Posts

Showing posts with the label Suami

Jururawat maut ditikam suami akibat cemburu

Image
Jururawat maut nyatakan hasrat mahu berpisah dengan suami BACA seterusnya di: 168516 ALOR SETAR – Jururawat yang maut dipercayai ditikam dalam kejadian di Arau, Perlis hari ini (30 September 2023) pernah menyuarakan hasrat untuk berpisah dengan suaminya itu sebelum ini, namun membatalkannya demi anak-anak. Menurut rakan baiknya, Rosima Dollah, 31, mangsa, Munirah Abu Bakar, 31, bagaimanapun memaklumkan kepadanya akan pergi ke pejabat agama esok bagi menyelesaikan masalah rumah tangganya itu. “Arwah pernah menyuarakan perkara itu (berpisah) namun tak jadi kerana memikirkan anak-anaknya yang masih kecil, malah ketika berbual semalam arwah ada beritahu bahawa dia akan ke pejabat agama esok untuk menguruskan hal itu. “Saya tidak bertanya panjang-panjang kerana saya tahu arwah menyembunyikan sesuatu dan dia enggan beritahu saya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini hari ini. Menurut Rosima, kali terakhir mereka bertemu pada Hari Ray

Di Mahkamah Persekutuan Hari ini 18 Ogos 2022

Image
Di Mahkamah Persekutuan Hari ini 18 Ogos 2022 BACA seterusnya disini:  https://pakdin.my/160510/ Ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Hisyam Teh memohon menarik diri. Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak ada sebarang alasan untuk menyemak keputusan sebelum ini. Laporan polis dibuat oleh Seorang individu mengenai tularnya satu laman facebook yang dioercayai suami kepada Ketua Hakim Negara. Antara yang panas hari ini: 1) Ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Hisyam Teh memohon menarik diri daripada mewakili Najib jika penangguhan prosiding tidak dibenarkan. Beliau sebelum itu sekali lagi merayu supaya diberikan masa yang wajar untuk mengkaji dan melakukan persiapan sebelum mengemukakan hujahan rayuan. "Ini akan menyedihkan buat saya kerana saya tidak pernah melakukan perkara ini sepanjang 45 tahun berkhidmat sebagai peguam," katanya. Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak ada sebarang alasan untuk menyemak keputusan sebelum ini yang menolak permohonan Najib untuk menangg

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

Image
[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi Selanjutnya di: https://pakdin.my/158482.  CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini, awal pagi semalam. Mayat Ahmad Qarib Ab Kadir, 60, ditemui pada jarak kira-kira dua batu nautika dari Kuala Kemaman, pada kira-kira jam 2.10 petang tadi, tetapi isterinya, Rokiah Abd Rahman, 59, masih belum ditemui setakat ini. Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid, berkata sebaik menerima laporan, pihaknya mengatur gerak menyelamat menggunakan bot Penggalang 17 ke lokasi kejadian. "Anggota kami tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3 petang sebelum mengangkat dan membawa mayat mangsa ke Jeti Kuala Kemaman kira-kira jam 3.30 petang. "Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut," katanya di

[Video] Angkara cemburu, wanita maut ditetak suami di Segama, Sabah

Image
[Video] Angkara cemburu, wanita maut ditetak suami di Segama, Sabah Sumber:  https://pakdin.my/157521 - KOTA KINABALU - Seorang wanita maut ditetak di bahagian leher oleh suaminya kerana cemburu dalam kejadian di sebuah bilik sewa di Segama di sini pada pada malam Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam, mangsa berusia 23 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri akibat kecederaan parah sebelum dilaporkan meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerima panggilan telefon daripada suspek lelaki berusia 31 tahun berhubung kejadian itu pada jam 11.47 malam. Menurutnya, suspek memaklumkan telah menetak isterinya dengan pisau sehingga tidak sedarkan diri dan disyaki telah meninggal dunia. "Sepasukan pegawai dan anggota polis yang bergegas ke lokasi mengesahkan kejadian itu apabila terdapat mayat seorang wanita dalam keadaan terbaring dan terdapat kesan kecederaan d