Posts

Showing posts with the label Penarik Kereta

[VIDEO] Rakaman tular pertengkaran penarik kereta dengan lelaki tunjuk pistol disiasat

Image
[VIDEO] Rakaman tular pertengkaran penarik kereta dengan lelaki tunjuk pistol disiasat BACA seterusnya di https://pakdin.my/161418 TAWAU: Polis sedang menyiasat beberapa rakaman video tular memaparkan perselisihan faham antara sekumpulan penarik kereta dengan seorang ahli perniagaan yang didakwa memiliki pistol. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian berlaku pada jam 2.30 petang Jumaat lalu, dan kedua-dua pihak terbabit masing-masing sudah tampil membuat laporan. Beliau berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati berlaku pertengkaran dan salah faham antara penarik kereta dan seorang lelaki berhubung isu menarik kereta. "Hasil semakan mendapati individu terbabit adalah seorang ahli perniagaan yang mempunyai lesen untuk menggunakan senjata api. "Bagaimanapun, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya," katanya dalam