Posts

Showing posts with the label REE

Bekas Setiausaha Politik MB Kedah didakwa minta, terima suapan berkaitan REE

Image
Bekas Setiausaha Politik MB Kedah didakwa minta, terima suapan berkaitan REE BACA di: https://pakdin.my/173709 Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Mohamad Hilmi Abdul Wahab dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berkaitan projek perlombongan unsur Nadir Bumi (REE) di sekitar negeri itu, Julai lepas. Mohamad Hilmi, 50, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin. Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Hilmi didakwa meminta suapan wang tunai berjumlah RM250,000 daripada Pengarah Syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd, Liana Mamat @ Khalid, 40, melalui Syed Muhammad Syid Aluvi, 34. Ia sebagai dorongan bagi tertuduh, yang ketika itu Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membantu syarikat berkenaan untuk mendapat kelulusan permohonan Lesen Perlombongan dan Lesen Penjelajahan REE di sekitar Kedah. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah

Rasuah RM13 juta: SPRM tahan CEO Perbadanan Menteri Besar Kedah

Image
Rasuah RM13 juta: SPRM tahan CEO Perbadanan Menteri Besar Kedah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166554 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan seorang wanita berjawatan pengarah syarikat berkait kes rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor perlombongan membabitkan nilai rasuah lebih RM13 juta. Menurut sumber, kedua-dua suspek, masing-masing berusia 63 dan 40 tahun itu ditahan lewat petang, semalam di Alor Setar, Kedah dan di ibu negara. “Kedua-dua suspek kini direman tiga hari bermula hari ini hingga 21 Julai ini. “Perintah reman dikeluarkan masing-masing oleh Majistret Wan Shahida Abd Rahim di Mahkamah Majistret Alor Setar dan Majistret Norsyakirah Che Hashim di Mahkamah Majistret Shah Alam selepas permohonan reman dibuat SPRM,” katanya. Katanya, aktiviti perlombongan yang dijalankan secara haram oleh syarikat terbabit mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa tertentu sejak tahun 2020. “Sehubungan itu