Posts

Showing posts with the label Kangar

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Image
[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak KANGAR: Lebih 60 premis kediaman dan perniagaan di sekitar Kangar rosak dan terjejas berikutan kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda daerah itu, petang tadi. Kejadian sekitar jam 4:45 petang 29 Mac 2023 itu bukan saja merosakkan premis kediaman, malah bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri yang terletak di Taman Sena Indah, Repoh, Behor Empiang, Jalan Syed Alwi berhampiran sebuah pasar raya terkemuka, selain bazar Aidilfitri di Kangar Jaya. Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. Malah, Balai Bomba dan Penyelamat Kangar turut dilanda ribut sehingga menyebabkan sebatang pokok tumbang dan menghempap satu daripada rumah dalam stesen berkenaan. Bagaimanapun, kejadian ribut yang berlaku itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam