta dua cucunya, Sasa Alesha Mohd. Saiful 7, dan Ahmad Dhani Mohd. Saiful, 4, sudah selamat pulang ke Kluang. “Ya, saya mengesahkan bahawa mereka telah selamat pulang ke Kluang, saya telah berhubung dengan ayah kepada kanak-kanak tersebut dan dia mengesahkan. “Buat masa ini mungkin ayahnya mahu berehat sebab memandu kenderaan dari Kluang ke Terengganu patah balik, kita cuba bantu mana yang termampu,”katanya ketika dihubungi hari ini. Ahmad Nazrul juga berharap tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi mengenai kes

Hilang Pulau Perhentian: Telefon bimbit Suraidah, anak rosak terkena air

Image
Hilang Pulau Perhentian: Telefon bimbit Suraidah, anak rosak terkena air BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168715/ BESUT – Empat sekeluarga yang dikhuatiri hilang setelah gagal dihubungi sewaktu bercuti di Pulau Perhentian di sini sejak Sabtu lalu didapati telah keluar dari pulau peranginan pada kelmarin. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohamad berkata, siasatan awal mendapati Suraidah Abdul Ghani, 52, anak lelaki dan dua cucunya telah mendaftar keluar dari sebuah resort di Pulau Perhentian Kecil pada pukul 8 pagi, Ahad lalu (1/102023). “Semakan televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati kenderaan Proton Saga yang dinaiki keluarga itu dikesan telah bergerak keluar dari pekan Kuala Besut menuju ke Jambatan Seberang Kastam di sini pada pukul 10.06 pagi, 1 Oktober lalu. “Berdasarkan makluman daripada pengendali bot yang membawa mereka, keluarga tersebut dikatakan merancang untuk menyambung percutian di Batu Burok, Kuala Terengganu selepas itu,” katanya. Abdul Rozak

4 sekeluarga dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian

Image
4 sekeluarga dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168711/ BESUT – Empat sekeluarga iaitu dua wanita, anak lelaki dan cucunya dikhuatiri hilang setelah gagal dihubungi sewaktu bercuti di Pulau Perhentian di sini pada hujung minggu lalu. Suraidah Abdul Ghani, 52, dari Kluang, Johor dan ahli keluarga yang sepatutnya keluar dari pulau peranginan tersebut semalam. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohamad berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut. “Kami sedang melakukan pengesahan (dakwaan kehilangan) dan siasatan sudah dilakukan. “Butiran lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Terdahulu tular di media sosial tentang kerisauan ahli keluarga Suraidah setelah tiada berita tentang wanita itu, anaknya, Mohamad Aiman Mohd. Rafee, 21 serta dua cucunya, Sasa Alesha, 7, dan Ahmad Dhani, Mohd. Saiful, 4, sejak Sabtu lalu. Mereka dikatakan tiba di daerah ini dari

KL City, Terengganu sama liat

Image
KL City, Terengganu sama liat BACA seterusnya: https://pakdin.my/166409 Kuala Lumpur City FC (KL City) mensia-siakan kelebihan dua gol apabila diikat Terengganu FC 3-3 pada aksi Liga Super malam tadi. Sebaliknya pujian perlu diberikan kepada skuad Penyu yang tidak mengaku kalah biarpun pada satu ketika ketinggalan dengan jurang dua gol. Dalam aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur itu, kem tuan rumah dikejutkan dengan gol awal pelawat menerusi rembatan luar kotak penalti oleh Omid Nazari di minit 28. Walaupun ketinggalan, anak buah Bojan Hodak tenang menyusun kembali rentak dan berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan sudut yang dimanfaatkan sebaiknya Giancarlo Gallifuoco untuk menolak masuk di minit 36. Lima minit kemudian, skuad The City Boys melebarkan kedudukan menerusi Paulo Josue yang bijak menghidu peluang selepas berlakunya situasi kelam kabut di depan gawang Terengganu. Romel Morales mengukuhkan kelebihan KL City apabila meledak gol ketiga pada masa kecederaan untuk menamatk

