Posts

Showing posts with the label Mufti

Fatwa: Kahwin kontrak

Image
Fatwa: Kahwin kontrak https://pakdin.my/174880/ Terdapat laporan di dada akhbar baru-baru ini terutama tentang janda dan anak dara tua beralih memilih lelaki asing sebagai pasangan bagi mengelak stigma masih tidak berkahwin. Dikatakan wanita ini yang majoritinya stabil dari segi kewangan akan menawarkan kepada bakal pasangan mereka elaun bulanan, tempat tinggal, kereta, motosikal serta peluang perniagaan. Ganjaran ini yang adakalanya sebahagian daripada perjanjian perkahwinan yang dikenali sebagai perkahwinan kontrak apabila pasangan secara tidak rasmi berjanji untuk kekal berkahwin untuk tempoh tertentu sehingga lima tahun. Pensyariatan perkahwinan termasuk dalam maqasid syariat untuk memelihara keturunan(حفظ النسل) dan dapat mengelak daripada berlakunya zina dan memperbanyakkan umat Nabi SAW. Maqasid dari perkahwinan juga bertujuan untuk beranak-pinak, berkasih-sayang dan bersilaturahim. Perkahwinan kontrak atau dalam istilah yang lain juga disebut mut’ah, mu’aqat atau munqath’i adal

Pekerja Islam bank konvensional disaran cari pekerjaan lain, elak berdosa

Image
Pekerja Islam bank konvensional disaran cari pekerjaan lain, elak berdosa https://pakdin.my/174877/ Pekerja yang beragama Islam di sesebuah bank konvensional disarankan agar berusaha sebaik mungkin mencari pekerjaan halal yang lain. Saranan tersebut disuarakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Dr. Luqman Abdullah dalam perkongsian di laman sesawang rasminya. Beliau berkata, bank konvesional mempunyai muamalat berasaskan riba yang boleh menjurus kepada hukum haram jika orang Islam terlibat dalam aktiviti terbabit “Perbezaan yang ketara antara bank konvensional dan bank islamik di sini boleh dilihat pada keuntungan dalam perbankan Islam diperoleh daripada transaksi yang dibenarkan oleh syarak seperti kontrak jual beli. “Manakala faedah dalam perbankan konvensional pula, diperoleh secara langsung daripada kontrak piniaman dan ini tidak dibenarkan oleh syarak kerana membawa kepada riba,” katanya. Jelas Luqman, mereka yang terlibat secara langsung dengan transaksi riba, maka pekerj

PRN: Berkempen secara matang - Mufti Kelantan

Image
PRN: Berkempen secara matang - Mufti Kelantan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166208 Masyarakat Kelantan, khususnya umat Islam diingatkan agar bersikap lebih dewasa dan matang terutamanya dalam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata sikap sedemikian bakal mencerminkan peribadi seseorang sekali gus mengelakkan tercetusnya perbalahan dan perpecahan sesama sendiri. “Kita telah menempuh beberapa kali pilihan raya, sepatutnya perkara ini mendewasakan kita.  “Oleh itu, berkempenlah secara matang dan dewasa dan tidak menimbulkan sebarang provokasi. Kalau timbul perbalahan mahupun perpecahan antara masyarakat itu tandanya masih kebudak-budakan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Arafah #QuranHour di Masjid Sultan Muhammad II, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Marhaini Yusoff. Mohamad

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Image
[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160468/ Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, seorang Muslim perlu mengikut peraturan yang ditetapkan dalam melaksanakan ibadah termasuk haji dan umrah supaya amalan yang dilakukan tidak menjadi sia-sia dan diterima Allah. "Memang individu berkenaan mengerjakan umrah lengkap syarat tapi masalahnya adakah ibadat itu diterima Allah dan dapat pahala kerana tidak mengikut peraturan Allah melalui al-Quran dan sunnah. "Saya kasihan kepada orang begini kalau dia masih menganggap dirinya Muslim kerana perbuatan ini boleh menyebabkan dia terkeluar daripada agama Islam sendiri. Boleh jadi murtad. "Bagi orang Islam yang komited kepada agama dan faham ajaran