Posts

Showing posts with the label Teknologi

🎦 Apple perkenal MacBook Pro baharu dengan cip M3 terpantas

Image
🎦  Apple perkenal MacBook Pro baharu dengan cip M3 terpantas BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170543 Pengeluar perkakas teknologi terkemuka, Apple memperkenalkan generasi baharu MacBook Pro mereka yang dilengkapi dengan cip baharu M3 sekali gus menjadikannya peranti persendirian paling berkuasa. Menerusi pengenalan itu, Apple memperbaharui generasi MacBook Pro mereka untuk barisan 14 inci dan 16 inci dengan cip M3, M3 Pro dan M3 Max. Menerusi seni bina GPU generasi akan datang dan CPU yang lebih pantas, barisan cip M3 membawa lebih prestasi dan keupayaan baharu yang luar biasa kepada MacBook Pro. MacBook Pro 14 inci baharu dengan M3 bukan sahaja memberikan prestasi tinggi untuk tugasan harian, tetapi juga memberikan prestasi mampan yang luar biasa dalam perisian dan permainan. Peranti itu bermula dengan tanda harga RM7,499, MacBook Pro 14 dan 16 inci dengan M3 Pro memberikan prestasi yang lebih hebat dan sokongan memori bersatu tambahan, membolehkan aliran kerja yang lebih me...

Kesatuan Eropah tak gentar dengan ugutan untuk tutup Facebook dan Instagram di sana

Image
Kesatuan Eropah tak gentar dengan ugutan untuk tutup Facebook dan Instagram di sana [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154580 ] Kesatuan Eropah memiliki pendirian yang jelas terhadap Meta. Mereka meminta supaya pengendali Facebook dan Instagram itu menyimpan dan memproses data-data pengguna Eropah, di dalam wilayah Kesatuan Eropah dan bukannya disalurkan ke pengkalan data yang berada di Amerika Syarikat. Namun, Meta katakana yang ia tidak boleh kerana tindakan ini boleh merencatkan servis pengiklanan yang digunakan pengguna-pengguna enterprise mereka.  Makanya, dalam satu laporan kepada pihak berkuasa, Meta memaklumkan yang mereka terpaksa menutup servis Facebook dan Instagram di Eropah sekiranya mereka tidak mampu untuk memenuhi keperluan perundangan di EU. Dua menteri, masing-masing daripada Jerman dan Perancis telah mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan pihak Kesatuan Eropah tidak gentar ke atas ancaman tersebut.  Salah seorang daripadanya sudahpun tidak menggunakan Fa...