PRN: Hari mengundi bagi 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos

Image
PRN: Hari mengundi bagi 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos BACA seterusnya: https://pakdin.my/166332 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos 2023 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri serentak di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu. Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai manakala bagi pengundian awal, ialah pada 8 Ogos . Terdahulu, mesyuarat khas menetapkan tarikh penting itu berlangsung di Menara SPR di sini, dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh. Ketika mengumumkan tarikh-tarikh penting itu beliau berkata seramai lebih 9.7 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab pada PRN di enam negeri berkenaan. “Sehubungan itu SPR memutuskan satu PRN ke-15 hendaklah diadakan bagi mengisi dewan berikut: 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, 45 DUN Kelantan, 32 DUN Terengganu, 40 DUN Pulau Pinang, 56 DUN Selangor dan 36 DUN Negeri Sembilan.“ Bagi maksud menjalankan PRN, SPR te

Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad

Image
Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165690 MARANG, 5 Jun (Bernama) -- Proses agihan kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah selesai sepenuhnya, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said. Beliau berkata proses agihan tersebut selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan beliau telah menyerahkan keputusan agihan tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk dimuktamadkan. "Presiden sama presiden akan bincang. Tunggulah... biar mereka selesaikan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera PRN 2023 Peringkat UMNO Bahagian Marang di Wakaf Tapai, di sini, hari ini. Katanya,  BN juga telah menyenarai pendek nama-nama calon yang bakal bertanding untuk kerusi DUN Terengganu pada PRN tidak lama lagi. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/ZE

UMNO Terengganu tak ada masalah gabung dengan PH rampas Terengganu

Image
UMNO Terengganu tak ada masalah gabung dengan PH rampas Terengganu "Politik itu dinamik, bukan politik mati... Sebab itu orang kata tidak ada musuh berkekalan, kawan berkekalan dalam politik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164054 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk merampas semula pentadbiran negeri itu daripada pimpinan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Ahmad, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, berkata kerjasama (UMNO dan PH) dah terjalin di peringkat pusat, maka ia akan diteruskan demi kestabilan negara dan negeri berkenaan. "Politik itu dinamik, bukan politik mati... Sebab itu orang kata tidak ada musuh berkekalan, kawan berkekalan dalam politik," katanya pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ketengah 2023 di Bandar Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini. Turut hadir Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu

Baru ada kelas, sewa Porsche Macan S - selama 4 hari di Auckland

Image
Baru ada kelas, sewa Porsche Macan S - selama 4 hari di Auckland BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161181 Misteri kenapa Menteri Besar Terengganu memulangkan kereta sewanya pada 18hb Disember walaupun beliau sepatutnya dijadualkan pulang dari Auckland pada 22hb Disember 2022  telah terjawab. Dia menukar SUV Toyota Highlander yang sewanya NZ$113 sehari atau RM316 sehari yang disewa selama 5 hari kepada Porsche Macan S dengan sewa NZ$399 sehari atau RM1,116 sehari yang disewa selama 4 hari hingga 22 Disember 2022, hari penerbangan pulangnya ke Malaysia melalui Sydney. Sepanjang perjalanan, dia juga mengambil nombor telefon bimbit tempatan New Zealand. Alang-alang bercuti kena lah nampak ada kelas tersendiri. Jangan memalukan penaja percutian.

Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Hanafiah Mat sahkan MB di luar negara

Image
Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Hanafiah Mat sahkan MB di luar negara BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161177 Kerajaan Terengganu berpendapat, tidak timbul apa-apa isu berhubung cara pengurusan banjir di negeri itu dijalankan walaupun Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar tiada. Mengesahkan keberadaan naib presiden PAS itu di New Zealand sekarang, Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, dan Perpaduan Nasional Terengganu Hanafiah Mat berkata dia sangat berpuas hati dengan semua pihak membantu mangsa banjir di negeri tersebut. "Sebagai timbalan pengerusi pengurusan bencana negeri, saya sangat berpuas hati di semua lapangan dan pusat penempatan sementara. "Semua exco dan juga wakil rakyat juga memainkan peranan dengan sangat baik," katanya Hanafiah yang juga Adun Chukai memaklumkan, Ahmad Samsuri memang berada di Auckland dan akan pulang pada hari ini. "Insya-Allah menteri besar akan balik dari New Zealand hari ini, tapi jam berapa, tidak dapat dipastikan

