Posts

Showing posts with the label Rohingya

Tentera laut Indonesia usir bot bawa Rohingya

Image
Tentera laut Indonesia usir bot bawa Rohingya  https://pakdin.my/174703 JAKARTA: Sebuah kapal tentera laut Indonesia telah bertindak mengusir bot yang membawa etnik Rohingya dari Myanmar, menurut jurucakap tenteranya. Tindakan dilakukan di perairan Aceh terhadap pelarian dari negara konflik itu dibuat ketika semakin banyak permusuhan tercetus membabitkan kumpulan itu dengan penduduk tempatan. Jurucakap tentera, Nugraha Gumilar berkata, bot kayu itu ditemui di perairan berhampiran Pulau Weh, di luar Sumatera. "Kapal tentera Indonesia mengiringi bot dipercayai membawa Rohingya itu sehingga mereka berada di luar perairan Indonesia dan tidak akan kembali. "Tidak begitu jelas berapa ramai Rohingya berada di atas bot terbabit," katanya. Lebih 1,500 Rohingya sudah mendarat di Indonesia sejak November, menurut data dari agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR). Namun, kehadirannya mencetuskan permusuhan dan penolakan yang semakin meningkat dari kalangan penduduk

Dua warga Rohingya bergilir rogol pelajar sekolah dalam kereta

Image
Dua warga Rohingya bergilir rogol pelajar sekolah dalam kereta BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168744/ MELAKA – Dua warga Rohingya diberkas polis selepas disyaki merogol seorang pelajar tingkatan tiga secara bergilir-gilir di dalam sebuah kereta sebelum meninggalkan mangsa di taman permainan di Batu Berendam, di sini. Kedua-dua suspek berusia 14 dan 27 tahun itu masing-masing diberkas di Batu Berendam dan Pantai Peringgit dekat sini antara pukul 6 sehingga 6.30 pagi pada 15 September lalu Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, tangkapan dibuat selepas abang mangsa tampil membuat laporan polis dan siasatan awal mendapati mangsa baru sehari mengenali suspek yang berusia 14 tahun menerusi aplikasi WhatsApp. Katanya, mangsa telah berjumpa suspek pertama kira-kira pukul 4 petang dan keluar bersiar-siar bersamanya dengan menunggang sebuah motosikal di sekitar Pantai Klebang sebelum ke sebuah restoran untuk berjumpa suspek kedua. “Suspek kedua berusia 27 tahun dan bekerja sebag

[Video] Mayat Pati bergelimpangan atas lebuh raya - Saksi

Image
[Video] Mayat Pati bergelimpangan atas lebuh raya - Saksi Seterusnya:  https://pakdin.my/158234 ... "Ketika itu terdapat enam mayat termasuk dua kanak-kanak bergelimpangan di lebuh raya itu." Nibong Tebal: "Sedih melihat mayat termasuk dua kanak-kanak bergelimpangan atas lebuh raya," kata seorang penduduk Kampung Sungai Kechil di sini, yang juga saksi kemalangan membabitkan tahanan Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap di Relau, Bandar Baharu itu. Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Atan, 36, itu berkata, dia menyaksikan kejadian berkenaan ketika mahu menghantar anaknya ke sekolah pagi hari ini. "Sedih sangat melihat kejadian itu terutamanya kanak-kanak tidak berdosa," katanya di sini, hari ini. Menurutnya, seorang daripada penduduk kampung kemudiannya menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian terbabit. Dalam kejadian pada 4.30 pagi hari ini, seramai 528 daripada 663 tahanan di depot itu bertindak melarikan diri. Kemalangan itu dikatakan berlaku pad

[Video] Enam daripada 528 etnik Rohingya lari dari depot tahanan maut ketika melintas lebuh raya

Image
[Video] Enam daripada 528 etnik Rohingya lari dari depot tahanan maut ketika melintas lebuh raya Seterusnya di:  https://pakdin.my/158212 NIBONG TEBAL, 20 April (Bernama) -- Enam daripada 528 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap maut akibat dilanggar kenderaan semasa melintasi Kilometer 168 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala selatan iaitu berhampiran kawasan Jawi di sini pagi tadi. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dalam kejadian 6.50 pagi itu, tahanan yang meninggal dunia terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan serta dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat. "Sebaik berlaku kemalangan sehingga menyebabkan enam warga asing tersebut maut, sekumpulan 229 warga asing yang melarikan diri ke lebuh raya itu mengambil keputusan untuk tidak melintas lebuh raya tersebut kerana bimbang turut terlibat dalam kemalangan. “M