Posts

Showing posts with the label PH

PRN Sabah: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

Image
 Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan parti Maju Sabah (SAPP) akan bertanding sendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 selepas mengesahkan mereka akan menggunakan logo parti masing-masing dan bukan simbol Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Tindakan itu menyebabkan kedua-dua parti tidak lagi berada dalam GRS susulan keputusan Majlis Tertinggi bahawa mana-mana parti komponen yang bertanding menggunakan logo sendiri tidak lagi menjadi sebahagian daripada gabungan berkenaan. Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata perkara itu dimuktamadkan dalam mesyuarat malam tadi yang berlangsung hampir dua jam, dipengerusikan Datuk Seri Hajiji Noor dan dihadiri presiden parti komponen. Beliau berkata Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee memaklumkankeputusan tersebut dibuat kerana tidak mahu terikat dengan kuota agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dimuktamadkan antara GRS dan Pakatan Harapan (PH). “Ini bermakna...

Hajiji seorang Ketua Menteri yang agak malang

Image
TAHUN ini merupakan tahun yang cukup malang bagi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor. Seharusnya beliau sudah mengadakan pilihan raya negeri pada masa ini, namun satu demi satu peristiwa 'black swan' menghalang perancangannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. 'Black swan' adalah metafora bagi peristiwa yang mengejutkan semua pihak, dan Hajiji pasti tidak bersedia untuk rentetan kejutan yang menimpa beliau. Nasib seolah-olah seperti 'sudah jatuh sitimpa tangga' dengan Ketua Menteri (KM) dan minggu ini, kerajaannya sekali lagi diletakkan dalam kontroversi apabila Timbalan Ketua Menteri (TKM) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dituduh terlibat dalam satu skandal rasuah. Tidak lama sebelum ledakan kes rasuah ini, Hajiji memberitahu pemberita bahawa pilihan raya tidak lagi menjadi misteri. Dewan Undangan Negeri Sabah akan dibubarkan secara automatik pada tengah malam 11 November, selepas itu pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. Apa yang mungkin...

PRN Sabah 2025: PH Hormati Keputusan BN Tidak Kerjasama Dengan GRS - PM Anwar

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) menghormati keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah. Beliau yang juga Pengerusi PH berkata gabungan itu tidak tersepit dalam keputusan berkenaan, malah akan terus berbincang bagi mencari penyelesaian. “PH akan terus berbincang juga dengan BN dan GRS. Kita akan terus berunding, apa pun berunding dengan baik dan mencari penyelesaiannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Temu Mesra Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di sini hari ini. Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keputusan muktamad BN dan UMNO Sabah untuk tidak bekerjasama dengan GRS pada pilihan raya negeri berkenaan. Ahmad Zahid berkata sebaliknya parti itu memutuskan hanya akan bekerjasama dengan PH pada PRN17 Sabah. Mengikut peruntukan, Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 akan terbu...

PRN Sabah 2025: UMNO, BN Sabah Tidak Kerjasama Dengan GRS - Ahmad Zahid

Image
 UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah memutuskan tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO berkata UMNO dan BN Sabah bagaimanapun kekal menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya berkenaan. "Kami mengekalkan kerjasama BN-PH. Namun, BN Sabah dan UMNO Sabah memutuskan secara muktamad tidak akan ada kerjasama dengan GRS. Sekian terima kasih," katanya pada sidang media di sini tengah malam tadi. Terdahulu,  Ahmad Zahid mengadakan mesyuarat tertutup dengan barisan pemimpin UMNO Sabah di sini yang turut dihadiri Pengerusi Badan Pimpinan UMNO Sabah yang juga Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin. Mengikut peruntukan, Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN17.

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi

Image
  Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini. Naib Pengerusi BN Tapah Datuk Seri M. Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC berkata jentera BN Tapah akan menjalankan kempen mengikut acuan ‘tempatan’ bagi memastikan kemenangan calon yang dipilih mewakili gabungan berkenaan. “Jentera di peringkat bahagian amat memahami kehendak dan permasalahan yang berlaku di Tapah, malah pendekatan unik ini berjaya membantu BN mempunyai wakil rakyat daripada pelbagai kaum di sini,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Sementara itu, Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah yakin BN mampu mengekalkan kerusi DUN Ayer Kuning pada PRK berkenaan. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April. PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematia...