[VIDEO] Musim banjir tidak sesuai PRU, hanya sesuai untuk bercuti di New Zealand

Image
[VIDEO] Musim banjir tidak sesuai PRU, hanya sesuai untuk bercuti di New Zealand BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161171 Menteri Besar Terengganu telah terbang keluar negara melancong bersama isterinya ke Auckland, New Zealand dengan penerbangan sambungan dari Sydney, pada Ahad 11 Disember 2022. Berdasarkan jadual perjalanannya, mereka dijadualkan pulang ke Malaysia pada Jumaat (23 Dis 2022). Tiket pergi balik kelas perniagaan untuk setiap orang berharga RM18,000 setiap seorang - bermakna RM36,000 untuk kedua-duanya. Ketiadaan beliau telah mencetuskan kemarahan rakyat Terengganu kerana negeri yang paling teruk terjejas banjir. Setakat pagi ini, terdapat lebih 39,000 mangsa banjir di Terengganu. Menteri Besar Terengganu  tidak kelihatan di khalayak ramai sejak tarikh pemergiannya sehingga hari ini walaupun dia membuat satu catatan mengatakan bahawa banjir di Terengganu semakin teruk. Ini menunjukkan betapa hipokritnya PAS dan Perikatan Nasional. Samsuri juga adalah orang yang beru

[VIDEO] Mangsa banjir di Terengganu meningkat pagi Sabtu

Image
[VIDEO] Mangsa banjir di Terengganu meningkat pagi Sabtu BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161144/ KUALA TERENGGANU -- Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 339 orang daripada 91 keluarga pagi ini, berbanding 324 orang daripada 87 keluarga malam tadi. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi, sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut dan Setiu. “Di Kuala Nerus sebanyak dua PPS dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal yang menempatkan 126 mangsa daripada 33 keluarga dan SK Bukit Nanas seramai 72 mangsa daripada 17 keluarga,” menurut kenyataan itu. Kenyataan berkenaan turut memaklumkan di Kuala Terengganu sebanyak dua PPS dibuka iaitu SK Chendering yang menempatkan 34 mangsa (10 keluarga) dan SK Atas Tol seramai 63 mangsa (20 keluarga). Di Setiu, dua PPS dibuka iaitu SK Kampung Seri Kasar yang menempatkan 16 mangsa (empat keluarga)

[VIDEO] Lelaki mati lemas terjatuh Sungai Nerus

Image
[VIDEO] Lelaki mati lemas terjatuh Sungai Nerus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160707/ KUALA NERUS – Seorang penganggur maut akibat lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Nerus berhampiran Kampung Tebauk di sini hari ini. Mangsa, Rafiuddin Fakhri Rosdhi, 30, yang berasal dari Kampung Gong Kijang di sini dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu pada pukul 7:14 pagi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, seramai 14 anggota bomba telah bergegas ke lokasi akibat menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan. “Tiga anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Kuala Terengganu telah ditugaskan untuk melakukan selaman di lokasi kejadian. “Operasi pencarian sedikit mencabar disebabkan keadaan dasar sungai yang agak keruh dan berselut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. Azmi berkata, mayat Rafiuddin Fakhri dijumpai pada kedalaman kira-kira 3.05 meter di dasar Sungai Nerus pasa pukul 10.42 pagi. Tambah beliau, mayat mangsa di

[VIDEO] Kenderaan dihanyutkan kepala air di Ulu Kasar, Setiu

Image
  [VIDEO] Kenderaan dihanyutkan kepala air di Ulu Kasar, Setiu  BACA seterusnya di https://pakdin.my/160665 6 buah buah kenderaan yang diletakkan di tebing Sungai Lata Payung, Ulu Kasar, Setiu dihanyutkan arus deras akibat kepala air pada petang tadi 2 September 2022. Menurut sumber, kejadian tersebut tidak melibatkan kehilangan jiwa dan semua mangsa selamat. Kejadian dipercayai berlaku selepas Asar apabila kepala air di sungai Lata Payung, Ulu Kasar, Setiu. Air naik sehingga ke tebing sungai yang dijadikan tempat meletak kenderaan.  Sehingga kini ini dilaporkan semua mangsa teselamat.  Kawasan perkelahan tersebut tiada rangkaian telefon selular. https://youtu.be/xc2I-umun6s

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

Image
[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160445/ KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari ini. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata mayat mereka ditemukan terapung antara 11 pagi hingga 1.30 tengah hari tadi oleh nelayan setempat yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (Carilamat). “Kesemua mayat ditemukan di lokasi berbeza sekitar 1.7 hingga 1.9 batu nautika dari Pulau Redang,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata kesemua mangsa yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu ialah Saludin Ismail, 50, Mohd Nazri Abu Bakar dan Zulkifli Umar, kedua-duanya berusia 48 tahun. Katanya dalam kejadian pada 10 malam itu, bot nelayan dinaiki enam lelaki karam setelah dilanda ribut di kedudukan lebih kurang

