Posts

Showing posts with the label Felda Chiku 2

[Video] Rumah Terbakar Ketika Keluar Solat Tarawih

Image
[Video] Rumah Terbakar Ketika Keluar Solat Tarawih Sumber:  https://pakdin.my/158178 .. GUA MUSANG – Hasrat seorang ibu tunggal untuk beraya bersama sembilan anak dan lebih 20 cucu tidak kesampaian apabila rumahnya musnah dalam kebakaran dipercayai akibat dipanah petir dalam kejadian di Felda Chiku 2, di sini semalam. Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu disedari penduduk kampung selepas mangsa, Rahani Abdul Rashid, 58, bersama seorang anak bongsu dan cucunya dalam perjalanan ke masjid Felda Chiku 3 untuk menunaikan solat sunat tarawih. Rahani memberitahu, sebelum kejadian, berlaku hujan lebat disusuli dengan dentuman petir di kampung itu dan jiran ternampak api merebak ke bahagian dinding papan hadapan rumah. “Kami terus berpatah balik selepas jiran menelefon anak memaklumkan rumah kami telah terbakar. Sejurus sampai di rumah, kami dapati api sedang marak membakar di bahagian hadapan rumah. “Kami tak sempat selamatkan harta benda kerana api merebak dengan cepat menyebabkan motosikal