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai dendek - Ahmad Zahid

Image
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon berkenaan adalah daripada enam senarai nama yang dikemukakan oleh bahagian dan perhubungan negeri melibatkan ahli UMNO Bahagian Tapah. "Saya mengharapkan calon ini memenuhi kriteria penduduk-penduduk dan pengundi di Ayer Kuning dan Tapah amnya supaya kita dapat mengulangi, insya-Allah, kejayaan di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Ihya' Ramadan Al-Mubarak Tahun 1446 Hijrah/2026 Masihi di sini hari ini. Ditanya berhubung koordinasi gerak kerja antara BN dan Pakatan Harapan untuk PRK itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata kepimpinan BN-PH termasuk parti komponen mempunyai persefahaman. "Datuk Seri M Saravanan dan pemimpin MCA negeri telah menghubungi sa...

Hari mengundi PRK Ayer Kuning 26 April depan

Image
 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 26 April depan bagi hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak. Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon pula pada 12 April, manakala hari pengundian awal ditetapkan pada 22 April depan. “Sejumlah 31,897 pemilih terlibat membabitkan peruntukan kos kira-kira sebanyak RM2.5 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK berkenaan di sini hari ini. Ini adalah PRK ke-11 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) iaitu PRK Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu; PRK DUN Simpang Jeram, Johor; PRK Parlimen Pulai, Johor; PRK DUN Pelangai, Pahang; PRK DUN Jepak, Sarawak; PRK Parlimen Kemaman, Terengganu dan PRK DUN Kuala Kubu Baharu, PRK Sungai Bakap, PRK DUN Neggiri dan DUN Mahkota. PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahrudddin, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah susulan serangan ...

PRK Dun Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN - Saifuddin

Image
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti, kata Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di sini hari ini, Saifuddin Nasution berkata langkah itu bagi memastikan BN mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang Allahyarham Ishsam Shahruddin. “Keputusan untuk menjadi pendukung dibuat berdasarkan prinsip penyandang, dan ini adalah persetujuan yang dicapai dalam kerangka Kerajaan Perpaduan,” katanya. Beliau berkata PH Perak akan memulakan gerak kerja setelah mendapat arahan daripada Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan persiapan mengatur gerak kerja mengikut prosedur operasi standard (SOP). “Kita akan aktifkan jentera kita di peringkat pusat dan di peringkat negeri, kemudian kami akan tentukan keper...

Apa kah masih ada harapan untuk UMNO kembali menerajui negara?

Image
Peluang Parti UMNO (United Malays National Organisation) untuk kembali memerintah Malaysia bergantung pada beberapa faktor, termasuk dinamika politik dalam negeri, dukungan rakyat, dan kemampuan parti tersebut untuk beradaptasi dengan perubahan politik dan sosial.  Berikut adalah beberapa faktor yang mempengaruhi peluang UMNO: 1. Sejarah dan Warisan UMNO        - UMNO adalah parti politik tertua dan paling dominan dalam sejarah Malaysia, memerintah negara tersebut sejak kemerdekaan pada tahun 1957 hingga tahun 2018.      - Parti ini memiliki jaringan yang kuat di kalangan masyarakat Melayu dan Bumiputera, serta memiliki akar yang mendalam dalam politik Malaysia. 2. Kekalahan dalam Pilihan Raya Umum 2018        - UMNO kehilangan kuasa dalam Pilihan Raya Umum 2018 kepada Pakatan Harapan (PH), yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ini adalah kekalahan pertama UMNO sejak kemerdekaan.        - Kekalahan in...

[VIDEO] Loke: Kemenangan Muda di Muar kerana sokongan PH

Image
[VIDEO] Loke: Kemenangan Muda di Muar kerana sokongan PH BACA di pakdin.my/167399 - Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengingatkan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa kemenangannya di kerusi parlimen Muar pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah kerana sokongan Pakatan Harapan (PH). Dia berkata demikian sebagai menjawab ancaman Syed Saddiq dan Muda untuk menarik balik sokongan daripada kerajaan perpaduan. Ahli Parlimen Muar itu mengancam mengambil tindakan demikian sekiranya tiada penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung penarikan balik 47 pertuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. Loke menegaskan Syed Saddiq mempunyai kewajipan dan tanggungjawab untuk menyokong kerajaan perpaduan kerana undi yang diperolehnya pada PRU15 adalah dengan bantuan PH. “Pertama sekali, ini (menarik sokongan daripada kerajaan) adalah keputusan mereka. Mereka perlu membuat keputusan sendiri. “Tetapi biar saya ingatkan mereka (Muda dan Syed Saddiq...

