Posts

Showing posts with the label Baling
Image
[VIDEO] Dua pengunjung terselamat insiden kepala air di Lata Bayu BACA seterusnya di: pakdin.my/167123 Dua pengunjung kawasan rekreasi Air Terjun Lata Bayu ,Asam Jawa, Baling terselamat selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di kawasan itu petang semalam . Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Abd Aziz, berkata bagaimanapun salah seorang daripada mangsa mengalami kecederaan parah di kepala. Katanya menerusi kenyataan mangsa yang cedera, Nur Aliyana Naiza Abdul Halim, 22 tahun  diselamatkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dibawa ke hospital Baling untuk menerima rawatan. Manakala seorang lagi mangsa yang belum dikenal pasti dilaporkan stabil. Kejadian  kepala air  itu berlaku kira-kira pukul  4.30 petang akibat hujan berterusan di kawasan itu sejak semalam. Beliau berkata, sepasukan sembilan anggota APM Baling bersama dua ambulans bergegas ke lokasi bagi membantu mangsa sejurus menerima panggilan pada jam 4.55 petang. Mangsa da

[VIDEO] Empat mukim di Baling dilanda banjir kilat

Image
[VIDEO] Empat mukim di Baling dilanda banjir kilat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160926/ BALING: Empat mukim di Baling landa banjir kilat awal pagi ini susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi (8 Oktober 2022)  menyebabkan membabitkan 81 keluarga terjejas. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata mukim terbabit Mukim Baling, Pulai, Siong dan Kupang. Beliau berkata, hujan lebat berterusan menyebabkan air Sungai Ketil dan Kupang melimpah ke penempatan penduduk. Katanya, antara kampung terbabit Kampung Bendang Sera, Sungai Batu, Seberang Pekan, Lubuk Pedati, Belakang Masjid Baling, Taman Bayu Indah dan Taman Berlian dalam Mukim Baling. "Di Mukim Pulai Kampung Tok Weng, Tok Mat Ali. Manakala di Mukim Siong Kampung Kampung Siput dan Memali. https://youtu.be/z78HPE0UjQQ "Turut dinaiki air Kampung Padang Empang, Dusun dan Iboi di Mukim Kupang," katanya dalam kenyataan, hari ini. Bagaimanapun katanya tiada Pusat Pemindahan

[VIDEO] Baling banjir lagi

Image
[VIDEO] Baling banjir lagi BACA seterusnya di https://pakdin.my/160679/ Dua kawasan di Baling, Kedah dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang berterusan sejak jam 5 petang pada 6 September 2022i. Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kawasan terbabit adalah Taman Bayu Sejahtera dan kawasan jajaran Kampung Iboi sehingga ke Kampung Hangus. “Air di kawasan Taman Bayu Sejahtera telah surut pada jam 8 malam, namun di kawasan Kampung Iboi dan sekitarnya sehingga 9 malam, air masih mengalir deras dan dikhuatiri akan melanda beberapa kawasan di pekan Kupang. Tiada laporan diterima mengenai kehilangan ahli keluarga. Jambatan Bailey telah dinaiki air dan berlaku kerosakan struktur pada jambatan itu yang kini ditutup untuk semua kenderaan dan pejalan kaki,” katanya dalam satu kenyataan. Setakat ini, 120 mangsa di Kampung Padang Empang telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kampung Padang Empang. https://youtu.be/4OSfDW1_pYI

[VIDEO] Banjir di Baling: Mangsa ketiga ditemukan dalam timbunan kayu

Image
[VIDEO] Banjir di Baling: Mangsa ketiga ditemukan dalam timbunan kayu Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159510 Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan. Mayat mangsa ketiga ditemui tidak jauh dari kedudukan dua mayat sebelum ini dikesan pada 9.30 pagi. BALING: Mayat terakhir kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, berjaya ditemukan pasukan penyelamat pada 11.55 pagi tadi. Mayat mangsa, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Sayani Saidon berkata, mayat mangsa ketiga ditemui tidak jauh dari kedudukan dua mayat sebelum ini dikesan pada 9.30 pagi. "Mayat mangsa ketiga turut ditemukan di bawah timbunan kayu sebelum operasi mengeluarkannya dilakukan pasukan penyelamat. "Berikutan itu semua mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian semalam, berjaya ditemui dalam operasi hari ini," katanya. BACA Juga:   VIDE

[VIDEO] Banjir Baling: Jasad wanita hamil, ibu mentua ditemui berpelukan

Image
[VIDEO] Banjir Baling: Jasad wanita hamil, ibu mentua ditemui berpelukan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159504/   Ditemui dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan ditemui bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, di bawah timbunan batang pokok. Dipercayai bongkah kayu yang dihanyutkan arus deras menghempap rumah mangsa. BALING: Jasad wanita hamil dan ibu mentuanya yang dihanyutkan arus kepala air di rumah mereka di Kampung Iboi di sini, ditemui dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh. Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan ditemui bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, jam 9.30 pagi di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, berkata kedua-dua mayat mangsa ditemui dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan. Beliau berkata, pihaknya

[VIDEO] Penduduk di Baling terkejut kawasan kampung dilanda banjir, beberapa rumah ranap

Image
[VIDEO] Penduduk di Baling terkejut kawasan kampung dilanda banjir, beberapa rumah ranap Selanjutnya di: https://pakdin.my/159500   Kejadian banjir kilat ini melibatkan Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas dalam mukim Kupang. Hujan lebat selama tiga jam bermula pukul 2 petang menyebabkan Air Sungai Kupang melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai. Terdapat rumah yang terletak di tebing sungai serta jambatan lenyap akibat dihanyutkan arus deras seperti kepala air. BALING – Penduduk di Kampung Masjid Iboi di sini terkejut apabila kawasan perkampungan tersebut dilanda banjir kilat dengan beberapa rumah dikatakan ranap dan hanyut dalam kejadian pada petang ini. Rakaman siaran langsung Facebook oleh pemilik akaun, Mohd. Mokhtar Che Man memaparkan keadaan sungai yang deras dan melimpah ke kawasan rumah penduduk. Dalam rakaman itu, pemilik akaun tersebut turut mendakwa terdapat rumah yang terletak di tebing sungai serta jambatan lenyap akibat dihanyutkan arus dera