Posts

Showing posts with the label Islam

Gaya hidup fitrah dalam Islam

Image
Gaya hidup fitrah dalam Islam merujuk kepada cara hidup yang selaras dengan fitrah manusia, iaitu sifat semula jadi yang diciptakan oleh Allah. Gaya hidup ini menekankan keseimbangan antara aspek rohani, fizikal, dan sosial dalam kehidupan seseorang. Berikut adalah beberapa aspek penting gaya hidup fitrah dalam Islam: Aspek Rohani Keimanan dan Ketakwaan: Mempercayai dan menyembah Allah dengan sepenuh hati, serta menjalankan ibadah seperti solat, puasa, zakat, dan haji. Membaca dan Menghayati Al-Quran: Membaca, memahami, dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian. Doa dan Zikir: Sentiasa berdoa dan berzikir untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memohon petunjuk serta perlindungan-Nya. Aspek Fizikal Menjaga Kesihatan: Mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan, bersenam, dan mendapatkan rehat yang cukup. Kebersihan: Menjaga kebersihan diri, pakaian, dan persekitaran, kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Menjaga Penampilan: Berpakaian sopan dan men...

Hadith: Rasulullah SAW Contoh Akhlak Terbaik

Image
Hadith: Rasulullah SAW Contoh Akhlak Terbaik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168388 Rasulullah SAW Contoh Akhlak Terbaik حَدَّثَنِي أَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْجَدَلِيُّ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ كَيْفَ كَانَ خُلُقُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَهْلِهِ قَالَتْ كَانَ أَحْسَنَ النَّاسِ خُلُقًا لَمْ يَكُنْ فَاحِشًا وَلَا مُتَفَحِّشًا وَلَا سَخَّابًا بِالْأَسْوَاقِ وَلَا يُجْزِئُ بِالسَّيِّئَةِ مِثْلَهَا وَلَكِنْ يَعْفُو وَيَصْفَحُ Telah menceritakan kepadaku Abu Abdullah Al Jadali dia berkata; Saya bertanya kepada Aisyah; “ Bagaimanakah akhlak Rasulullah SAW terhadap keluarganya.” Aisyah berkata; “Baginda adalah orang yang paling baik akhlaknya, tidak pernah berbuat keji, tidak bercakap dengan kata-kata yang kotor, tidak berteriak-teriak di pasar, dan tidak pernah membalas dengan kejahatan yang sama (yang diperlakukan kepadanya), akan tetapi baginda seorang yang pemaaf dan pengampun. ” (HR Ahmad No: 24797) Status: Hadis Hasan Pengajaran: - Rasulullah SAW adalah ...

Bagaimana takwa membuahkan integriti seorang Muslim

Image
Bagaimana takwa membuahkan integriti seorang Muslim BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164542 Pernahkah suatu hari anda bayangkan kehidupan tanpa panduan? Hidup hanya dengan naluri menurut keperluan fizikal semata; apabila lapar, makan, apabila letih, tidur. Seperti sebuah komputer tanpa perisian atau sebuah kereta tanpa enjin, kewujudannya menjadi tanpa tujuan dan fungsi yang jelas. Seperti sebuah manual cara menjalani kehidupan, begitulah peranan syariah bagi seorang manusia. Kedatangan syariah dengan pembelaan terhadap kepentingan manusia adalah rahmat kepada sekalian alam. Menurut syariah, kepentingan manusia menjadi keutamaannya. Lantas, objektif di sebalik penurunan hukum-hakamnya bertujuan menjaga kepentingan-kepentingan manusia yang utama iaitu agama, nyawa, akal, harta dan keturunannya. VIDEO berkaitan https://youtu.be/850fnm7N0qo Inilah yang digagaskan dalam apa yang dinamakan sebagai maqasid al-syariah. Agama merupakan tonggak utama kepada kehidupan yang bermakna bagi man...

[VIDEO] Usah masuk campur tentu tarikh raya, tunggu anak bulan – UAI

Image
[VIDEO] Usah masuk campur tentu tarikh raya, tunggu anak bulan – UAI BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163317 Orang awam dinasihat usah masuk campur urusan penetapan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444H/2023 kerana ia perlu ditentukan berdasarkan cerapan anak bulan. Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus berkata, bulan Syawal hanya boleh ditetapkan apabila nampak anak bulan dan bukannya berdasarkan tarikh dalam kalendar yang dibuat awal. Ujar Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI, ramai pengguna media sosial yang jahil agama menggesa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengumumkan tarikh raya lebih awal. “Ramai netizen marah sebab kerajaan termasuk Jakim tidak mahu tetapkan lagi tarikh raya kerana kalau mengejut susah. https://www.instagram.com/reel/CqxS6kZJkDo/?utm_source=ig_web_copy_link “Raya mengejut terjadi kalau nampak anak bulan. Kalau tidak nampak, tidak adalah raya mengejut. Empat mazhab; Syafii, Hanafi, Hambali dan Maliki semua menggariskan per...