[VIDEO] Kejayaan PH/BN pada di Pulai dan Simpang Jeram penunjuk positif dalam usaha meraih kemenangan di PRK Pelangai

Image
[VIDEO] Kejayaan PH/BN pada di Pulai dan Simpang Jeram penunjuk positif dalam usaha meraih kemenangan di PRK Pelangai BACA seterusnya di: pakdin.my/167395 - Kejayaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada di Pulai dan Simpang Jeram menjadi penunjuk positif dalam usaha gabungan itu meraih kemenangan di PRK Pelangai, 7 Oktober ini. Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata kejayaan mempertahankan kerusi di Johor itu hasil kerjasama jentera PH-BN dan menjadi pembakar semangat untuk mempertahankan kerusi DUN Pelangai. Menurut beliau, Jelas jentera UMNO Barisan Nasional memberikan sokongan penuh kepada jentera PH di Pulai dan di Simpang Jeram. Anthony Loke mengakui jentera UMNO dan Barisan memang bertungkus lumus, berkempen bersungguh sungguh yang diketuai oleh Datuk Seri Khaled Nordin dan juga Datuk Onn Hafiz, Menteri besar Johor, yang nampak kesungguhan mereka dan jentera UMNO  Johor untuk memenangkan calon PH. "Kita jelas sekali bahawa itu adalah satu formula kejayaan dan sudah ...

PRK Pulai & Simpang Jeram: Jangan terjebak kempen 'tidak keluar mengundi' - Ahmad Zahid

Image
PRK Pulai & Simpang Jeram: Jangan terjebak kempen 'tidak keluar mengundi' - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: pakdin.my/167138 - Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pengundi UMNO bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan PRK Simpang Jeram supaya tidak terjebak dengan kempen 'tidak keluar mengundi' pada 9 September ini. Pengundi juga diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan propaganda pihak pembangkang yang memainkan isu 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja. "Dari segi kebolehmenangan, tentunya kita harap pengundi UMNO yang kita kenali sebagai pegundi putih, (supaya) jangan terjebak dengan kempen termasuk penghuluran yang dipanggil sebagai 'sedekah' untuk tidak keluar mengundi. "Mari kita sama-sama untuk keluar mengundi, kita ketepikan perbezaan parti yang terdapat dalam Kerajaan Perpaduan," katanya ketika ditemui media dalam Program Sentuhan Kasih Desa@Simpang Jeram Min...

[VIDEO] PRN: Agihan kerusi PH-BN Selangor selesai

Image
PRN: Agihan kerusi PH-BN Selangor selesai BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166457 Agihan kerusi di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) telah dimuktamadkan dengan BN diperuntukkan lebih 20 peratus daripada 56 kerusi dipertandingkan, kata Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari . Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata pecahan pembahagian kerusi itu telah dipersetujui Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Dengan itu, kerusi selebihnya akan ditandingi calon PH dan ini diputuskan selepas mengambil kira faktor kerusi-kerusi yang disandang parti itu sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. “Faktor semasa keadaan politik, kekuatan terkini antara parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan selain kebolehcapaian untuk menggabungkan kekuatan kedua-dua parti juga menjadi antara faktor dalam menentukan pengagihan kerusi,” katanya ketika sesi temu bual eksklusif be...

PRN: MCA, MIC dilibatkan pembentukan kerajaan Selangor akan datang - Amirudin

Image
PRN: MCA, MIC dilibatkan pembentukan kerajaan Selangor akan datang - Amirudin BACA seterusnya: https://pakdin.my/166397 Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari memberi jaminan peranan MCA dan MIC akan dilibatkan dalam pembentukan pentadbiran kerajaan negeri pada masa akan datang jika gabungan parti Kerajaan Perpaduan dapat mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata, pembabitan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan dalam pentadbiran negeri penting demi kestabilan politik di negeri berkenaan. Sehubungan itu, katanya beliau amat mengharapkan pembabitan MCA dan MIC semasa tempoh berkempen menjelang pilihan raya negeri kali ini walaupun kedua-dua parti berkenaan sudah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding di enam PRN bulan hadapan. "Mereka juga harus dilibatkan sama semasa kempen dan pentadbiran masa depan kerajaaan negeri. Saya sedia sebut hal itu, kerana kita mahu mengekalkan konsep gabungan Kerajaan Pe...

Sasaran PH, BN menang 50 kerusi di Selangor realistik

Image
Sasaran PH, BN menang 50 kerusi di Selangor realistik BACA seterusnya: https://pakdin.my/166053 Sasaran gabungan Kerajaan Perpaduan untuk memenangi sekurang-kurangnya 50 atau dua pertiga jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Negeri akan datang adalah realistik dan mampu dicapai. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sasaran itu boleh dicapai dengan gabungan kekuatan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di negeri berkenaan. “Sasaran kita yang realistik adalah menang dua pertiga kerusi DUN Selangor namun jika campurkan pengundi PH dan BN, sasaran 50 kerusi itu mampu dilakukan serta dicapai. “Ini adalah masa kita untuk meyakinkan akar umbi kedua-dua pihak untuk bekerjasama dan memastikan kemenangan gabungan luar biasa untuk menjamin kestabilan serta kemakmuran di Selangor,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cher...

Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad

Image
Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165690 MARANG, 5 Jun (Bernama) -- Proses agihan kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah selesai sepenuhnya, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said. Beliau berkata proses agihan tersebut selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan beliau telah menyerahkan keputusan agihan tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk dimuktamadkan. "Presiden sama presiden akan bincang. Tunggulah... biar mereka selesaikan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera PRN 2023 Peringkat UMNO Bahagian Marang di Wakaf Tapai, di sini, hari ini. Katanya,  BN juga telah menyenarai pendek nama-nama calon yang bakal bertanding untuk kerusi DUN Terengganu pada PRN tidak lama lagi. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/ZE...

PRN Pulau Pinang: Pengagihan kerusi PH-BN 95 peratus selesai

Image
PRN Pulau Pinang: Pengagihan kerusi PH-BN 95 peratus selesai BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165669 Pengagihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, sudah 95 peratus selesai. Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata rundingan yang telah berlangsung sejak bulan lepas, berjalan lancar dan masih terdapat beberapa kerusi belum diputuskan kerana ada pertindihan kerusi. “Rundingan bagi pengagihan kerusi sudah pun 95 peratus selesai dan ada beberapa kerusi lagi yang terdapat pertindihan permintaan bagi kerusi tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan  Interactive Edutainment Programme di Hospital Gleneagles di sini hari ini. Chow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata PH-BN akan mengadakan mesyuarat ketiga pengagihan kerusi PRN di Kuala Lumpur, esok. VIDEO berkaitan: “Saya percaya esok merupakan rundingan ketiga dan terakhir...kalau tiada keputusan, kita mungkin perlu serah kepad...

[VIDEO] Belum muktamad rakan sekutu guna lambang BN pada PRN - Ahmad Zahid

Image
[VIDEO] Belum muktamad rakan sekutu guna lambang BN pada PRN - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164485 Barisan Nasional (BN) masih belum memuktamadkan sama ada membenarkan rakan sekutunya dalam Kerajaan Perpaduan bertanding menggunakan lambang parti gabungan itu pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri akan datang, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “… kita tidak menolak jika ada parti-parti lain dalam kesepakatan Kerajaan Perpaduan, jika mereka berhasrat untuk menggunakan lambang BN, namun ia belum dimuktamadkan. Hasrat itu ada (parti guna lambang BN) tetapi belum dimuktamadkan,” kata Ahmad Zahid yang juga presiden UMNO. Bagaimanapun beliau berkata Dewan Tertinggi BN telah memutuskan calon BN akan menggunakan lambang BN pada PRN. Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Kawalan Keganasan (JPTKK) di sini hari ini. https://youtu.be/r3uCww9ttaU Semalam, Pengarah Piliha...

BN Tak akan ambil mudah cabaran PRN - Mohamad Hasan

Image
BN Tak akan ambil mudah cabaran PRN - Mohamad Hasan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164204 Barisan Nasional (BN) tidak akan mengambil mudah Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk di tiga negeri dikuasai Kerajaan Perpaduan sendiri, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN berkata tumpuan penuh akan diberikan kepada kesemua enam negeri yang terlibat terutama dari segi kesiapsiagaan jentera parti. “Tak boleh kata kita, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang (dikuasai Kerajaan Perpaduan) kita ada kelebihan, tidak ada perkara seperti itu, sebab pilihan raya sama macam main bola juga,” katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Ja’afar di sini hari ini. Selain Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, tiga negeri lain yang akan berhadapan PRN ialah Kelantan, Terengganu dan Kedah yang dikuasai pembangkang. VIDEO berkaitan https://youtu.be/ZEmsVOQj...

UMNO Terengganu tak ada masalah gabung dengan PH rampas Terengganu

Image
UMNO Terengganu tak ada masalah gabung dengan PH rampas Terengganu "Politik itu dinamik, bukan politik mati... Sebab itu orang kata tidak ada musuh berkekalan, kawan berkekalan dalam politik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164054 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk merampas semula pentadbiran negeri itu daripada pimpinan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Ahmad, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, berkata kerjasama (UMNO dan PH) dah terjalin di peringkat pusat, maka ia akan diteruskan demi kestabilan negara dan negeri berkenaan. "Politik itu dinamik, bukan politik mati... Sebab itu orang kata tidak ada musuh berkekalan, kawan berkekalan dalam politik," katanya pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ketengah 2023 di Bandar Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini. Turut hadir Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu ...