Posts

Showing posts from November, 2023

Empat anggota kumpulan BTS mula sertai Perkhidmatan Tentera pertengahan Disember

Image
Empat anggota kumpulan BTS mula sertai Perkhidmatan Tentera pertengahan Disember  BACA seterusnya di https://pakdin.my/173890/ SEOUL - Empat lagi anggota kumpulan K-pop terkenal BTS bakal memulakan perkhidmatan tentera pada pertengahan bulan depan(Disember) menyertai tiga lagi anggota BTS yang sedang menjalani program berkenaan, lapor agensi berita Korea Selatan, Yonhap yang memetik daripada sumber industri muzik. Menurut sumber berkenaan, Ketua kumpulan BTS, RM dan penyanyi utama, V bakal memulakan perkhidmatan pada 11 Disember manakala Jimin dan Jung Kok pula bakal menyertai perkhidmatan pada 12 Disember. Selepas tamat latihan berkenaan, keempat-empat anggota kumpulan terkenal itu akan berkhidmat sebagai tentera selama 18 bulan, menurut media hiburan Star News. Bagaimanapun, penyertaan keempat-empat anggota BTS itu dalam perkhidmatan tentera telah menimbulkan perdebatan umum sama ada kumpulan berkenaan sewajarnya diberikan pengecualian berdasarkan sumbangan kumpulan terbabit dalam me

Kes bayi ditinggalkan tepi sawah - Remaja perempuan 15 tahun ditahan

Image
Kes bayi ditinggalkan tepi sawah - Remaja perempuan 15 tahun ditahan BACA seterusnya di https://pakdin.my/173884 ALOR SETAR – Polis menahan seorang remaja perempuan bagi membantu siasatan berhubung penemuan bayi perempuan di atas jalan berhampiran sawah di Kampung Kubang Pangas, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, remaja berusia 15 tahun yang dipercayai ibu kepada bayi itu ditahan di sekitar kawasan Kubang Rotan pada petang semalam. Kata beliau, pihaknya bagaimanapun membebaskan remaja terbabit dengan jaminan polis bagi membolehkannya mendapatkan rawatan. “Remaja itu sudah tidak bersekolah dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini. Semalam dilaporkan seorang penduduk terkejut apabila menemui bayi perempuan yang ditinggalkan di atas jalan berhampiran sawah padi di Kampung Kubang Pangas. Menurut seorang penduduk, Mat Zuki Deris, 59, dia menemui bayi dipercayai baru dilahirkan itu ketika

Cara penebusan kredit e-Wallet RM100 mulai 4 Disember -

Image
Cara penebusan kredit e-Wallet RM100 mulai 4 Disember -  BACA seterusnya di https://pakdin.my/173879 Pendaftaran dan tuntutan kredit e-Wallet (eMADANI) akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara pada 29 November 2023. Tawaran e-kredit itu boleh ditebus menerusi empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna. PENGENALAN eMADANI ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000. Program ini dianggarkan memanfaatkan kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian. SYARAT KELAYAKAN KREDIT e-WALLET RM100 eMADANI Syarat kelayakan adalah seperti berikut: Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pad

Pendaftaran e-kredit RM100 dibuka Isnin depane-kredit, eMadani,B40, M40.

Image
Pendaftaran e-kredit RM100 dibuka Isnin depan BACA seterusnya di https://pakdin.my/173874 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pendaftaran bagi tuntutan e-kredit RM100 secara sekali bayar menerusi program eMADANI akan dibuka mulai Isnin ini. Anwar berkata, permohonan untuk membuat tuntutan itu akan dibuka sehingga 20 Februari depan dan ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak melibatkan peruntukan RM1 bilion. “Pendaftaran dan tuntutan kredit eMADANI akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024 melibatkan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna,” katanya di Dewan Negara hari ini. Beliau berkata demikian menyampaikan ucapan ketika pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024. Terdahulu bantuan e-kredit RM100 itu akan diberikan kepada rakyat berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah yang melibatkan golongan dewasa berusia 21 tahun ke atas dalam kalangan B40 serta M40. Ia diumum Anwar semasa melancarkan kerangka Eko
Image
🎦 Runtuhan gudang: 4 mangsa disyaki sudah tertimbus dalam simen BACA seterusnya di https://pakdin.my/173869 GEORGE TOWN – Empat buruh binaan warga Bangladesh yang belum ditemui sehingga 17 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan di tapak pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas, sejak malam tadi dipercayai sudah tertimbus dalam lantai simen. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB), Zulfahmi Sutaji berkata, ini kerana faktor cuaca yang panas menyebabkan serpihan lantai simen berkenaan yang runtuh telah mengeras. ”Mangsa mungkin dalam konkrit yang telah mengeras kerana 12 jam telah berlalu, namun konkrit ini bukan dalam keadaan yang mampat. Semua konkrit yang dibancuh kira-kira pukul 9 malam semalam telah jatuh ke bawah pada ketinggian 18 meter. ”Mangsa-mangsa dipercayai berada di dalam kawasan seluas padang bola keranjang dan apabila keadaan tapak runtuhan telah selamat kita akan mulakan oper

🎦 Agong belanja Putera Albert II air cendol warung selepas lawatan ke Pusat Konservasi Harimau dan Gajah Kuala Gandah

Image
🎦 Agong belanja Putera Albert II air cendol warung  selepas lawatan ke Pusat Konservasi Harimau dan Gajah Kuala Gandah BACA seterusnya di https://pakdin.my/173864 `Selamba dan ‘sempoi’, demikian pandangan rakyat terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah apabila secara bersahaja menikmati cendol bersama Putera Monaco, Putera Albert II di sebuah gerai hari ini. Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkesempatan singgah menikmati minuman cendol bersama Yang Teramat Mulia Putera Monaco, Putera Albert II di gerai Cendol Lily, Lanchang, Pahang selepas tamat lawatan ke Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunggang gajah sempena lawatan Putera Monaco, Putera Albert II ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan( PKGK ) Kuala Gandah, Lanchang hari ini. Al Sultan Abdullah menunggang gajah diberi nama Myainton Pian berus

Thailand ucap terima kasih kepada Qatar, Israel, Mesir, Iran dan Malaysia selepas pembebasan tebusan warga Thailand

Image
Thailand ucap terima kasih kepada Qatar, Israel, Mesir, Iran dan Malaysia selepas pembebasan tebusan warga Thailand BACA seterusnya di https://pakdin.my/173844 Kementerian Luar Negeri Thailand mengeluarkan kenyataan tahniah atas pembebasan kumpulan pertama 12 tebusan Thailand pada hari Jumaat, 24 November 2023, seperti berikut: Kementerian Luar Negeri Thailand telah dimaklumkan oleh Kedutaan Diraja Thailand, Tel Aviv, bahawa 12 warga Thailand yang dijadikan tebusan telah dibebaskan, dan telah memasuki Israel melalui Lintasan Sempadan Rafah. Mereka sedang diangkut ke pusat pemprosesan di Pangkalan Tentera Udara Hatzerim. Pada masa ini, jantina dan nama orang Thai ini tidak diketahui. 12 warga Thailand itu akan dibawa ke Pusat Perubatan Shamir (Assaf Harofeh), di mana mereka akan ditemui oleh pegawai Kedutaan. Mereka dikehendaki berada di bawah pengawasan perubatan untuk tempoh 48 jam, tanpa akses kepada orang luar. Kementerian Luar Negeri Thailand mengucapkan tahniah kepada 12 warga Tha

