Posts

Showing posts with the label Kejohanan Badminton Dunia

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Image
Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166977 Tiga pasangan Malaysia termasuk beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton  Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark, hari ini. Pearly-Thinaah, yang menerima bye pada pusingan pembukaan, mengatasi gandingan Scotland, Julie Macpherson-Ciara Torrance 21-15, 21-10 pada pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di Royal Arena. Beregu pilihan ke-10 itu akan menentang beregu Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara selepas pilihan keempat itu mengatasi wakil  Austria,  Serena Au Yeong-Katharina Hochmeir  21-11, 21-5. Sementara itu, hasrat satu lagi pasangan negara, Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing untuk layak ke pusingan seterusnya disekat oleh pilihan kelapan dari Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai selepas tewas 13-21, 11-21. Dalam pada itu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee meneruskan kemaraan ke pusingan