Posts

Showing posts with the label GPS

🎦 Calon GPS, Iskandar Turkee menang di PRK DUN Jepak

Image
🎦 Calon GPS, Iskandar Turkee menang di PRK DUN Jepak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170534 BINTULU: Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak apabila calonnya Iskandar Turkee diisytiharkan sebagai pemenang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu malam tadi 4/11/2023. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak Abang Zainuddin Abang Turkey pada 8.30 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Bintulu di sini. Iskandar, 54, bekas pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) cawangan Sarawak menewaskan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing dengan majoriti 8,784 undi. Ketika mengumumkan keputusan itu, Abang Zainuddin berkata Iskandar memperoleh 9,638 undi, Stevenson 854 undi dan Chieng 431 undi. Peratusan pengundi yang keluar mengundi pada hari ini adalah 48.57 peratus. DUN Jepak mempunyai 22,804 pemilih yang terdiri daripada

Kerajaan Perpaduan: Terima Kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - PM Anwar

Image
Kerajaan Perpaduan: Terima Kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - PM Anwar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164520 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam peranannya memastikan Kerajaan Perpaduan dapat dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Presiden Pakatan Harapan itu mengakui beliau dan Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO sering kali “diserang” ketika proses rundingan selepas tiada parti yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. “Tapi saya nak beritahu kalaulah tidak kerana komitmen Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO, dan dukungan Ahli Parlimen UMNO, sejarah kita tertutup. Jadi kita juga harus iktiraf peranan beliau dan UMNO. Juga kalau daripada Yang di-Pertuan Agong sendiri, dalam keadaan kritikal itu, Premier Sarawak Abang Jo (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menjadi faktor penentunya," katanya dalam Amanat Perdana Konvensyen Nasional Ker

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Image
GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158459    Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS Abang Johari Openg, hari ini, berkata GPS berpendirian teguh dan kekal tidak berkompromi dengan Bersatu dan akan bertanding di semua kerusi Parlimen di negeri itu. Fazzrudin Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tupong, berkata pendirian sama sudah disuarakan Abang Johari dan keputusan itu tidak berubah. Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, dilaporkan meminta Abang Johari, baru-baru ini, mempertimbang calon Bersatu diletakkan bertanding di kerusi Parlimen Sarawak. Dalam maklum balas, hari ini, Fazzrudin berkata, usaha menuntut semula dan mempertahankan hak Sarawak terjamin menerusi kemenangan GPS di kerusi Parlimen negeri ini. “Sekiranya Sarawak makmur, saya percaya negara juga akan makmur,” ka

Keluar Sarawak atau lupakan saja bentuk kerajaan seterusnya, PN diberitahu

Image
Keluar Sarawak atau lupakan saja bentuk kerajaan seterusnya, PN diberitahu    Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158359     Perikatan Nasional (PN) perlu menarik diri dari Sarawak sekiranya ia menaruh sebarang harapan untuk membentuk kerajaan persekutuan seterusnya, kata penganalisis politik. Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir berkata, jelas bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dominan tidak berhasrat untuk menyerahkan mana-mana kerusi di negeri itu kepada mana-mana parti berasaskan persekutuan pada pilihan raya umum (PRU15) akan datang. PN pimpinan Bersatu mempunyai dua ahli Parlimen dari Sarawak, iaitu Ali Biju (Saratok) dan Willie Mongin (Puncak Borneo) yang berpaling tadah daripada PKR. Persoalan timbul mengenai masa depan mereka dengan GPS untuk bertanding di kerusi yang mereka wakili. “Tiada siapa boleh membentuk kerajaan persekutuan secara sendirian. Malah Barisan Nasional (BN) yang dominan seperti sekarang memerlukan rakan kongsi, terutamanya parti di Sabah dan S