Posts

Showing posts with the label Masjid

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Image
[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera Siling menara Masjid Tifatul Jamaah yang terletak di Jalan Barukang 2, Kecamatan Ujung Tanah, Kota Makassar, Sulawesi Selatan, pada Ahad (26/3/2023) petang, runtuh, mengakibatkan 14 jemaah solat Tarawikh cedera. Lima daripada mereka parah. Masjid di daerah Ujung Tanah, Makassar yang dibina pada 1993 dilaporkan runtuh ketika ratusan jemaah termasuk kanak-kanak berkumpul untuk menunaikan solat Tarawih. Menurut saksi, kejadian itu di luar jangkaan kerana tiada tanda siling dibahagian kubah akan runtuh. Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. Daripada 5 orang itu, 4 daripadanya dikejarkan ke Hospital Tentera Laut dan seorang lagi yang mengalami kecederaan parah di kepala dikejarkan ke Hospital Akademik Makassar. Datuk Bandar Makassar Danny Pomanto berkata mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital tentera, pusat kesih

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Image
[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695 Kariah Masjid Ibnu Sina di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, tidak sempat menunaikan solat sunat tarawih pertama malam ini, apabila hampir 90 peratus ruangan masjid itu musnah dalam kebakaran kira-kira 7 malam tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada  7.10 petang, sebelum tiba di tempat kejadian pada 7.17 malam. “Sebanyak tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Hang Tuah dengan kekuatan 21 anggota, bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan. “Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus,” katanya. Jurucakap itu berkata kebakaran dapat dikawal pada 7.27 malam dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 9.36 malam ini. Semasa kejadian tiada jemaah mas

[VIDEO] Lelaki ditahan bertelekung curi beg jemaah wanita

Image
[VIDEO] Lelaki ditahan bertelekung curi beg jemaah wanita BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161232 Taktik seorang lelaki bertelekung untuk mencuri beg jemaah wanita di dua masjid di Shah Alam, Selangor terbongkar, selepas polis menerima dua laporan membabitkan kerugian kira-kira RM3,500. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Iqbal Ibrahim berkata, suspek dalam lingkungan 20-an itu menggunakan taktik sama memakai telekung putih memasuki ruangan jemaah wanita, ketika mangsa menunaikan solat berjemaah di masjid sekitar Seksyen 18 Shah Alam pada Selasa lalu. Beliau berkata, tindakan itu dikesan polis menerusi video tular hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan lelaki terbabit memasuki ruang solat wanita untuk mencuri. Dalam kejadian pertama, katanya, seorang wanita berusia 60 tahun kehilangan beg berisi pelbagai barangan berharga selepas menunaikan solat di Masjid Al-Azahariah pada 3.41 petang. “Dalam kejadian kedua, seorang jemaah wanita berusia 58 tahun menjadi mangsa kec