Posts

Showing posts with the label Cemburu

Remaja ditahan kerana membunuh gadis dengan melemaskannya kedalam kolam

Image
Remaja ditahan kerana membunuh gadis dengan melemaskannya kedalam kolam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168522 NAKHON RATCHASIMA: Dua remaja perempuan berusia 13 dan 15 tahun ditahan kerana didakwa membunuh seorang pelajar sekolah berusia 15 tahun dengan melemaskannya secara paksa di dalam kolam di daerah Bua Yai. Kejadian itu dilaporkan akibat rasa cemburu selepas mangsa rapat dengan teman lelaki salah seorang suspek. Pol Kol Thatchaphon Songsaeng, ketua balai polis Bua Yai, dan pegawai menjalankan lakonan semula jenayah di kolam Bueng Hua Yai pada hari Sabtu 30 September 2023 dengan kedua-dua suspek, yang namanya dirahsiakan). Penduduk yang marah berkumpul di tempat kejadian untuk mengutuk mereka. Penahanan itu diakukan pada Jumaat (29/9/2023) selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup, menunjukkan kedua-dua suspek tiba di rumah mangsa di Bua Yai dengan motosikal pada petang Rabu. Mereka kemudian membawa gadis itu ke kolam, di mana mayatnya ditemui terapung pada pagi

Jururawat maut ditikam suami akibat cemburu

Image
Jururawat maut nyatakan hasrat mahu berpisah dengan suami BACA seterusnya di: 168516 ALOR SETAR – Jururawat yang maut dipercayai ditikam dalam kejadian di Arau, Perlis hari ini (30 September 2023) pernah menyuarakan hasrat untuk berpisah dengan suaminya itu sebelum ini, namun membatalkannya demi anak-anak. Menurut rakan baiknya, Rosima Dollah, 31, mangsa, Munirah Abu Bakar, 31, bagaimanapun memaklumkan kepadanya akan pergi ke pejabat agama esok bagi menyelesaikan masalah rumah tangganya itu. “Arwah pernah menyuarakan perkara itu (berpisah) namun tak jadi kerana memikirkan anak-anaknya yang masih kecil, malah ketika berbual semalam arwah ada beritahu bahawa dia akan ke pejabat agama esok untuk menguruskan hal itu. “Saya tidak bertanya panjang-panjang kerana saya tahu arwah menyembunyikan sesuatu dan dia enggan beritahu saya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini hari ini. Menurut Rosima, kali terakhir mereka bertemu pada Hari Ray

[Video] Angkara cemburu, wanita maut ditetak suami di Segama, Sabah

Image
[Video] Angkara cemburu, wanita maut ditetak suami di Segama, Sabah Sumber:  https://pakdin.my/157521 - KOTA KINABALU - Seorang wanita maut ditetak di bahagian leher oleh suaminya kerana cemburu dalam kejadian di sebuah bilik sewa di Segama di sini pada pada malam Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam, mangsa berusia 23 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri akibat kecederaan parah sebelum dilaporkan meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerima panggilan telefon daripada suspek lelaki berusia 31 tahun berhubung kejadian itu pada jam 11.47 malam. Menurutnya, suspek memaklumkan telah menetak isterinya dengan pisau sehingga tidak sedarkan diri dan disyaki telah meninggal dunia. "Sepasukan pegawai dan anggota polis yang bergegas ke lokasi mengesahkan kejadian itu apabila terdapat mayat seorang wanita dalam keadaan terbaring dan terdapat kesan kecederaan d

[Video] Motif cemburu punca wanita maut dikelar

Image
[Video] Motif cemburu punca wanita maut dikelar -  https://pakdin.my/155087 - Cemburu dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang wanita yang maut dikelar dalam kejadian pergaduhan di Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menahan teman lelaki mangsa berusia 33 tahun pada jam 11.30 pagi, semalam. "Lelaki terbabit yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang selepas dia datang menyerah diri. "Hasil soal siasat dilakukan, lelaki berkenaan mengaku terbabit dalam kejadian itu. Motif pembunuhan itu dipercayai kerana cemburu. "Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kes itu masih diteruskan," katanya dalam kenyataan, hari ini. Terdahulu, dilaporkan seorang pemilik kedai menjual peralatan rumah dan pejabat maut dikelar dalam kejadian pergaduhan di Serdang Perdana, kelmarin. Dalam kejadian jam 7 malam, wanita berusia 29 tahun itu ditemuk