Posts

Showing posts with the label Kuala Nerus

[VIDEO] Lelaki mati lemas terjatuh Sungai Nerus

Image
[VIDEO] Lelaki mati lemas terjatuh Sungai Nerus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160707/ KUALA NERUS – Seorang penganggur maut akibat lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Nerus berhampiran Kampung Tebauk di sini hari ini. Mangsa, Rafiuddin Fakhri Rosdhi, 30, yang berasal dari Kampung Gong Kijang di sini dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu pada pukul 7:14 pagi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, seramai 14 anggota bomba telah bergegas ke lokasi akibat menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan. “Tiga anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Kuala Terengganu telah ditugaskan untuk melakukan selaman di lokasi kejadian. “Operasi pencarian sedikit mencabar disebabkan keadaan dasar sungai yang agak keruh dan berselut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. Azmi berkata, mayat Rafiuddin Fakhri dijumpai pada kedalaman kira-kira 3.05 meter di dasar Sungai Nerus pasa pukul 10.42 pagi. Tambah beliau, mayat mangsa di

[Video] Empat maut, dua parah nahas empat kenderaan

Image
[Video] Empat maut, dua parah nahas empat kenderaan Sumber:   https://pakdin.my/158070 ... KUALA NERUS - Tiga penumpang dan pemandu van maut manakala dua lagi parah dalam tragedi melibatkan empat kenderaan di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bahru dekat Kampung Sungai Ikan, di sini pada petang Isnin. Kemalangan berlaku kira-kira jam 6.22 petang itu melibatkan sebuah van, bas ekspres dan dua kereta jenis Proton Wira dan Proton Persona. Mangsa yang meninggal dunia adalah Syed Mohd Shukri Tuan Yahya, 36, Muhammad Saufi Jusoh, 38, Mohd Sahlan Mat Saat, 37, manakala identiti seorang lagi mangsa belum dikenal pasti. Saksi kejadian, Syakirah Baharin, 26, berkata, nahas itu berlaku ketika dia bersama 12 penumpang bas ekspres dari Temerloh, Pahang dalam perjalanan ke Jertih, Besut. "Sebaik tiba di lokasi kejadian, van dinaiki keempat-empat mangsa dari arah Setiu itu dikatakan cuba memotong Proton Wira namun gagal sebelum hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan. "Van berkenaan kem

[Video] Khairuddin umum keluar PAS serta merta, jadi Ahli Parlimen bebas

Image
[Video] Khairuddin umum keluar PAS serta merta, jadi Ahli Parlimen bebas Selanjutnya di:  https://pakdin.my/156947 - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, mengumumkan pendiriannya keluar daripada PAS, berkuat kuasa hari ini. Beliau berkata, tindakannya itu selari Fasal 15(1)(a) Perlembagaan PAS iaitu keberhentian ahli dengan permintaan sendiri dengan ia sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam pertemuan di Bangunan Parlimen, pada jam 2.30 petang tadi. Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS itu bagaimanapun enggan mendedahkan alasan berhubung pendiriannya itu, selain menegaskan beliau akan menjadi Ahli Parlimen Bebas. "Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS atas peluang menjadi ahli selama 33 tahun, sejak 1989 dan seterusnya menjawat pelbagai jawatan kepemimpinan sejak 1999. "Saya juga mengucapkan terima kasih kepada PAS yang memberi peluang untuk dicalonkan pada pilihan raya, seterusnya menj