Posts

Showing posts with the label Sungai Padi

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Image
Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160506/ Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi, wilayah Narathiwat kelmarin, kata polis seperti laporan akhbar Bangkok Post semalam 15 Ogos 2022.  Letupan pertama berlaku sekitar pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) kira-kira 500 meter dari Kampung Khok Kai. Seorang wanita tempatan yang merupakan penoreh getah, Pathum Nakthong cedera parah dalam kejadian itu. Pasukan polis, renjer dan unit pemusnah bom (EOD) dikerah ke kebun getah tersebut. Sekitar pukul 7.40 pagi (waktu tempatan) ketika mereka membersihkan kawasan terbabit, sebutir bom lain pula meletup pada jarak 200 meter dari bom pertama. Sarjan Mejar Somchai Daeng-ngoen daripada Kompeni Renjer 4818 terbunuh dalam letupan kedua itu. Bahan letupan kedua mungkin dipasang untuk membunuh mereka yang bertindak balas terhadap