[VIDEO] Suspek terbabit kes pergaduhan guna senjata diburu

Image
[VIDEO] Suspek terbabit kes pergaduhan guna senjata diburu Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160258/ KUALA TERENGGANU: Polis mengesan beberapa individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan menggunakan senjata berbahaya di sini, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, setakat ini, polis sudah menahan lapan lelaki berusia antara 23 dan 41 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan. Beliau berkata, pada Khamis lalu, pihaknya menerima maklumat berlaku pergaduhan di luar sebuah kedai makan milik seorang wanita di Kuala Ibai, jam 9 malam. Susulan itu katanya, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati suasana di kawasan berkenaan, dalam keadaan biasa, dan percaya semua mereka yang terbabit dalam pergaduhan itu sudah melarikan diri. "Hasil siasatan dan risikan mendapati dipercayai seramai 15 hingga 20 orang daripada dua kumpulan terbabit dalam pergaduhan itu dengan menggunakan senjata berbahaya," katanya menerusi kenyata

[Video] Stesen minyak habis bekalan, 200 kenderaan terkandas

Image
[Video] Stesen minyak habis bekalan, 200 kenderaan terkandas.   Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158375      SETIU: Kira-kira 200 buah kenderaan terkandas akibat bekalan minyak di sebuah stesen minyak di Kampung Saujana di sini kehabisan pada Jumaat. Menurut pengguna, Azuddin Yusoff, dia memulakan perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan untuk ke pahang sebelum terkandas di stesen minyak berkenaan sekitar jam 6 petang Jumaat. Katanya sehingga jam 11 malam, dia bersama pengguna yang lain masih terkandas selepas kehabisan bekalan bahan api tersebut. "Jadi lebih kurang 200 kereta terkandas di sini. Kami kesal dengan kejadian seperti ini. "Sepatutnya pihak berkuasa atau pihak stesen minyak ambil tindakan, cari jalan untuk menyelesaikan masalah ini," katanya. Sementara itu penyelia stesen minyak berkenaan Hafikir Zaki memohon maaf di atas kesulitan yang dialami para pengguna. "Saya minta maaf atas kesesakan yang berlaku, kesusahan yang dialami pelanggan disebabkan bekalan

Guru hidap penyakit misteri, tak boleh masuk rumah

Image
Guru hidap penyakit misteri, tak boleh masuk rumah Seterusnya:  https://pakdin.my/158222 .. JERTIH: "Kami sudah berusaha pelbagai cara termasuk berpindah ke rumah lain, tapi suami tetap tidak boleh naik masuk rumah kerana sikap panas baran dan pelupanya tidak berubah," kata Wan Zaidah Wan Bakar isteri kepada guru Azhar Nor, 56, yang didakwa menghidap penyakit misteri. Wan Zaidah, 53, yang kini bertugas di pejabat Jabatan Pertanian di Lundang, Kelantan mengakui suami tetap tidak boleh naik ke rumah walaupun sudah berpindah ke rumah baru. "Perwatakan suami tetap tidak berubah apabila terus menjadi bengis dan panas baran serta pelupa. Keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menghabiskan masa dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) walaupun kami sudah berpindah ke rumah baharu," katanya selepas dikunjungi Pengerusi KETENGAH, Datuk Razali Idris, semalam. Kisah guru ini yang terpaksa menjadikan kenderaan pelbagai guna (MPV) sebagai kediaman hampir setahun lalu pernah dilaporkan

Penceramah bebas ditahan kes amang seksual fizikal anak rakan

Image
Penceramah bebas ditahan kes amang seksual fizikal anak rakan SUMBER:  https://pakdin.my/158202 ... KUALA TERENGGANU: Seorang penceramah bebas ditahan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga anak rakannya di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu. Lelaki berusia 61 tahun itu ditahan di Balai Polis Ajil, Hulu Terengganu semalam ketika hadir memberi keterangan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata, kejadian didakwa pada Mac lalu ketika mangsa berusia lima tahun mengikuti keluarganya yang menyertai program diadakan suspek di rumah bot berkenaan. Beliau berkata, suspek didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa. "Ketika kejadian, mangsa hanya ditemani ayah dan neneknya sementara ibu mangsa tidak mengikuti program berkenaan. "Difahamkan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebaik pulang daripada program berkenaan sebelum satu laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut. &quo