Salah menjaringkan dua gol ketika Liverpool menewaskan Newcastle 4-2


Salah menjaringkan dua gol ketika Liverpool menewaskan Newcastle 4-2

https://pakdin.my/174749/

Liverpool mendahului tiga mata dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Newcastle 4-2 dalam perlawanan mendebarkan.

LIVERPOOL – Dua gol Mohamed Salah pada separuh masa kedua menebus sepakan penalti yang gagal disempurnakan ketika Liverpool memulakan tahun baharu dengan kelebihan tiga mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 4-2 ke atas Newcastle United dalam hujan- membasahi Anfield pada hari Isnin 1 Januari 2024.

Pasukan Juergen Klopp, yang memulakan perlawanan hari ini yang berkongsi mata dengan Aston Villa, kini memperolehi 45 mata daripada 20 perlawanan. Villa 42 mata manakala Manchester City, yang bermain kurang satu perlawanan, di tempat ketiga dengan 40 mata. Newcastle di tempat kesembilan dengan 29 mata.

Salah yang berusia 31 tahun, yang menyumbang 151 gol untuk Liverpool dalam Liga Perdana, menukar kasutnya pada separuh masa pertama dan itu membuahkan hasil yang lumayan

Liverpool mendominasi permainan, dan Salah, yang gagal memyempurnakan sepakan penalti terus ke arah penjaga gol Martin Dubravka, akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-49 apabila Darwin Nunez melorongkan bola ke arah pemain Mesir itu untuk penyudah jarak dekat..

Alexander Isak menjaringkan gol penyamaan Newcastle pada minit ke 54 menyempurnakan hantaran Anthony Gordon melepasi penjaga gol Liverpool Alisson.

Bagaimanapun, Curtis Jones meletakkan pasukan tuan rumah kembali di hadapan pada minit ke-74 dan Cody Gakpo menjaringkan gol empat minit kemudian. 

Sven Botman membalas satu gol untuk Newcastle pada minit ke-81 sebelum Salah, yang bermain perlawanan terakhirnya sebelum berlepas ke Piala Negara-Negara Afrika, meledak menerusi sepakan penalti selepas Jota dikasari oleh Dubravka untuk memastikan kemenangan selesa pada minit ke-86.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL