Posts

Showing posts with the label Sukan SEA 2023

Pencapaian terburuk Malaysia di Sukan SEA 2023, ke mana hala tuju sukan negara?

Image
Pencapaian terburuk Malaysia di Sukan SEA 2023, ke mana hala tuju sukan negara? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164787 PHNOM PENH - Ke mana hala tuju arena sukan Malaysia? Persoalan itu pastinya berlegar-legar dalam fikiran bukan sahaja bagi peminat sukan tanah air, malah seluruh rakyat Malaysia susulan pencapaian terburuk kontinjen negara pada edisi ke-32 temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja yang akan melabuhkan tirai secara rasmi hari ini. Menamatkan cabaran dengan menduduki tempat ketujuh dan gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan adalah pencapaian sangat mengecewakan bagi Malaysia sejak temasya sukan dwitahunan itu diperkenalkan pada 1959. Kontinjen negara akan pulang dengan detik hitam di pentas saingan Sukan SEA Kemboja apabila hanya mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa. Lebih memalukan apabila Malaysia dengan 676 atlet berada di bawah Singapura, Filipina dan Kemboja. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/ZrfWzitfw6I Apa jua alasan atau rumusan akan diber...

Pencapaian TERBURUK kontinjen Malaysia dalam sejarah Sukan SEA

Image
Pencapaian TERBURUK kontinjen Malaysia dalam sejarah Sukan SEA PHNOM PENH, 16 Mei (Bernama) -- Kontinjen Malaysia sekali lagi mencatatkan pencapaian terburuk dalam sejarah Sukan SEA dengan menduduki tempat ketujuh dan gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan sebelum ini pada edisi 2023 di Kemboja, malam ini. Pada hari semua acara pingat berakhir hari ini, pencapaian negara pada edisi ke-32  di sini lebih mengecewakan, malah lebih buruk ketika temasya sama di Hanoi, Vietnam, tahun lalu. Selepas temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirai, malam esok, kontinjen negara akan pulang dengan detik hitam di pentas Sukan SEA apabila hanya mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa untuk menghuni tangga ketujuh keseluruhan. Malaysia mengakhiri cabaran pada kedudukan keenam keseluruhan dengan 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa di Hanoi, tahun lalu dan sebelum itu pada kedudukan sama pada edisi 1983 di Singapura. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/ZrfWzitfw6I Lebih mengecewakan...

[VIDEO] Sukan SEA: Hoe Yean sumbang emas sulung kem renang negara

Image
[VIDEO] Sukan SEA: Hoe Yean sumbang emas sulung kem renang negara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164016 PHNOM PENH: Perenang Khiew Hoe Yean menceriakan kontinjen negara selepas menghadiahkan pingat emas sulung buat kem renang menerusi acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki pada aksi final yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo di sini, malam ini. Hoe Yean mempamerkan renangan meyakinkan sebaik perlumbaan bermula untuk menjadi yang pertama tiba di penamat dengan catatan masa 1 minit dan 48.91 saat (s). Atlet berusia 20 tahun itu menewaskan wakil Thailand Dulywat Kaewsriyong yang meraih perak dengan masa 1:49.29s sementara gangsa menjadi milik perenang Vietnam Nguyen Huy Hoang selepas merakam 1:49.31s. Kejayaan Hoe Yean di sini bukan sahaja menghadiahkan emas ke-14 buat kontinjen negara di temasya sukan dwitahunan itu, malah menyaksikan beliau berjaya mempertahankan emas acara kegemarannya itu yang dimenangi pada edisi di Hanoi, Vietnam tahun lepas. Pada masa sama...

Sukan SEA: Kimberly terkejut raih emas selepas fokus terjejas akibat silau

Image
Sukan SEA: Kimberly terkejut raih emas selepas fokus terjejas akibat silau BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163949 PHNOM PENH  -- Di sebalik kegembiraan, penerjun muda negara Kimberly Bong terkejut mampu meraih pingat emas acara 3 meter (m) papan anjal wanita Sukan SEA 2023 selepas mendominasi aksi final yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo di sini hari ini. Penerjun berusia 20 tahun itu berkata ini kerana darjah kesukarannya pada saingan itu rendah berbanding pencabar negara lain, selain gagal mempamerkan prestasi terbaik susulan faktor silau yang menjejaskan tumpuannya. Susulan dua faktor itu, beliau tidak berjaya untuk sekurang-kurangnya menyamai rekod peribadi terbaik 280 mata selepas mengumpul 276.30 daripada keseluruhan lima terjunan. Bagaimanapun, atlet kelahiran Sarawak itu tetap gembira dengan keputusan berkenaan yang membolehkan beliau meraih emas pertamanya pada temasya sukan dwitahunan itu sejak membuat kemunculan pertama pada edisi 2017 di Kual...