Phat kaphrao, makanan gorengan Thailand diinilai terbaik di dunia

Image
Phat kaphrao, makanan gorengan Thailand diinilai terbaik di dunia Phat Kraphao ialah hidangan paling asas yang terdapat di kebanyakan gerai makanan jalanan. Ia kadangkala dipanggil hidangan "malas nak fikir", untuk orang yang tidak tahu makanan apa yang hendak dipesan dan kini ia telah mengungguli senarai "Stir-Fries Terbaik di Dunia 2023", yang dikeluarkan oleh TasteAtlas.com. Satu lagi pilihan, Pad Thai, diletakkan di tempat ke-8 dengan mata 4.4, manakala Phat Kraphao mendapat 4.8. Dak Galbi dari Korea Selatan menduduki tempat kedua dengan 4.7. BACA seterusnya di https://pakdin.my/173839 Hidangan Thai lain yang berjaya berada di tempat 50 teratas ialah Phat Si-io (4.3), Khua Kling (4.2) dan ayam tumis dengan kacang gajus (3.7). Nasi goreng kampung dari Malaysia pula berada ditempat ke 48. Laman web ini memaparkan resipi dan ulasan makanan daripada pengkritik di seluruh dunia. Dikatakan bahawa Phat Kraphao adalah hidangan keempat paling biasa ditempah oleh warga as

Muhyiddin akur suara parti, akan pertahan jawatan Presiden Bersatu

Image
Muhyiddin akur suara parti, akan pertahan jawatan Presiden Bersatu BACA di: https://pakdin.my/173834 Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan untuk mempertahankan jawatannya dan akan bertanding pada pemilihan parti dijadualkan tahun depan. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas menimbangkan hasrat yang disuarakan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan ahli perwakilan yang meminta beliau untuk terus menerajui parti. “Sebenarnya isteri saya meminta saya untuk kekal menerajui parti untuk satu penggal lagi dan jangan kecewakan mereka. Dia kata teruskan, Bersatu masih perlukan saya, dan saya kata: I will stay for the last term,” katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 di sini hari ini.  Semalam, Muhyiddin mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti tahun depan bagi memberi ruang kepada pemimpin pelapis mengambil alih kepimpinan parti mengikut proses demokrasi. Susulan itu, MPT dan per

🎦 Hamas membebaskan 24 tebusan dari Gaza pada hari pertama gencatan senjata

Image
🎦 Hamas membebaskan 24 tebusan dari Gaza pada hari pertama gencatan senjata BACA di: https://pakdin.my/173829 Pejuang Hamas membebaskan 24 tebusan pada hari Jumaat semasa hari pertama gencatan senjata pertama perang, termasuk wanita dan kanak-kanak Israel dan pekerja ladang Thai, selepas bedilan senjata api menjadi senyap di seluruh Semenanjung Gaza buat kali pertama dalam tujuh minggu. Tebusan dipindahkan keluar dari Gaza dan diserahkan kepada pihak berkuasa Mesir di persimpangan sempadan Rafah, diiringi lapan kakitangan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dalam konvoi empat gerabak, kata ICRC. Qatar, yang bertindak sebagai orang tengah bagi perjanjian gencatan senjata itu, berkata 13 warga Israel telah dibebaskan, sebahagiannya mempunyai dua kewarganegaraan, ditambah 10 warga Thailand dan seorang Filipina. Tiga puluh sembilan tahanan wanita dan kanak-kanak Palestin dibebaskan dari penjara Israel. Di bawah syarat gencatan senjata empat hari Israel-Hamas, 50 tebusan wanita d

🎦 Qabil Irfan cipta kejutan juarai MiniGP 2023

Image
Qabil Irfan cipta kejutan juarai MiniGP 2023 BACA di: https://pakdin.my/173819 Pelumba cilik negara Qabil Irfan Azlan mencipta sensasi tersendiri selepas merangkul gelaran juara keseluruhan Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol hari ini. Dengan kejayaan di Litar Kart Ricardo Tarmo, pelumba berusia 11 tahun itu menaiki podium buat kali ketiga berturut-turut bagi kategori 160cc hari ini selepas perlumbaan pertama dan perlumbaan kedua yang berlangsung pada hari sama. Beliau menamatkan kedua-dua perlumbaan, masing-masing di kedudukan pertama untuk mengumpul 50 mata. Pada perlumbaan Super Final - yang menawarkan kutipan mata berganda, Qabil Irfan bermula daripada barisan pertama, berjaya meletakkan dirinya berada dalam kelompok lima terbaik sebelum menemui garisan penamat di tempat pertama untuk menambah 50 mata lagi. Pelumba kelahiran Kuala Terengganu itu tiba di garisan penamat dengan catatan masa 14 minit dan 08.764 saat (s), meninggalkan pelumba Jepun Kotaro Togashi (14