Keringnya Sungai Furat - Pengkaji barat meramalkan akan mengering sepenuhnya menjelang 2040

Image
Keringnya Sungai Furat - Pengkaji barat meramalkan akan mengering sepenuhnya menjelang 2040 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160598/ Setiap yang bermula pasti ada penamatnya, setiap yang hidup pasti merasai mati serta setiap kehidupan itu pastinya akan menempuh pengakhiran dan itu adalah sunatullah yang sudah ditetapkan dan kita semua akan melaluinya. Begitu juga dengan dunia ini, ia semakin hampir dengan pengakhirannya dan salah satu tanda dekatnya kiamat adalah keringnya Sungai Furat.  Berdasarkan kepada maklumat daripada Britannica menjelaskan bahawa Sungai Furat yang juga disebut sebagai Sungai Eufrat mempunyai kepanjangan 2,800 kilometer (km) dan ia adalah salah satu daripada dua bahagian sistem sungai Tigris-Eufrat.   Memperihalkan sungai itu dalam geografi, Sungai Furat ini menaik sehingga ke Turki dan mengalir ke tenggara merentasi Syria dan melalui Iraq.  Sungai itu terbentuk menerusi pertemuan Sungai Karasu dan Murat di Tanah Tinggi Armenia, Eufrat men...

Ingat Allah hilang tekanan

Image
Ingat Allah hilang tekanan BACA seterusnya di:  https://pakdin.my/160543/ Setiap manusia tidak terlepas daripada mengalami tekanan atau stres kerana ia merupakan asam garam dalam kehidupan. Bezanya hanyalah pada tahap stres yang dialami oleh seseorang itu, sama ada serius atau pun tidak. Sehubungan dengan itu, seseorang yang mengalami stres hendaklah bijak menguruskannya agar kehidupan menjadi lebih aman dan sempurna. Oleh itu, harus disedari bahawa stres merupakan fitrah dalam kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana stres biasanya timbul apabila seseorang menghadapi ujian dan cabaran dalam hidup. Ujian dalam kehidupan ini merupakan suatu lumrah yang diciptakan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 155, maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh), (dengan merasai) kelaparan, (dengan berlakunya) kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar." Firman...

Tiada istilah 'payung emas' untuk wanita bermadu, poligami boleh jadi harus, sunat, haram

Image
Tiada istilah 'payung emas' untuk wanita bermadu, poligami boleh jadi harus, sunat, haram [Sumber: https://pakdin.my/?p=154633 ] SETIAP kali mendengar tentang poligami, pasti terlintas ungkapan 'payung emas'! Setiap wanita tidak mahu berkongsi kasih dengan orang lain, apatah lagi bila memikirkan wanita lain akan memiliki suaminya yang tercinta dari hujung rambut hingga hujung kaki. Susah untuk seorang isteri menerimanya dengan ikhlas dan redha walaupun bersetuju untuk dimadukan. Kebanyakan suami akan memberi alasan bahawa jika isteri mengikut arahan dan menerima poligami dengan hati terbuka, maka isteri akan mendapat ganjaran payung emas di akhirat kelak. Namun sejauh mana kebenaran itu? Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, tiada istilah payung emas menurut mana-mana hadis sebaliknya ia sebenarnya adalah hadis palsu. "Sikap sebagai Muslim adalah kita tak menentang sebarang syariat ALLAH SWT namu...

Ayam jantan berkokok waktu malam tanda ia melihat malaikat itu benar- Dr Zulkifli

Image
Ayam jantan berkokok waktu malam tanda ia melihat malaikat itu benar- Dr Zulkifli [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154561 ] BUNYI haiwan ternakan termasuk kokokan ayam jantan mungkin sering didengari oleh mereka yang tinggal  pinggir kota atau di desa. Ia sebati dalam masyarakat kita  hingga wujud mitos mengatakan ayam berkokok menunjukkan sudah tiba waktu untuk bangun dari tidur. Pun begitu, tahukah korang bahawa sekiranya ayam jantan berkokok pada waktu malam itu menandakan ia sedang melihat malaikat. Perkara berkenaan adalah sahih dan dikongsi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada laman Facebook rasmi beliau. Menurutnya, ayam jantan berkokok disebabkan haiwan itu melihat malaikat adalah benar sebagaimana Rasulullah SAW menyebutnya di dalam hadis yang sahih. Berikut penerangan beliau: إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِي...