Posts

Showing posts with the label Sanusi

Amirudin saman Sanusi - dakwaan skandal projek Sungai Klang

Image
Amirudin saman Sanusi - dakwaan skandal projek Sungai Klang BACA seterusnya di: pakdin.my/167115 Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memfailkan saman terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaannya mengenai projek pembersihan Sungai Klang. Amirudin, 43, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Haijan Omar di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini semalam dengan menamakan Muhammad Sanusi, 49, sebagai defendan. Pada 9 Ogos lepas, Amirudin telah memfailkan notis tuntutan terhadap Muhammad Sanusi dan menuntut beliau membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam berhubung kenyataan berunsur fitnah dalam satu ucapan di Jitra, awal bulan ini. Dalam notis tuntutan itu menyatakan, Muhammad Sanusi telah memfitnah kononnya pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu dan pengasas Kumpulan Berjaya Tan Sri Vincent Tan mahu melaksanakan projek bernilai RM10 bilion di Sungai Klang serta ahli perniagaan itu akan menerima 600 ekar (243 hektar) tanah percu

PRN: Apa rakyat Kedah mahu?

Image
PRN: Apa rakyat Kedah mahu? Baca seterusnya di: https://pakdin.my/166599 Kestabilan politik, pembangunan infrastruktur serta peningkatan sosioekonomi yang seimbang menjadi antara keperluan utama yang ditagih pengundi di Kedah daripada mana-mana parti politik yang akan mentadbir negeri ini selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti. Beberapa pengundi yang ditemui Bernama meluahkan harapan agar pentadbiran kerajaan negeri nanti dapat dilakukan secara efisien dan diselaras sebaik mungkin dengan kerajaan Persekutuan. Pengusaha industri kecil dan sederhana Zarina Abdullah, 58, berpendapat isu kemudahan asas termasuk bekalan air masih belum diselesaikan dan memberi kesan kepada kehidupan rakyat khususnya golongan peniaga. “Sebagai peniaga kecil-kecilan, saya bersyukur menerima bantuan menerusi peruntukan kerajaan pusat untuk perniagaan makanan tetapi masalahnya di negeri ini, kita ada masalah bekalan air. “Masalah bekalan air ini sedikit sebanyak menjejaskan operasi perniagaan saya

[VIDEO] Tidak jawab panggilan polis, Datuk Seri Muhammad Sanusi ditahan awal pagi

Image
[VIDEO] Tidak jawab panggilan polis, Datuk Seri Muhammad Sanusi ditahan awal pagi KUALA LUMPUR - Mengenai penahanan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada pukul 3.00 pagi tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyatakan, tindakan dibuat selepas Menteri Besar Kedah itu tidak menjawab panggilan telefon polis sejak petang semalam. Panggilan dibuat selepas polis menerima arahan berkaitan pertuduhan membabitkan Datuk Seri Muhammad Sanusi daripada Jabatan Peguam Negara semalam. Pihaknya turut menerima 58 laporan termasuk daripada Ahli Dewan DiRaja Selangor berhubung kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi yang didakwa menyentuh isu 3R iaitu agama, raja dan kaum dalam ceramah politiknya.

MB Kedah didakwa berkaitan hasutan

Image
MB Kedah didakwa berkaitan hasutan  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166542 SELAYANG - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan berasingan bawah Akta Hasutan 1948.  Beliau didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dan mempunyai kecenderungan membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja dan mempertikaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan.  Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara, Kampung Bendahara, di sini, pukul 11.00 malam pada 11 Julai lalu.  Pengakuan tidak bersalah dibuat di hadapan Hakim Rajiiah Mat Zin yang mendengar kes pertuduhan pertama dan Hakim Osman Affendi Mohd Salleh bagi pertuduhan kedua. Pendakwaan dikendalikan Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terriruddin Mohd Salleh manakala Muhammad Sanusi diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali dan Wan Rohaimi