Tiga belas tebusan Israel dibebaskan oleh Hamas

Image
Tiga belas tebusan Israel dibebaskan oleh Hamas BACA di: https://pakdin.my/173814 Hamas telah membebaskan 13 tebusan Israel dan sekumpulan warga Thai yang telah ditahan di Gaza, menurut dua pegawai memberi taklimat mengenai situasi itu, ketika gencatan senjata diantara pejuang Hamas Palestin dengan Zionis Yahudi itu berlaku. Tebusan telah dipindahkan ke Palang Merah di Gaza, kata pegawai itu, sebagai persediaan untuk perjalanan ke Mesir dan kemudian Israel. Televisyen Mesir menunjukkan imej konvoi kenderaan Palang Merah yang dikatakan menahan kumpulan itu menyeberang ke wilayah Mesir pada petang Jumaat. Orang Israel adalah antara mereka yang berada di dalam kenderaan dan telah tiba di sebelah Mesir, kata seorang pegawai zionis Israel. Kementerian Luar Thailand berkata 12 rakyatnya adalah antara tebusan yang dibebaskan pada hari Jumaat. Berita mengenai proses pembebasan yang sedang berjalan berikutan permulaan genjatan senjata empat hari pertempuran antara zionis Israel dan Hamas pada p

Pelancong berpusu-pusu ke Doi Mae U-Kor, Thailand untuk melihat keindahan bunga matahari Mexico

Image
Pelancong berpusu-pusu ke Doi Mae U-Kor, Thailand untuk melihat keindahan  bunga matahari Mexico BACA di: https://pakdin.my/173809 Gunung Doi Mae U-Kor kini menarik ramai pelancong yang teruja untuk melihat ladang bunga matahari Mexico yang mekar. Bunga-bunga keemasan ini, membentang di lereng bukit seluas 500 ekar, telah menjadi tarikan penting bagi pelawat, kedua-dua Thailand dan antarabangsa. Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) dijangka menerima tidak kurang 100,000 pengunjung pada musim sejuk ini yang teruja untuk merasai pemandangan semula jadi ini. Thara Chom-Samrong-Lert, ketua Pertubuhan Pentadbiran Daerah Mae U-Kor di Daerah Khun Yuam, Wilayah Mae Hong Son, memberitahu bahawa bunga matahari Mexico di Doi Mae U-Kor di Mukim Mae U-Kor, Daerah Khun Yuam, Mae Wilayah Hong Son kini sedang mekar penuh, meliputi lebih daripada 500 ekar lereng bukit pada ketinggian melebihi 1,600 meter. Setiap hari, tempat ini dikunjungi oleh kira-kira 300 hingga 400 pelancong untuk mengalami ke

🎦 Pengantin lelaki, wanita dirasuk semasa majlis perkahwinan

Image
🎦 Pengantin lelaki, wanita dirasuk semasa majlis perkahwinan BACA di: https://pakdin.my/173803 JAKARTA – Seorang pengantin wanita tiba-tiba menari sambil disaksikan oleh suaminya ketika mereka menunggu untuk bergerak ke pelamin dalam majlis perkahwinan di Barabai, Kalimantan Selatan, lapor portal berita Tribun Trends semalam. Ketika menari, pengantin wanita itu ketawa dan bercakap dengan suara tidak jelas sehingga menyebabkan tetamu majlis tersebut kebingungan. Ada antara mereka yang cuba untuk menenangkan mangsa tetapi tidak berjaya. Kejadian itu turut dirakam  dan disiarkan  di laman TikTok menerusi akaun @veranadia.anggi. Tidak lama kemudian, pasangannya turut dirasuk dan menari tetapi seorang wanita separuh usia  bertindak menepuk-nepuk punggung lelaki tersebut. Dia kemudian  duduk di atas lantai dan dengan nada marah,  meminta bunga kembang tujuh rupa. Permintaan pengantin lelaki itu kemudian dipenuhi dan rasukan itu berakhir selepas kepala  pengantin lelaki dan perempuan  bersen

