Posts

Showing posts with the label Perlis

Jururawat maut ditikam suami akibat cemburu

Image
Jururawat maut nyatakan hasrat mahu berpisah dengan suami BACA seterusnya di: 168516 ALOR SETAR – Jururawat yang maut dipercayai ditikam dalam kejadian di Arau, Perlis hari ini (30 September 2023) pernah menyuarakan hasrat untuk berpisah dengan suaminya itu sebelum ini, namun membatalkannya demi anak-anak. Menurut rakan baiknya, Rosima Dollah, 31, mangsa, Munirah Abu Bakar, 31, bagaimanapun memaklumkan kepadanya akan pergi ke pejabat agama esok bagi menyelesaikan masalah rumah tangganya itu. “Arwah pernah menyuarakan perkara itu (berpisah) namun tak jadi kerana memikirkan anak-anaknya yang masih kecil, malah ketika berbual semalam arwah ada beritahu bahawa dia akan ke pejabat agama esok untuk menguruskan hal itu. “Saya tidak bertanya panjang-panjang kerana saya tahu arwah menyembunyikan sesuatu dan dia enggan beritahu saya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini hari ini. Menurut Rosima, kali terakhir mereka bertemu pada Hari Ray

Anak, menantu disyaki bunuh ibu strok direman 7 hari

Image
Anak, menantu disyaki bunuh ibu strok direman 7 hari BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165526 KANGAR – Seorang suri rumah dan suaminya direman tujuh hari selepas disyaki membunuh ibunya di sebuah rumah teres di Taman Cempaka Putih di Arau semalam. Permohonan reman suspek wanita dan pasangannya yang masing-masing berusia 34 dibacakan di hadapan Majistret Siti Nor Hasliza Md. Ali di Kompleks Mahkamah Kangar, di sini hari ini. Mahkamah membenarkan kedua-dua suspek direman bermula hari ini hingga 8 Jun depan selepas permohonan reman dilakukan pegawai penyiasa Ibu Pejabat Polis Daerah Arau bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut. Semalam dilaporkan seorang wanita warga emas yang menghidap penyakit strok maut selepas dipercayai dipukul oleh anak dan menantunya dalam kejadian yang berlaku di Taman Cempaka Putih. Mangsa berusia 74 tahun dan merupakan seorang mualaf berbangsa Cina berasal dari Paka, T

Kes COVID-19 di Perlis meningkat 47 peratus selepas Hari Raya

Image
Kes COVID-19 di Perlis meningkat 47 peratus selepas Hari Raya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164860 KANGAR -- Jumlah kes COVID-19 di Perlis bagi Minggu Epid ke-19 iaitu dari 7 hingga 13 Mei meningkat sebanyak 47 peratus atau 87 kes berbanding minggu sebelumnya. Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) menerusi hantaran dalam Facebook memaklumkan daripada jumlah itu, 83 ialah kes tempatan manakala empat lagi ialah kes import. "Sebanyak 51 kes (59 peratus) dikesan melalui saringan bergejala, 16 kes (18 peratus) dikesan melalui saringan survelan-sARI, lapan kes (sembilan peratus) dikesan melalui saringan kontak rapat, enam kes (tujuh peratus) dikesan melalui saringan individu disyaki, lima kes (tujuh peratus) saringan survelan-ILI dan satu kes (satu peratus) dikesan melalui saringan prakemasukan hospital," menurut hantaran itu.      JKNPs memberitahu 60 kes (69 peratus) berada di bawah permantauan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) manakala 27 kes (31 peratus) di bawah pemanta

[VIDEO] Bekas MB Perlis mengaku tidak bersalah terima wang haram RM1.06 juta

Image
[VIDEO] Bekas MB Perlis mengaku tidak bersalah terima wang haram RM1.06 juta BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163420 Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta. Azlan, 64, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. "Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan," kata Azlan. Mengikut kelima-lima pertuduhan, Azlan didakwa telah menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM1,059,675.25 daripada Sri Kedawang Travel Tours (W) Sdn Bhd, Aidil Travel Tours Sdn Bhd dan Abdul Rahim Halim yang mewakili syarikat Aidil Travel. Kesemua wang itu diterima tertuduh melalui tiga keping cek Maybank dan sekeping cek CIMB yang dibayar ke dalam akaun Maybank dan CIMB milik tertuduh serta secara tunai daripada Abdul Rahim. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank ca

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Image
[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak KANGAR: Lebih 60 premis kediaman dan perniagaan di sekitar Kangar rosak dan terjejas berikutan kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda daerah itu, petang tadi. Kejadian sekitar jam 4:45 petang 29 Mac 2023 itu bukan saja merosakkan premis kediaman, malah bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri yang terletak di Taman Sena Indah, Repoh, Behor Empiang, Jalan Syed Alwi berhampiran sebuah pasar raya terkemuka, selain bazar Aidilfitri di Kangar Jaya. Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. Malah, Balai Bomba dan Penyelamat Kangar turut dilanda ribut sehingga menyebabkan sebatang pokok tumbang dan menghempap satu daripada rumah dalam stesen berkenaan. Bagaimanapun, kejadian ribut yang berlaku itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam

[Video] 50 rumah rosak dilanda ribut di Perlis

Image
[Video] 50 rumah rosak dilanda ribut di Perlis Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159598/ KANGAR: Hujan lebat berserta angin kencang sepanjang hari ini menyebabkan kira-kira 50 buah rumah di seluruh negeri ini terjejas teruk. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd. Noor berkata, kebanyakan rumah mengalami kerosakan struktur serta bumbung diterbangkan angin kencang. Katanya, antara kawasan terjejas adalah seperti di Paya, Lubuk Sireh, Padang Pauh, Mata Ayer, Panggas, Kubang Perun, Ulu Pauh, Batu 5, Abi, Kurung Batang, Wang Besar dan Kuala Perlis. “Setakat ini, kita telah kenal pasti kira-kira 50 buah rumah yang terjejas akibat hujan lebat serta angin kencang sejak pukul 11 pagi ini. “Kebanyakan rumah yang terjejas itu adalah daripada aspek bumbung diterbangkan angin kencang dan dihempap pokok. “Kita akan segera menyelaraskan bantuan untuk kerja-kerja baik pulih rumah ini,” katanya di sini hari ini. Selain itu, puluhan pokok d