Posts

Showing posts with the label TVET

[VIDEO] Ahmad Zahid mahu kebolehpasaran graduan TVET ditingkatkan

Image
Ahmad Zahid mahu kebolehpasaran graduan TVET ditingkatkan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163208 ARAU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu kebolehpasaran graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ditingkatkan melebihi tahap semasa iaitu 90 peratus. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ketika ini terdapat 280 institusi TVET di bawah KKDW serta agensi kementerian itu dan ada antara bidang terlibat, termasuk berkaitan penyelenggaraan kapal terbang, telah mencapai 98.4 peratus tahap kebolehpasaran graduan. "Inilah yang mahu kita buktikan kepada masyarakat bahawa pelaburan yang dilakukan oleh pihak kerajaan melalui TVET khususnya di bawah KKDW akan memberikan keberhasilan yang baik," katanya ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan KKDW, di sini pada Rabu. Ahmad Zahid berkata, permintaan terhadap graduan TVET kini terus meningkat, malah ada gradua...

[VIDEO] KKDW, 12 kementerian jayakan program Keusahawanan Anak Muda - TPM

Image
[VIDEO] KKDW, 12 kementerian jayakan program Keusahawanan Anak Muda - TPM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162457 Demi memastikan golongan belia terutama di luar bandar sentiasa berpeluang meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka, pemerkasaan aspek keusahawanan melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) menjadi antara fokus Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KKDW bekerjasama dengan 12 kementerian lain bagi mencapai misi itu. “Kita tidak bergerak secara silo, terdapat jalinan kerjasama dengan kementerian berkaitan, terutama  dalam kursus TVET yang memfokuskan kursus usahawan. Jika perniagaan itu besar, kita bekerjasama juga dengan institusi kewangan untuk tujuan pembiayaan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan Datuk Seri Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang bertanya mengenai pembaharuan yang dibawa kementerian dalam menjadikan KKDW mesra...