Arun Bancham dipilih sebagai Sheikhul Islam baru di Thailand

Image
Arun Bancham dipilih sebagai Sheikhul Islam baru di Thailand BACA di: https://pakdin.my/173797 Presiden Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Bangkok, Arun Boonchom, mencatatkan kejayaan sebagai Sheikhul Islam ke-19 yang baru dipilih, atau Chularajmontri, di Thailand. Pelantikan Arun sebagai  Sheikhul Islam Baru di Thailand berikutan pemergian Aziz Phitakkumpon pada bulan sebelumnya. Undian penentu itu berlangsung di Pusat Pentadbiran Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam, yang terletak di daerah Nong Chok, di bawah seliaan Timbalan Menteri Dalam Negeri Chada Thaiseth semalam. Pertandingan untuk jawatan terhormat itu termasuk Prasarn Sricharoen, timbalan pengerusi panel pakar di Pejabat Sheikhul Islam, dan Wisoot Binlateh, seorang imam di masjid Ban Nuea di Songkhla. Arun bagaimanapun muncul sebagai pemenang dengan mendapat sokongan 471 daripada 724 pengundi. Pengundi ini mewakili jawatankuasa Islam yang merangkumi 40 wilayah di seluruh negara. Berikutan itu, Kementerian Dalam Negeri akan membentangk

🎦 Parking lagi ikut suka, kan dah kena angkut!

Image
🎦 Parking lagi ikut suka, kan dah kena angkut! BACA di: https://pakdin.my/173763 Mutakhir ini, ramai sungguh pemandu yang meletakkan kenderaan mereka sesuka hati tanpa memikirkan pengguna jalan raya yang lain. Ia mencetuskan pelbagai masalah, khususnya jika kawasan tersebut merupakan laluan utama kenderaan bersaiz besar seperti bas atau lori. Terbaru, tindakan dua pemandu meletak kenderaan masing-masing di sebuah selekoh, yang juga laluan utama bas Rapid KL mengundang padah, apabila kereta mereka ditunda pihak berkuasa. Ia susulan perbuatan berkenaan mendatangkan masalah kepada pemandu bas Rapid KL yang perlu menggunakan laluan itu untuk mengambil atau menurunkan penumpang. -  https://youtu.be/l4kNXno-VJQ

Turkiye rancang pindah kanak-kanak, golongan remaja yang cedera dari Gaza hari ini

Image
Turkiye rancang pindah kanak-kanak, golongan remaja yang cedera dari Gaza hari ini BACA di: https://pakdin.my/173758 ANKARA - Turkiye merancang memindahkan beberapa kanak-kanak dan golongan remaja Gaza yang cedera atau sakit sebagai sebahagian daripada proses pemindahan negara itu yang memasuki pusingan ketiga hari ini. Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca, berkata setakat ini Turkiye sudah membawa 150 orang, kebanyakannya pesakit kanser dan warisnya, dari Gaza untuk meneruskan rawatan. Selain itu, usaha pemindahan telah melibatkan lebih 100 orang Turkiye, Cyprus Turkiye, dan saudara-mara mereka pada minggu ini Pada Khamis, Menteri Kesihatan Turkiye, Fahrettin Koca memaklumkan bahawa tiga kanak-kanak yang sakit dari Gaza telah dibawa ke Turkiye untuk rawatan perubatan. Ia melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan dua kanak-kanak perempuan berusia sembilan dan sepuluh tahun. Ketiga-tiga mereka akan menerima penjagaan yang diperlukan ketika berada di Turkiye. Koca berkata,

🎦 WHO meminta China memberikan butiran lanjut mengenai wabak radang paru-paru melibatkan kanak-kanak

Image
🎦 WHO meminta China memberikan butiran lanjut mengenai wabak radang paru-paru melibatkan kanak-kanak BACA di: https://pakdin.my/173753/ Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meminta Beijing untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai wabak radang paru-paru misteri di utara China yang nampaknya kebanyakannya memberi kesan kepada kanak-kanak. WHO membuat "permintaan rasmi untuk maklumat terperinci mengenai peningkatan penyakit pernafasan dan melaporkan kelompok radang paru-paru pada kanak-kanak," kata agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam satu kenyataan pada hari Rabu. China telah mengalami peningkatan dalam kes penyakit seperti influenza berbanding tempoh yang sama dalam tiga tahun sebelumnya apabila langkah ketat berkuat kuasa sebagai sebahagian daripada strategi sifar COVID. Dasar itu telah ditinggalkan secara tiba-tiba pada Disember 2022. WHO menyatakan bahawa Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China memberitahu sidang akhbar awal bulan ini bahawa terdapa

🎦 Beratur seawal 2 pagi nak beli coli

Image
🎦 Beratur seawal 2 pagi nak beli coli BACA di: https://pakdin.my/173747/ Orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli pakaian dalam yang dikatakan dapat menyerap tenaga badan untuk memastikan pemakainya kekal sihat, selesa dan hangat. Menurut hantaran yang dimuat naik oleh @ts.chang723 di laman TikTok, orang ramai tidak kira lelaki atau wanita telah mula beratur seawal pukul 2 pagi untuk mendapatkan pakaian dalam dari jenama tersebut. “Semua orang ini sedang beratur untuk beli ‘seamless bra’. Ini bukan ceramah politik tau, ini semua beli coli. “Kedai belum buka lagi tapi orang dah mula beratur,” katanya dalam video sama. Menurut Chang, pakaian dalam yang dijual oleh jenama tersebut boleh melepaskan sinaran ‘far-infrared’ pada kulit untuk meningkatkan pengedaran darah. Tambahnya, ia juga diperbuat daripada sejenis serat yang bermanfaat terhadap kesihatan serta dapat menyerap suhu badan pemakai. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna di laman TikTok berasa musyki

🎦 Sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh

Image
🎦 Sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh yang menjadikan sebuah rumah sebagai markas di Kepong, Kuala Lumpur, semalam. Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata dalam operasi kira-kira 6.30 pagi itu, dua warga Bangladesh berusia 26 dan 28 tahun dipercayai orang kanan sindiket ditahan ketika membawa bungkusan mengandungi 105 naskah pasport palsu. Beliau berkata susulan itu, seorang lagi suspek berusia 33 tahun dipercayai dalang utama sindiket ditahan di sebuah rumah yang dijadikan lokasi membuat pasport palsu. “Pemeriksaan di rumah berkenaan membawa kepada penemuan 15 lagi pasport palsu serta peralatan membuat pasport antaranya kulit pasport, komputer riba serta mesin pencetak.   “Jumlah keseluruhan pasport palsu yang dirampas dalam operasi ini adalah 120 pasport antaranya pasport negara Indonesia, Bangladesh dan Myanmar,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Ruslin berka

Susu Neelofa Terjejas Sebab Tekanan Isu Semasa

Image
Susu Neelofa Terjejas Sebab Tekanan Isu Semasa BACA di: https://pakdin.my/173734 SELEBRITI terkenal, Neelofa mendedahkan tekanan mengikuti perkembangan isu semasa dunia terutama situasi rakyat Palestin yang cedera dan terkorban akibat kekejaman Israel menjejaskan bekalan susu badannya. Disebabkan itu,  Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor mengambil pendekatan menyebarkan kesedaran dengan memuat naik kandungan yang tidak menunjukkan keperitan ditanggung penduduk Gaza. “Selepas sebulan aktif buat hantaran keadaan di Gaza, saya kini memilih kandungan berbeza. Kalau dulu muat naik video kanak-kanak dan wanita. “Sekarang, saya lebih kepada (berkongsi) kandungan pendidikan untuk suntik kesedaran kekejaman dilakukan Zionis. Sebab tekanan (isu semasa) memberi kesan kepada ‘supply’ (bekalan) susu saya. “Sebagai ibu yang menyusu bayi berusia empat bulan, penurunan jumlah besar dalam bekalan setiap hari memberi kesan kepada anak saya,” katanya. Enggan wanita lain mengalami nasib

Hamas dan Rejim Zionis setuju gencatan senjata empat hari di Gaza

Image
Hamas dan Rejim Zionis setuju gencatan senjata empat hari di Gaza BACA di: https://pakdin.my/173729 GAZA: Hamas pada Rabu memaklumkan pihaknya mencapai kesepakatan dengan Zionis Israel untuk gencatan senjata selama empat hari dengan Qatar-Mesir menjadi perantara selepas 46 hari konflik berdarah di kawasan yang terkepung. lapor Bernama yang memetik Xinhua. Terdahulu, Agensi Anadolu melaporkan tentera zionis Israel menerima perjanjian pertukaran tebusan dan gencatan senjata sementara dengan kumpulan Palestin Hamas di Semenanjung Gaza, lapor media tempatan pada Selasa. "Tentera bercadang untuk melakukan gencatan senjata. "Tujuannya adalah menyusun semula pasukannya sebagai persediaan untuk meluaskan operasi daratnya ke selatan Gaza," menurut penyiar awam KAN memetik Agensi Anadolu. Cadangan lain adalah pembebasan 50 warga Israel ditahan oleh Hamas sebagai balasan kepada 150 warga Palestin di penjara Israel. Zionis Israel menganggarkan sekurang-kurangnya 239 warga Israel dit
Image
PRK Kemaman: Raja Mohamed Affandi lega penerimaan baik pengundi BACA di: https://pakdin.my/173724 Bertanding buat kali pertama, calon Barisan Nasional (BN) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor lega usaha bertemu pengundi tanpa lelah sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, yang memasuki hari keempat hari ini, menampakkan hasil positif. Dengan niat menabur jasa kepada kampung halamannya, bekas Panglima Angkatan Tentera itu berkata sebaik selesai penamaan calon Sabtu lepas, beliau telah mendekati pelbagai kelompok pengundi dari waktu subuh hingga ke tengah malam dan kesemua mereka menurutnya memberikan maklum balas baik. “Kita pergi banyak tempat dah, termasuk hari ini kawasan Geliga, Kuala Kemaman dan Paya Berenjut dan ada yang menangis gembira berjumpa saya, jadi mudah-mudahan kita dapat memaksimumkan liputan (perjumpaan dengan penduduk) di sini. “Semua nampaknya setuju dengan calon nombor satu, jadi saya rasa parameter semakin baik. Harapan saya mome

Jabatan Agama Islam Perak Sahkan Restoran Terkenal, New Hollywood Di Ipoh Tak Ada Sijil Halal

Image
Jabatan Agama Islam Perak Sahkan Restoran Terkenal, New Hollywood Di Ipoh Tak Ada Sijil Halal BACA di: https://pakdin.my/173714 Kalau datang bandar Ipoh, antara benda yang orang akan serbu adalah makanan doranglah kan? Antara tempat yang selalu orang pergi adalah Restoran New Hollywood. Kedai makan ni, memang penuh dengan orang waktu sarapan. Tapi kalau lambat bangun, memang tak sempatlah nak merasa. Namun begitu, selepas restoran ini terus mendapat tempat di hati orang-orang yang berkunjung ke Ipoh, ramai juga yang mempersoalkan sama ada restoran ini halal atau pun tidak. Ekoran ini, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah pun mengeluarkan kenyataan yang menjadi kekeliruan orang ramai ini JAIPk telah pun mengesahkan bahawa restoran New Hollywood ini bukanlah pemegang sijil halal Malaysia. Selain itu, JAIPk turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa memastikan sesuatu premis mempunyai Sijil Pengesahan Halal terlebih dahulu dan jangan makan sekiranya was-was. "Jangan cepat terpe

Bekas Setiausaha Politik MB Kedah didakwa minta, terima suapan berkaitan REE

Image
Bekas Setiausaha Politik MB Kedah didakwa minta, terima suapan berkaitan REE BACA di: https://pakdin.my/173709 Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Mohamad Hilmi Abdul Wahab dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berkaitan projek perlombongan unsur Nadir Bumi (REE) di sekitar negeri itu, Julai lepas. Mohamad Hilmi, 50, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin. Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Hilmi didakwa meminta suapan wang tunai berjumlah RM250,000 daripada Pengarah Syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd, Liana Mamat @ Khalid, 40, melalui Syed Muhammad Syid Aluvi, 34. Ia sebagai dorongan bagi tertuduh, yang ketika itu Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membantu syarikat berkenaan untuk mendapat kelulusan permohonan Lesen Perlombongan dan Lesen Penjelajahan REE di sekitar Kedah. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah

🎦 Analisis: Masa depan politik Muhyiddin Yassin diragui ekoran krisis dalam parti Bersatu

Image
🎦 Analisis: Masa depan politik Muhyiddin Yassin diragui ekoran krisis dalam parti Bersatu Bekas perdana menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin kini berhadapan pemberontakan secara senyap-senyap melibatkan beberapa ahli parlimen parti Bersatu yang mengisytiharkan sokongan terbuka kepada kerajaan perpaduan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. BACA di: https://pakdin.my/173702 Pemberontakan politik dikatakan sedang berlaku dalam parti pembangkang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), menandakan masalah serius yang dihadapi presiden parti, yang juga bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin. Empat Ahli Parlimen Bersatu baru-baru ini secara terbuka mengisytiharkan sokongan mereka kepada kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, menandakan perpecahan dalam Bersatu, sedang parti itu sendiri berhadapan dengan ketegangan melibatkan pucuk pimpinannya.  Pada mesyuarat kepimpinan tergempar pada Khamis (9 Nov), Muhyiddin dilaporkan menyalahkan krisis itu kepada pihak tidak dikenali yang berniat untuk melemah

🎦 PRK Kemaman: Calon BN mahu rampas semula kerusi

Image
RAJA Mohamed Affandi beramah mesra bersama penyokong BN di Pusat Penamaan Calon PRK Parlimen Kemaman. 🎦 PRK Kemaman: Calon BN mahu rampas semula kerusi BACA di: https://pakdin.my/173696 KEMAMAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyifatkan PRK ini sebagai medan perang untuk beliau merampas kembali kubu kuat BN itu. Bekas Panglima Angkatan Tentera itu berkata, beliau akan menggunakan pengalaman yang ada untuk mengatur strategi terbaik bagi menabur bakti kepada rakyat di kawasan itu, sekali gus mengalirkan semula "warna biru" di Kemaman. "Setiap langkah yang saya ambil hari ini adalah untuk memberi balik apa yang saya peroleh dan dapat daripada Kemaman selama ini dan saya masuk tadi ibaratkan satu medan untuk saya perang balik dalam bentuk yang lain. "Dengan medan yang baik ini kita mengurus dengan baik, tidak mustahil kita akan alirkan warna biru di Kemaman," katanya kepada media se

Makan kacang gajus boleh tambah tenaga, kuat tulang - Public Health Malaysia

Image
Makan kacang gajus boleh tambah tenaga, kuat tulang - Public Health Malaysia BACA di: https://pakdin.my/173690 Kacang gajus adalah sumber magnesium penting untuk pembentukan tulang, otot, tisu dan organ tubuh lain. Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook hari ini, kacang gajus dilihat sering dijadikan sebagai makanan ringan disebabkan memiliki khasiat yang pelbagai. Katanya, gajus antara nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran tenaga, kesihatan otat dan kuatkan imuniti badan. “Gajus rendah gula dan kaya dengan serat, lemak yang menyihatkan jantung dan memiliki protein tumbuhan. “Gajus bukan sahaja sedap, ia juga mengandungi banyak nutrien dan mineral yang baik untuk kesihatan. “Ia ada fungsi anti radang, mempunyai gula rendah dan baik untuk kesihatan jantung,” kongsinya. 10 Khasiat Kacang Gajus kepada Kesihatan 1. Baik untuk Jantung Kekacang adalah merupakan antara sumber lemak tak tepu yang senang didapati dan mudah untuk diimplimen di dalam diet seharian. Kaji